Hakim arah Zahid hadir mahkamah, bukan mesyuarat parti sahaja

Zahid, 68, menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 membabitkan pengubahan wang haram membabitkan wang puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. Sumber (gambar): Fail TTF

حاكيم اره زاهيد حاضر محكمه، بوكن مشوارت ڤرتي سهاج

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

“Urusan rasmi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi termasuk menghadiri perbicaraan kes dihadapinya, bukan mesyuarat parti sahaja.”

Penegasan itu diberi Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah, yang turut menekankan kepentingan bagi Ahmad Zahid menghadiri prosiding mahkamah bagi perbicaraan kesnya.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran kemudian mempersoalkan tindakan Ahmad Zahid menghadiri mesyuarat di Janda Baik ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan perjalanan rentas daerah dan negeri.

Katanya, mesyuarat pada 19 Februari lalu melanggar PKP dan ia adalah kali ketiga kes terpaksa ditangguhkan atas alasan sama.

“Tertuduh seperti acuh tidak acuh dengan keadaan kesihatannya dan orang lain.”


KUALA LUMPUR: “Urusan rasmi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi termasuk menghadiri perbicaraan kes dihadapinya, bukan mesyuarat parti sahaja.”

Penegasan itu diberi Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah, yang turut menekankan kepentingan bagi Ahmad Zahid menghadiri prosiding mahkamah bagi perbicaraan kesnya.




Sebaik prosiding bermula kira-kira jam 10 pagi, suasana mahkamah bertukar tegang apabila Sequerah tidak berpuas hati dengan permohonan peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid, supaya perbicaraan ditangguhkan sepanjang minggu ini berikutan anak guamnya dipercayai mempunyai kontak rapat dengan individu positif Covid-19.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, memberitahu mahkamah tertuduh tidak hadir pada perbicaraan hari ini.

Katanya, pihaknya menerima surat daripada pembelaan memohon kes ditangguhkan sepanjang minggu ini berikutan Ahmad Zahid menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang mana Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd Aziz, disahkan positif Covid-19.

Perkara itu disahkan Hamidi yang memaklumkan Ahmad Zahid berada dalam bilik mesyuarat sama selama enam jam.

“Sehubungan itu, tertuduh perlu menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari bermula 21 Februari,” katanya.

Mendengar permohonan itu, Sequerah mengarahkan Hamidi mengingatkan anak guamnya supaya tidak menghadiri sebarang mesyuarat sepanjang atau menjelang tarikh perbicaraan.

“Sebelum ini mahkamah terpaksa menangguhkan perbicaraan atas alasan sama.

Loading...

“Tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah adalah cukup untuk pihak pendakwaan menutup kes mereka, namun disebabkan perkara ini, mahkamah terpaksa mencari tarikh lain,” katanya.

Raja Rozela kemudian mempersoalkan tindakan Ahmad Zahid menghadiri mesyuarat di Janda Baik ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan perjalanan rentas daerah dan negeri.

Katanya, mesyuarat pada 19 Februari lalu melanggar PKP dan ia adalah kali ketiga kes terpaksa ditangguhkan atas alasan sama.

“Tertuduh seperti acuh tidak acuh dengan keadaan kesihatannya dan orang lain.

“Perbicaraan kes ini adalah sama penting dengan urusan beliau yang lain, malah tertuduh seolah-olah menggunakan alasan ini (kontak rapat) untuk tidak menghadiri perbicaraan mahkamah,” katanya.

Pihak pendakwaan kemudian memohon mahkamah untuk meminta pembelaan mengemukakan surat kebenaran merentas negeri.

Kira-kira setengah jam kemudian, pembelaan mengemukakan surat kebenaran oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengecualikan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada sekatan rentas negeri.

Hamidi turut mengemukakan pekeliling daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang memaklumkan mengenai mesyuarat MKT di Janda Baik.

Ahmad Zahid, 68, menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 membabitkan pengubahan wang haram membabitkan wang puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi

Mahkamah menerima kedua-dua surat berkenaan dan menetapkan 4 Mac ini untuk menyambung perbicaraan kes.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...