Hadi: Orang Melayu perlu muhasabah diri, terima positif kritikan Mahathir

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, orang Melayu perlu sedar dan segera merawat ‘penyakit’ yang dihidapi. Sumber (gambar): Fail TTF

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, orang Melayu perlu muhasabah dan menerima positif kritikan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai sikap Melayu itu sendiri.

“Muhasabah diri wajib dilakukan walaupun adanya kritikan yang keras dan pahit kerana mungkin tidak dirasai atau tidak disedari ada lagi penyakit dalam diri bangsa Melayu yang wajib dilakukan rawatan segera apatah lagi penyakit leka yang tidak menyedarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Fahamilah apa yang tersurat dan tersirat dalam dua himpunan tersebut yang mendedahkan penyakit yang dialami oleh bangsa Melayu yang beragama Islam ini.

“Jangan hanya menadah telinga dan bertepuk tangan tanpa muhasabah diri sendiri serta tanamkan dalam diri kesedaran dan keinsafan,” katanya.


SHAH ALAM: Orang Melayu perlu muhasabah dan menerima positif kritikan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai sikap Melayu itu sendiri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, justeru orang Melayu perlu sedar dan segera merawat ‘penyakit’ itu.

“Marilah kita bersikap terbuka mendengar ucapan pihak lain yang juga Melayu Islam seperti kita.


“Muhasabah diri wajib dilakukan walaupun adanya kritikan yang keras dan pahit kerana mungkin tidak dirasai atau tidak disedari ada lagi penyakit dalam diri bangsa Melayu yang wajib dilakukan rawatan segera apatah lagi penyakit leka yang tidak menyedarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, usaha bagi memulihkan sikap orang Melayu perlu dilakukan secara menyeluruh supaya menjadi bangsa yang bermaruah.

“Lebih malang lagi kalau marahkan orang yang menyedarkan kita supaya bangkit daripada tidur nyenyak tanpa sedar diri.

“Fahamilah apa yang tersurat dan tersirat dalam dua himpunan tersebut yang mendedahkan penyakit yang dialami oleh bangsa Melayu yang beragama Islam ini.

“Jangan hanya menadah telinga dan bertepuk tangan tanpa muhasabah diri sendiri serta tanamkan dalam diri kesedaran dan keinsafan,” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...