Hadi: Masa hadapan adalah milik Islam

“SAYA dijemput untuk menyampaikan Syarahan Perdana bertajuk “Masa Depan Islam: Cabaran dan Penyelesaian”, di hadapan lebih seratus ahli akademik, ahli politik, pemimpin masyarakat dan mahasiswa di Ankara.

“Program tersebut dianjurkan oleh Economic and Social Researches Centre (ESAM), sebuah NGO terkemuka di Turki yang meneruskan legasi pemikiran Almarhum Profesor Necmitten Erban.

“Saya menekankan kepentingan umat Islam untuk mendalami ilmu agama dan pengetahuan semasa, memilih pendekatan sederhana yang tidak terlalu longgar (tasahul) dan tidak terlalu keras (tasyaddud), mengutamakan pendekatan damai dalam berpolitik dan diplomasi serta berpegang kepada prinsip, namun fleksibel dari sudut pendekatan.

“Sesi dialog yang berlangsung lebih sejam turut menyentuh peranan gerakan Islam, ulama dan generasi muda untuk memastikan masa depan Islam lebih cerah.”

Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang

Comments

Comments


Loading...