Hadi: Siasat siapa penerbit video lucah, PAS sedia bantu

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS sedia menawarkan bantuan bagi mengenalpasti siapa dalang yang bertanggungjawab membuat penerbitan rakaman terbabit. Sumber (gambar): Fail TTF

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS sedia menawarkan bantuan bagi mengenalpasti siapa dalang yang bertanggungjawab membuat penerbitan video aksi seks sejenis yang kini tular dalam media sosial.

“Saya cadangkan kepada pihak polis mencari siapa penerbit dan bukan pelakon. Pelakon orang mati pun boleh jadi pelakon, macam cerita Hitler boleh buat, penerbit itu yang lebih penting.


KUANTAN: PAS mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya mencari penerbit video aksi seks sejenis yang kini tular dalam media sosial memandangkan ia didakwa melibatkan seorang menteri kabinet.

Sehubungan itu, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS sedia menawarkan bantuan bagi mengenalpasti siapa dalang yang bertanggungjawab membuat penerbitan rakaman terbabit.




Katanya, siasatan pihak berkuasa hendaklah diberi tumpuan terhadap penerbit bukan hanya membabitkan pelakon sahaja.

“Tugas itu boleh dilakukan walaupun seseorang individu terbabit sudah meninggal dunia.

“Saya cadangkan kepada pihak polis mencari siapa penerbit dan bukan pelakon. Pelakon orang mati pun boleh jadi pelakon, macam cerita Hitler boleh buat, penerbit itu yang lebih penting.

“Kita boleh tolong dalam tempoh seminggu sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hari kedua Muktamar Tahunan PAS kali ke-65 di Stadium Tertutup Sukpa, Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.

Baru-baru ini geger isu video hubungan sejenis yang dikatakan membabitkan seorang menteri kabinet. Malah seorang pemimpin muda PKR dari Sabah dilapor mengaku terbabit dalam video terbabit.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...