Hadi: Wujudkan kerajaan teknokrat, janji menteri ada kepakaran

Menurut Hadi, Kabinet ketika ini dianggotai menteri yang tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu sehingga gagal melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan baik. Sumber (gambar): MMO

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat, Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya dirombak bagi melantik barisan menteri baharu yang lebih berwibawa dan efisyen dalam mengurus tadbir negara demi kesejahteraan rakyat.

Jelasnya, Kabinet ketika ini dianggotai menteri yang tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu sehingga gagal melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan baik.


MARANG: Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya dirombak bagi melantik barisan menteri baharu yang lebih berwibawa dan efisyen dalam mengurus tadbir negara demi kesejahteraan rakyat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat, malah beliau sendiri sebelum ini pernah mencadangkan supaya kerajaan teknokrat dibentuk dan para menteri tidak semestinya dilantik dalam kalangan ahli poliitik semata.

“Sepatutnya begitulah (rombak Kabinet kerajaan PH). Saya pernah cadangkan (wujudkan) kerajaan teknokrat, bukan semestinya ahli politik tetapi boleh lantik teknokrat.


“Tak percaya (Dr. Mahathir hilang kepercayaan pada barisan Kabinetnya) itu satu hal. Yang penting kebolehan dan kepakaran. baru-baru ini timbul isu yang sijili palsu dan juga ijazah palsu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan perkara itu kepada pemberita di kediamannya di Rusila di sini hari ini sejurus selesai menyampaikan kuliah di Masjid Rusila yang terletakbersebelahan.

Abdul Hadi seterusnya melahirkan rasa simpatinya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang seolah-olah keseorangan tanpa dibantu dan disokong oleh anggota Kabinet kerajaan PH sedia ada.

Jelasnya, Kabinet ketika ini dianggotai menteri yang tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu sehingga gagal melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan baik.

“Saya lihat Tun (Dr. Mahathir) seperti keseorangan dan beliau mempunyai Kabinet yang tak ada pengalaman, tidak pakar dalam bidang tertentu. Contoh dalam isu ECRL (Laluan Rel Pantai Timur), lantik Tun Daim Zainudin, tidak lantik Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) kerana tak mampu.

“Sebab itu dia (Dr. Mahathir) buat begitu kerana dia keseorangan. Dia terpaksa cari pembantu yang boleh tolong dia dan bukan dari menteri Kabinet,” jelasnya.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...