Hadi: PAS perlu sedia perintah Malaysia

Menurut Hadi, Pas perlu menyediakan calon terbaik jika mahu memerintah atau menjadi pembangkang yang menasihat, berdakwah dan berkhidmat kepada masyarakat. Sumber (gambar): Fail TTF

هادي: ڤاس ڤرلو سديا ڤرينته مليسيا

Ahli Pas perlu melakukan persediaan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membolehkan pemerintahan mengikut acuan Islam berjaya dilaksanakan di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, gerak kerja PRU15 bukan tertumpu kepada semangat untuk bertanding kerusi yang banyak sahaja tetapi lebih kepada memperkukuhkan wahdah ummah di tempat masing-masing.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, kepimpinan Pas wajib membuat keputusan tegas supaya parti itu dihormati dengan kemampuan memimpin serta berjaya menyelamatkan negara dan umat.

Justeru katanya, seluruh ahli perlu taat terhadap keputusan parti yang menjadi syarat dan rukun berjemaah.


KOTA BHARU: Ahli Pas perlu melakukan persediaan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membolehkan pemerintahan mengikut acuan Islam berjaya dilaksanakan di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, gerak kerja PRU15 bukan tertumpu kepada semangat untuk bertanding kerusi yang banyak sahaja tetapi lebih kepada memperkukuhkan wahdah ummah di tempat masing-masing.




“Jangan hanya sekadar menjadi ahli tanpa melakukan kerja atau menubuhkan cawangan tanpa bergerak, meletakkan calon tanpa mempersiapkan cawangan. Jentera pilihan raya juga perlu mendapatkan undi yang ramai dan bukan mengumpul musuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ucapan Dasar Presiden Pas di Muktamar Pas kali ke-66 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Menurutnya, Pas perlu menyediakan calon terbaik jika mahu memerintah atau menjadi pembangkang yang menasihat, berdakwah dan berkhidmat kepada masyarakat.

“Kadang-kadang ada kawasan memilih calon yang selesa untuk mereka dan tempat masing-masing,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, kepimpinan Pas wajib membuat keputusan tegas supaya parti itu dihormati dengan kemampuan memimpin serta berjaya menyelamatkan negara dan umat.

Justeru katanya, seluruh ahli perlu taat terhadap keputusan parti yang menjadi syarat dan rukun berjemaah.

“Mandatnya diserahkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Pas Pusat untuk membuat penelitian dan keputusan dalam urusan terpenting ini.

Loading...

“Golongan yang berwibawa dalam Pas tidak akan tercicir kerana kerajaan teknokrat yang kita perkenalkan tetap memberi tempat masing-masing, tidak semestinya menjadi calon dan wakil rakyat sahaja.

“Mereka yang menjadi calon pula sedia berkorban menghadapi segala kemungkinan apabila ditugaskan,” katanya.

Abdul Hadi berkata, Pas berjaya memilih calon yang istiqamah melalui tapisan Majlis Syura Ulamak dan ikatan Bai’ah yang menjadi rukun perjuangan.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...