Hadi: Pas tidak akan mencampuri masalah dalaman UMNO, Pas bukan parti malaikat

Menurut Hadi, Pas bukan parti malaikat dan juga perlu bersih. Sumber (gambar): Fail TTF

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas tidak akan mencampuri masalah dalaman yang dihadapi oleh UMNO dan tidak akan meletakkan apa-apa syarat khusus untuk membolehkan kerjasama antara kedua-dua parti itu terlaksana.

“Kita (PAS) tak anggap kita parti malaikat,” katanya ketika ditanya sama ada Pas akan meletakkan sebarang syarat kepada UMNO untuk memastikan parti itu bersih terlebih dulu sebelum menjalinkan kerjasama secara rasmi.

Ia susulan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa yang dihadapi oleh beberapa pemimpin kanan UMNO termasuk Presiden Batuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


KUALA LUMPUR: Pas tidak akan mencampuri masalah dalaman yang dihadapi oleh UMNO dan tidak akan meletakkan apa-apa syarat khusus untuk membolehkan kerjasama antara kedua-dua parti itu terlaksana.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama antara Pas dan UMNO adalah untuk memperbetulkan politik negara.




“Itu masalah dalaman (Umno) kita tak campur,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung di facebook.

Lagi pula kata Abdul Hadi, Pas sendiri bukan parti malaikat dan mereka juga perlu bersih.

“Kita juga perlu bersih bukan bersih orang lain saja. Kita pun kena bersih juga. Masing-masing parti kena bersihkan parti sendiri.

“Kita (PAS) tak anggap kita parti malaikat,” katanya ketika ditanya sama ada Pas akan meletakkan sebarang syarat kepada UMNO untuk memastikan parti itu bersih terlebih dulu sebelum menjalinkan kerjasama secara rasmi.

Ia susulan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa yang dihadapi oleh beberapa pemimpin kanan UMNO termasuk Presiden Batuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...