Hadi: Politik negara dilanda sindrom jatuh menjatuh

Menurut Hadi, biarpun PAS sudah lama berjuang tanpa meraih kemenangan namun perjuangan tetap diteruskan kerana kita yakin kerana janji Allah Taala bagi memenangkan Islam. Sumber (gambar): Fail TTF

Menurut Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, politik negara yang berlaku sekarang seolah-olah melupakan tanggungjawab kepada rakyat sehingga muncul pula isu hanyir yang menggemparkan negara.

“Mereka tidak fikir masalah rakyat untuk menjatuhkan antara satu sama lain sehingga menimbulkan isu hanyir, sepatutnya mereka gunakan kesempatan untuk menyelamatkan Islam,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.


KUANTAN: PAS tidak dinafikan memainkan peranan penting dalam perjuangan di Aceh sehingga wilayah itu mencapai kuasa autonomi.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS memainkan peranan tidak sedikit dalam pergolakan politik yang berlaku di Aceh sebelum ini.




“Kerana simpati terhadap perjuangan mereka PAS memainkan peranan yang besar,” katanya semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-65 yang bertema ‘Islam Memimpin Perpaduan’ di Stadium Tertutup SUKPA Kuantan, di sini hari ini.

Begitu juga menurutnya perkembangan yang berlaku di Turki tidak dinafikan ada sedikit sebanyak sumbangan PAS.

Kata beliau juga politik negara yang berlaku sekarang seolah-olah melupakan tanggungjawab kepada rakyat sehingga muncul pula isu hanyir yang menggemparkan negara.

“Mereka tidak fikir masalah rakyat untuk menjatuhkan antara satu sama lain sehingga menimbulkan isu hanyir, sepatutnya mereka gunakan kesempatan untuk menyelamatkan Islam,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau juga berkata, biarpun PAS sudah lama berjuang tanpa meraih kemenangan namun perjuangan tetap diteruskan kerana kita yakin kerana janji Allah Taala bagi memenangkan Islam.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...