Hadi: PAS tidak takut jika usul percaya tidak dapat sokongan

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia adalah salah satu proses demokrasi yang membuka peluang kepada ahli-ahli Parlimen memberi undi kepercayaan tersebut. Sumber (gambar): Fail TTF

هادي: ڤاس تيدق تاكوت جك اصول ڤرچاي تيدق داڤت سوكوڠن

Pas akan tetap teguh membawa usul percaya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun ada sesetengah pihak dilihat ‘penakut’ dengan tindakan parti itu.

Menurutnya, berbeza dengan Pas, parti itu tidak gentar dan takut sekiranya usul itu tidak mendapat sokongan.

“Kita tak takut, orang tak sokong pun tak apa sebab kita sudah biasa dengan kalah. Apa yang penting, kita nak selamatkan negara. Bukan sahaja orang Melayu orang Islam termasuk kaum lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi menegaskan supaya Dr Mahathir terus diberi kepercayaan memimpin negara sehingga habis penggal.


MARANG: Pas akan tetap teguh membawa usul percaya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun ada sesetengah pihak dilihat ‘penakut’ dengan tindakan parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia adalah salah satu proses demokrasi yang membuka peluang kepada ahli-ahli Parlimen memberi undi kepercayaan tersebut.




Menurutnya, berbeza dengan Pas, parti itu tidak gentar dan takut sekiranya usul itu tidak mendapat sokongan.

“Kita tak takut, orang tak sokong pun tak apa sebab kita sudah biasa dengan kalah. Apa yang penting, kita nak selamatkan negara. Bukan sahaja orang Melayu orang Islam termasuk kaum lain.

“Adalah lebih baik kita memberi undi kepercayaan kepada perdana menteri yang sudah ada pengalaman memerintah paling lama.

“Bukan tak ada masalah sepanjang dia perintah, tapi Dr Mahathir dapat mengatasinya, itu yang kita yakin,” katanya ketika ditemui media di kediamannya di Rusila di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pihak tertentu yang dilihat ‘penakut’ kepada usul percaya terhadap Perdana Menteri itu.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi menegaskan supaya Dr Mahathir terus diberi kepercayaan memimpin negara sehingga habis penggal.

Malah, katanya, cadangan Pas adalah munasabah kerana mengikut contoh Parlimen Lubnan yang baru sahaja membuat undi percaya kepada perdana menterinya beberapa hari lalu.

Loading...

“Undi percaya bermakna kedudukan Dr Mahathir sebagai perdana menteri teguh dan kuat serta mendapat dukungan rakyat kerana ahli parlimen dipilih oleh rakyat, apatah lagi undi sebulat suara bermakna semua parti setuju.

“Kalau ada yang tak bersetuju dengan usul ini, kita boleh tahu siapa. Biar sajalah. Pandangan saya, kalau Pakatan Harapan (PH) itu dalam satu parti tapi dalam satu parti pun tak bersatu. DAP juga berpecah, saya tahu. PAN (Parti Amanah Negara) juga tidak sepakat.

“Pas sendiri tak takut, tapi kenapa ada orang yang ‘penakut’. Nak takut apa? Bukan saya nak kipas, saya nak selamatkan rakyat,” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...