Hadi: PAS ‘tiada selera’ dengan pelawaan PH

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang menolak pelawaan Mukhriz untuk PAS menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan. Sumber (gambar): Fail TTF

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi reaksi terhadap pelawaan pimpinan PH untuk PAS bersama mereka dengan jawapan ringkas ‘tiada selera’.

Pagi tadi, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan pula menegaskan tidak akan bersama PH, sebaliknya bersama Gagasan Sejahtera akan terus berta’awun dengan Umno-BN. 

Bahkan Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu melontarkan optimistik PAS untuk menubuhkan kerajaan bersama Umno sama ada sebelum PRU15 dan semestinya selepas PRU15.


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi reaksi terhadap pelawaan pimpinan PH untuk PAS bersama mereka dengan jawapan ringkas ‘tiada selera’.

“Tiada selera, cukup itu sahaja,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Terdahulu Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir menyatakan bahawa PH sedia membuka pintu kepada PAS untuk menjadi sebahagian daripada komponen mereka demi penyatuan umat Islam di negara ini.


Pagi tadi, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan pula menegaskan tidak akan bersama PH, sebaliknya bersama Gagasan Sejahtera akan terus berta’awun dengan Umno-BN.

Bahkan Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu melontarkan optimistik PAS untuk menubuhkan kerajaan bersama Umno sama ada sebelum PRU15 dan semestinya selepas PRU15.

PAS pada masa ini katanya, akan memberikan fokus dan tumpuan sepenuhnya dalam menjayakan Agenda Perpaduan Ummah bersama Umno.

Namun pada masa sama akui beliau, PAS tidak meninggalkan parti-parti BN lain serta rakan-rakan BN yang mewakili pelbagai kaum termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Tambahnya lagi, PAS yakin Muafakat Nasional yang diterajui oleh Umno dan PAS serta disokong oleh parti-parti lain kini merupakan pilihan terbaik untuk rakyat ke arah negara Malaysia yang lebih sejahtera, aman dan makmur.

“Sokongan padu rakyat pelbagai kaum dan momentum politik yang menyebelahi parti-parti Blok Pembangkang di masa ini membayangkan hasrat rakyat Malaysia yang inginkan suatu perubahan pada negara dalam waktu paling dekat,” katanya.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...