Hadi: Majlis Syura Pas luluskan kerjasama dengan UMNO

Menurut Hadi, Majlis Syura Ulamak Pas sudah meluluskan tiga jenis hubungan kerjasama dengan parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu perpaduan, taawun dan tahaluf siyasi. Sumber (gambar): NST Online

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Majlis Syura Ulamak Pas telah meluluskan kerjasama parti itu dengan UMNO sebelum dibawa ke Muktamar Tahunan ke-65.

“Majlis Syura Ulamak sudah memperakui dalam muktamar, maksudnya ia sudah dibincang dalam Majlis Syura Ulamak, tinggal nak mengesahkan dan mendapat mandat daripada muktamar.Secara dasarnya ia telah dipersetujui, cuma garis panduan masih dibincangkan,” katanya ketika ditemui media semalam.


KUANTAN: Majlis Syura Ulamak Pas telah meluluskan kerjasama parti itu dengan UMNO sebelum dibawa ke Muktamar Tahunan ke-65.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, usul yang dibawa hari ini bertujuan untuk mengesahkan dan mendapat mandat daripada muktamar.

“ Dari segi politik ia sudah dibincang dalam Majlis Syura Ulamak. Dalam Perlembagaan Pas keputusan itu mesti diizinkan muktamar sebelum diberikan mandat.


“Majlis Syura Ulamak sudah memperakui dalam muktamar, maksudnya ia sudah dibincang dalam Majlis Syura Ulamak, tinggal nak mengesahkan dan mendapat mandat daripada muktamar.Secara dasarnya ia telah dipersetujui, cuma garis panduan masih dibincangkan,” katanya ketika ditemui media, di sini, semalam.

Selain itu, katanya, Majlis Syura Ulamak Pas sudah meluluskan tiga jenis hubungan kerjasama dengan parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu perpaduan, taawun dan tahaluf siyasi.

Terdahulu, perwakilan di Muktamar Tahunan Pas ke-65 hari ini sebulat suara bersetuju memberi mandat kepada pimpinan Pas Pusat dan Majlis Syura Ulamak agar memeterai taawun dan tahaluf siyasi dengan UMNO dan parti-parti politik lain.

Usul tersebut juga menggesa agar panduan asas, syarat-syarat dan batas kerjasama politik dengan parti-parti politik tersebut digariskan, manakala hubungan parti-parti komponen Gagasan Sejahtera hendaklah diperkasakan.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...