Hadi, Tuan Ibrahim kekal Presiden dan Timbalan Presiden PAS

Datuk Seri Abdul Hadi juga akan merasmikan konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dijangka dihadiri kira-kira 300 ahli pada 21 Jun. Sumber (gambar): TTF

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS, selepas pencalonan bagi pemilihan parti itu ditutup kira-kira tiga minggu lalu.

Muktamar Tahunan PAS ke-65 akan diadakan di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota di sini pada 21 hingga 23 Jun ini.


KUANTAN: Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS, selepas pencalonan bagi pemilihan parti itu ditutup kira-kira tiga minggu lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh pada sidang media di sini, hari ini.




Beliau juga memaklumkan empat nama melepasi syarat untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS termasuk tiga penyandang iaitu Ustaz Idris Ahmad, Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Dato’ Iskandar Abdul Samad dan seorang lagi ialah Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Bagi jawatan AJK PAS Pusat, jelasnya 29 calon layak bertanding.

Menurutnya, mereka sudah melepas tapisan dibuat dan calon juga diberi masa hingga Rabu ini bagi membuat keputusan untuk meneruskan bertanding atau menarik diri.

Muktamar Tahunan PAS ke-65 akan diadakan di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota di sini pada 21 hingga 23 Jun ini.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...