Hajiji (PPBM Sabah): Pemimpin UMNO rasuah, salah guna kuasa

“Saya beranggapan bahawa ramai ahli UMNO di Sabah yang tinggal hanya atas kertas saja, dan mereka sebenarnya sudah hilang kepercayaan kepada UMNO dan hanya menunggu masa untuk meninggalkan parti itu” – Hajiji. Sumber (gambar): Borneo Today

حاججي ﴿ڤڤبم سابه﴾: ڤميمڤين امنو رسواه، ساله ڬونا كواس

#FlashbackTTF (28/7/2019): Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ahli UMNO tidak lagi mempercayai parti itu kerana pemimpinnya terlibat dengan salah guna kuasa dan rasuah.

Hajiji yang kini merupakan Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah berkata, berikutan itu UMNO Sabah semakin lemah selepas ramai ahlinya menyertai Bersatu.

Sementara itu, kata Hajiji, pemimpin UMNO yang telah menyertai Bersatu tetapi mahu kembali kepada UMNO adalah golongan yang tamak jawatan dan tidak mempunyai perjuangan.

Jelasnya, ada beberapa pemimpin yang berbuat demikian kerana tidak mendapat apa-apa jawatan dalam Bersatu Sabah.


KOTA KINABALU: Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ahli UMNO tidak lagi mempercayai parti itu kerana pemimpinnya terlibat dengan salah guna kuasa dan rasuah.

Hajiji yang kini merupakan Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah berkata, berikutan itu UMNO Sabah semakin lemah selepas ramai ahlinya menyertai Bersatu.




Sehubungan itu katanya, UMNO Sabah perlu keluar daripada sindrom penafian dan menerima hakikat jumlah sebenar ahlinya yang tidak lagi bersama UMNO kerana menyertai Bersatu.

“Mereka (pemimpin UMNO) sepatutnya tidak terus amal sindrom penafian, sebaliknya membuat pemeriksaan dan pemutihan yang menyeluruh serta membersihkan nama-nama bekas ahli parti itu.

“Saya beranggapan bahawa ramai ahli UMNO di Sabah yang tinggal hanya atas kertas saja, dan mereka sebenarnya sudah hilang kepercayaan kepada UMNO dan hanya menunggu masa untuk meninggalkan parti itu.

“Ini kerana ramai ahli UMNO sebenarnya telah meninggalkan parti itu dan menyertai Bersatu Sabah, tetapi nama mereka masih kekal sebagai ahli UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hajiji berkata, walaupun Bersatu baru empat bulan bertapak di negeri ini, keyakinan rakyat Sabah terhadap perjuangan parti itu semakin hari semakin bertambah.

“Buktinya Bersatu Sabah sekarang ini menerima sekurang-kurangnya dua hingga tiga ribu pemohonan untuk menjadi ahli Bersatu setiap hari di seluruh Sabah,” jelas beliau.

Sementara itu, kata Hajiji, pemimpin UMNO yang telah menyertai Bersatu tetapi mahu kembali kepada UMNO adalah golongan yang tamak jawatan dan tidak mempunyai perjuangan.

Loading...

Jelasnya, ada beberapa pemimpin yang berbuat demikian kerana tidak mendapat apa-apa jawatan dalam Bersatu Sabah.

“Bagi Bersatu Sabah, mereka yang buat pusingan U dan mahu kembali ke UMNO adalah pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan jawatan, sebaliknya bukan perjuangan.

“Justeru, UMNO perlu berhati-hati dan berjaga-jaga untuk menerima semula pemimpin demikian, kerana hanya akan merosakkan lagi UMNO”, katanya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...