Hadi terdesak sehingga terpaksa menghasut orang Islam dengan dalil terkini

“Yang ada hanyalah kegagalan “kerajaan Melayu-Islam” yang diwar-warkan oleh PAS yang akhirnya mengamalkan politik darjat dan terpesong daripada landasan kebenaran malah gagal memperjuangkan nasib ummah kerana terlalu kyusuk berpolitik dan bergelut untuk kuasa dan kedudukan”

Raggie Jessy Rithaudeen

هادي تردسق سهيڠڬ ترڤقسا مڠهاسوت اورڠ اسلام دڠن داليل تركيني

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Datuk Seri Abdul Hadi Awang nampaknya terdesak susulan kegagalan kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional dan kini mengalih perhatiannya terhadap Pakatan Harapan sambil memetik dalil baharu yang mampu menimbulkan ketegangan kaum.

Dalam catatan terbarunya di media sosial hari ini, Hadi membuat ulasan berkenaan pesanan Nabi Muhammad SAW kepada orang beriman agar bijak menghadapi cabaran sama ada daripada kawan atau lawan.




“Hanya beberapa hari kerajaan PH berkuasa, sudah terserlah sikap mereka yang melampau terhadap Islam dan kepimpinannya sedangkan ia suatu perkara yang wajib dipertahankan dengan perintah Allah SWT,” katanya tanpa merujuk atau memberikan sebarang contoh bagi menyokong dakwaan tersebut.

Walhal, selepas kerajaan pimpinan Pakatan Harapan ditumbangkan menerusi rampasan kuasa, PAS duduk diam apabila pemimpin kerajaan bermuzakarah dengan Dong Zhong (yang dahulunya digelar ‘rasis lampau’) malah bersetuju agar bilangan sekolah Cina ditambah dan yang sedia ada diperluaskan.

PAS turut mempertahankan ahli parlimennya yang menghina penganut agama Kristian dengan kata-kata yang jelas terlarang di bawah Perlembagaan Persekutuan kerana melibatkan sensitiviti agama dan mampu mencetuskan ketegangan kaum.

Islam tidak mengajar umatnya berbuat demikian, malah Islam menitikberatkan perlunya pemimpin Islam bersantun dalam segala apa yang dilakukan dan kemakmuran bersama dalam masyarakat majmuk diutamakan biarpun masyarakat itu berada di bawah pentadbiran Islam.

PAS juga tidak mencerminkan sifat kepimpinan Islam dalam ertikata sebenar apabila menghalalkan kegagalan kerajaan dengan pelbagai dalil biarpun menerima rungutan daripada ummah yang resah dan tidak tenteram malah terseksa dengan tindak-tanduk kerajaan.

Hadi lupa bagaimana PAS memetik dalil dan memutar belit agama untuk menghalalkan kesalahan menterinya yang terang-terang melanggar SOP dan akhirnya mengaku melakukan kesalahan selepas seminggu lebih menafikan kesalahan itu.

Hadi juga lupa bagaimana PAS bersekongkol dengan PPBM untuk mengkhianati Tun Dr Mahathir Mohamad atas alasan ingin menyatukan ummah dan menubuhkan kerajaan Melayu-Islam tetapi akhirnya bercakaran tak tentu hala atas pelbagai isu politik sehingga memecah-belahkan ummah.

Loading...

DAP tidak lagi berkuasa, malah tidak ada lagi kenyataan-kenyataan berbaur perkauman atau keagamaan ekstrimis daripada Pakatan Harapan. Yang berkuasa ialah sekumpulan pemimpin Melayu-Islam yang memporak-perandakan politik negara dan menghancurkan perpaduan ummah sambil menghalalkan tindak-tanduk mereka.

Yang ada hanyalah kegagalan “kerajaan Melayu-Islam” yang diwar-warkan oleh PAS yang akhirnya mengamalkan politik darjat dan terpesong daripada landasan kebenaran malah gagal memperjuangkan nasib ummah kerana terlalu kyusuk berpolitik dan bergelut untuk kuasa dan kedudukan.

Apakah ini yang dimaksudkan sebagai “pentadbiran ala-Islam” yang seharusnya menitikberatkan kemakmuran bersama dalam masyarakat majmuk dan menjadikan perjuangan penyatuan ummah sebagai salah satu tonggak dasar pentadbiran?

Tindak tanduk Hadi amat berbahaya, kerana ianya mampu memesongkan akidah dan meruntuhkan nilai peradaban umat Islam di bumi Malaysia memandangkan hasutannya dibaca oleh ramai pengikutnya.

Ianya berbahaya kerana melibatkan ‘orang dalam’ yang menggelarkan dirinya sebagai “pemimpin Melayu-Islam” malah jauh lebih berbahaya berbanding ancaman dari musuh luar yang bukan beragama Islam.

WAJIB BACA: 

Hanya Mahathir seorang beri jalan penyelesaian khusus



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...