Hadi, Muhyiddin, Zahid, Anwar makin hari makin keliru

Jika PPBM sudah bersedia untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR di Johor untuk ‘membunuh’ UMNO, atas dasar apa UMNO masih bergayut dengan Perikatan Nasional di peringkat persekutuan? Sumber (gambar): Finance Twitter

“Barisan Nasional dan Perikatan Nasional bagaikan suami-isteri yang sudah memutuskan untuk bercerai, tetapi kekal bersama sehingga parlimen bubar demi ‘anak kesayangan’ (kuasa dan kedudukan). Memandangkan UMNO kini menerajui kerajaan atas ehsan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, anak ini ‘tengah nazak’”

Raggie Jessy Rithaudeen

هادي، محي الدين، زاهيد، انور ماكين هاري ماكين كليرو

1. Barisan Nasional dan Perikatan Nasional mengaku bersaudara di peringkat persekutuan dan duduk dalam kerajaan.

2. Kononnya, menteri dan timbalan menteri dari UMNO, PAS dan PPBM saling faham-memahami dan mampu mentadbir urus negara sebagai “keluarga Malaysia” dalam suasana penuh harmoni.




3. Namun, UMNO memilih untuk duduk hanya di bawah bumbung Barisan Nasional, manakala PAS memilih untuk duduk hanya di bawah bumbung Perikatan Nasional.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

4. PAS dan UMNO pula duduk bersama di bawah bumbung Muafakat Nasional, namun bumbung ini sudah lama berkarat dan tidak mampu diperbaiki.

BACA JUGA: KISAH ZAHID TIPU ANWAR, MUHYIDDIN, UMNO

5. UMNO juga memutuskan untuk ‘bercerai’ dengan PPBM selepas parlimen dibubarkan

6. PAS pula menetapkan untuk terus bersama PPBM menerusi Perikatan Nasional selepas parlimen dibubarkan.

7. Ini bermakna;

a. UMNO akan terpaksa ‘bercerai’ dengan PAS selepas parlimen dibubarkan, dan

b. Muafakat Nasional tidak mungkin akan didaftarkan.

Loading...

8. Kesimpulannya, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional bagaikan suami-isteri yang sudah memutuskan untuk bercerai, tetapi kekal bersama sehingga parlimen bubar demi ‘anak kesayangan’ (kuasa dan kedudukan).

9. Memandangkan UMNO kini menerajui kerajaan atas ehsan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, anak ini ‘tengah nazak’.

Itu baru di peringkat persekutuan.

10. Di peringkat negeri pula, PAS, PPBM dan UMNO sudah lama bertelagah malah bertembung ketika Pilihan Raya Negeri Melaka.

11. Di Johor, PAS cuba menjalin semula kerjasama dengan UMNO, namun dituduh “tamak kerusi” dan “berlagak.”

12. Disebabkan itu, PAS merangkak kembali ke PPBM dan menuduh UMNO sebagai “itik yang patah kaki, bila sembuh nak berenang sendiri.”

13. PAS kemudian memberi bayangan bahawa Perikatan Nasional akan ‘bercerai lebih awal’ dengan Barisan Nasional jika UMNO terus mencetuskan Pilihan Raya Negeri.

14. PPBM pula tiba-tiba mencadangkan agar seluruh pembangkang bekerjasama dengan Perikatan Nasional untuk mengalahkan Barisan Nasional.

15. Persoalannya, jika PPBM sudah bersedia untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR di Johor untuk ‘membunuh’ UMNO, atas dasar apa UMNO masih bergayut dengan Perikatan Nasional di peringkat persekutuan?

16. Nampak tak betapa kelirunya pemimpin-pemimpin UMNO, PAS dan PPBM?

17. Begitu juga halnya dengan pemimpin Pakatan Harapan.

18. Tidak lama selepas Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri, Pakatan Harapan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama kerajaan, kononnya untuk memastikan bahawa “keluarga Malaysia” kekal stabil sehingga 31hb Julai 2022.

19. Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, parlimen tidak harus dibubarkan sebelum tarikh itu, kerana Malaysia masih lagi dilanda masalah kesihatan yang memerlukan sebarang perancangan Pilihan Raya ditangguhkan.

20. Namun, apabila UMNO menikam UMNO di Melaka sehingga tercetus Pilihan Raya Negeri, Anwar memuji-muji empat ADUN yang membantu menumbangkan kerajaan negeri dan mempelawa mereka memasuki Pakatan Harapan.

21. Malah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan orang pertama yang mencadangkan diadakan Pilihan Raya Negeri, dan apabila Dewan Undangan Negeri dibubarkan, tidak ada sesiapa dalam UMNO membantah.

22. Jadi buat apa dikekalkan MoU?

23. Nampak tak betapa kelirunya pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan?

WAJIB BACA:

SATU JOHOR NAK TAHU

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...