Hakim Mahkamah Rayuan digantung tugas

Peguam Datuk Joy Wilson Appukuttan yang mewakili Hamid Sultan, ketika dihubungi media, berkata penggantungan itu berkuat kuasa hari ini sehingga 27 Ogos ini. Sumber (gambar): Fail TTF

حاكيم محكمه رايوان دڬنتوڠ توڬس

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer, hari ini digantung tugas selama enam bulan oleh Jawatankuasa Etika Hakim (JEC).

Penggantungan itu selepas JEC berpuas hati bahawa aduan terhadap Hamid Sultan berjaya dibuktikan pada prosiding secara tertutup yang diadakan di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Isnin lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya, menolak permohonan Hamid Sultan untuk menangguhkan prosiding di hadapan JEC sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Ketika menolak permohonan itu, mahkamah mendapati Hamid Sultan gagal menunjukkan sebarang keadaan khas yang membenarkan penangguhan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan.


KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer, hari ini digantung tugas selama enam bulan oleh Jawatankuasa Etika Hakim (JEC).

Penggantungan itu selepas JEC berpuas hati bahawa aduan terhadap Hamid Sultan berjaya dibuktikan pada prosiding secara tertutup yang diadakan di Istana Kehakiman, Putrajaya.




Peguam Datuk Joy Wilson Appukuttan yang mewakili Hamid Sultan, ketika dihubungi media, berkata penggantungan itu berkuat kuasa hari ini sehingga 27 Ogos ini.

Appukuttan, berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pihak jawatankuasa kepadanya.

Pengerusi JEC berkata, pihaknya berpuas hati bahawa aduan berjaya dibuktikan dan Hamid digantung tugas,” katanya.

Hamid Sultan, bagaimanapun difahamkan akan bersara pada Ogos ini

Sementara itu, seorang lagi peguam, T Gunaseelan yang mewakili Hamid Sultan, berkata prosiding inkuiri hari ini dijalankan tanpa kehadiran anak guamnya.

Katanya, terdahulu pihaknya memohon penangguhan prosiding hari ini berikutan keadaan Hamid Sultan yang tidak sihat dan perlu mengamalkan penjarakan sosial selain rayuan menangguhkan prosiding akan didengar esok di Mahkamah Rayuan.

“Bagaimanapun, permohonan penangguhan itu tidak dibenarkan oleh anggota panel dan prosiding diteruskan.

Loading...

“Saya bersama dua peguam lain, Appukuttan dan Dinesh Nandrajog kemudian bertindak keluar dari pendengaran prosiding berkenaan,” katanya.

Terdahulu, prosiding inkuiri itu dianggotai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan dua bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham.

Isnin lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya, menolak permohonan Hamid Sultan untuk menangguhkan prosiding di hadapan JEC sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Ketika menolak permohonan itu, mahkamah mendapati Hamid Sultan gagal menunjukkan sebarang keadaan khas yang membenarkan penangguhan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan.

Pada 21 Januari lalu, Hamid Sultan gagal dalam permohonannya bagi mencabar tindakan JEC menjalankan prosiding inkuiri terhadapnya secara tertutup selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Pejabat Peguam Negara untuk membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan Hamid Sultan.

Hamid Sultan kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan, bagaimanapun tarikh pendengaran rayuan itu masih belum ditetapkan.

Pada 20 Oktober tahun lalu, Hamid Sultan memfailkan permohonan semakan itu dengan menamakan pengerusi JEC dan JEC masing-masing sebagai responden pertama dan kedua dan memohon perintah untuk membatalkan keputusan responden seperti dalam surat responden pertama bertarikh 28 dan 29 September 2020, berhubung prosiding inkuiri secara tertutup, selain deklarasi bahawa keputusan itu tidak sah dan batal, serta bercanggah dengan Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Hamid Sultan, dalam afidavit sokongan yang difailkan bersama semakan kehakiman berkata permohonan itu difailkan berdasarkan keputusan responden pertama, untuk menyiasat dua aduan yang dibangkitkan terhadapnya oleh hakim lain, membabitkan penghakimannya sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dalam kes Pendakwa Raya menentang Aluma Mark Chinonso & Anor, serta afidavit yang disahkannya bagi menyokong saman pemula difailkan peguam Sangeet Kaur Deo, yang memohon beberapa deklarasi berhubung keputusan mahkamah dalam rayuan bapanya, mendiang Karpal Singh.

Menurut Hamid Sultan, siasatan berhubung salah laku membabitkan hakim tidak boleh dilakukan secara tertutup, kerana ia bercanggah dengan prinsip kebebasan kehakiman.

Sumber:

WAJIB BACA:

Tuduhan tidak berasas Muhyiddin dalam perutusan terkini keruhkan lagi keadaan

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...