Hadi: Umat Islam akan bersatu suatu masa nanti

Hadi percaya umat Islam akan bersatu suatu masa nanti serta mampu untuk mendepani pelbagai cabaran. Sumber (gambar, kapsyen): Harakah Daily

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam satu ucapannya berkias mengatakan PAS tidak boleh ‘berkahwin’ dengan Umno memandangkan kedua-dua parti tersebut merupakan adik-beradik.

Sementara itu, menjawab pertanyaan peserta mengenai tindakan beliau yang sering memilih berdiam diri terhadap spekulasi yang dilontarkan terhadap beliau dan PAS, Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan dengan menyamakan tindakan berdiam diri seperti bergusti.

“Kalau kita lihat taktik orang main wrestling, kita anggap bila orang pukul kita buat lembik itu kalah, kita biar dia pukul sampai letih baru kita bangkit balik.


KUALA LUMPUR:┬áPresiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam satu ucapannya berkias mengatakan PAS tidak boleh ‘berkahwin’ dengan Umno memandangkan kedua-dua parti tersebut merupakan adik-beradik.

“Mereka kata mcam ‘Taliban’, mereka kata macam-macam, ada yang mengatakan istilah PAS berkahwin dengan Umno, saya kata tak boleh kahwin, dia adik-beradik nak kahwin macam mana, kalau kahwin jadi sumbang mahram,” ujarnya.

Katanya, parti-parti politik yang anti-Islam dilihat sangat bimbang dengan kesatuan PAS dan Umno.


Terdahulu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dilihat seperti menakutkan masyarakat bukan Islam dengan menggambarkan gabungan PAS dan Umno bakal menjadikan Malaysia seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti tersebut membentuk kerajaan.

Mengulas lanjut, Tuan Guru percaya umat Islam akan bersatu suatu masa nanti serta mampu untuk mendepani pelbagai cabaran.

Beliau berucap demikian dalam program Wacana Islam dan Isu Semasa, Kesatuan Umat Islam di Malaysia: Prospek dan Cabaran anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) di Clubhouse Persatuan Alumni Universiti Malaya, di sini malam tadi.

Sementara itu, menjawab pertanyaan peserta mengenai tindakan beliau yang sering memilih berdiam diri terhadap spekulasi yang dilontarkan terhadap beliau dan PAS, Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan dengan menyamakan tindakan berdiam diri seperti bergusti.

“Kalau kita lihat taktik orang main wrestling, kita anggap bila orang pukul kita buat lembik itu kalah, kita biar dia pukul sampai letih baru kita bangkit balik.

“Kerana kita faham segala pukulan-pukulan tersebut tidak betul, segala fitnahnya tak betul, antara contohnya ialah kalau PAS bergabung dengan Umno negara akan jadi Taliban. Yang berlaku di New Zealand itupun mungkin berlaku selepas PAS bergabung dengan Umno,” ujarnya.

Beliau menyifatkan pandangan-pandangan sebegitu seperti ‘sasau’ dan tidak berpijak dengan realiti. Ini kerana beliau percaya bahawa rakyat mampu melihat serta menilai tindak-tanduk pemerintahan PAS.

“Atas sebab itu kita terpaksa memilih dengan cara bersabar menghadapi krisis sesama sendiri, akhirnya timbul kematangan seperti apa yang berlaku,” ujarnya.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...