
حاكيم: نجيب تاهو بركاءيتن ترنسكسي واڠ ك دالم اكاءون د امبنق اسلاميچ تتاڤي تيدق ددهكن
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, tertuduh dalam kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan SRC International Sdn Bhd, didapati tahu berkaitan transaksi wang ke dalam akaun di AmBank Islamic tetapi tidak mendedahkannya.
Demikian keputusan yang dicapai oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan, yang turut berkata Jho Low dan ketua setiausaha sulit Najib, Azlin Alias saling berhubung dengan tertuduh berkaitan akaun bank.
Sebelum itu, Mohd Nazlan berkata, tiada pertikaian bahawa kabinet meluluskan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sebanyak RM2 bilion kepada SRC International secara “tergesa-gesa”.
Mohd Nazlan menambah, permohonan Najib, ketika itu menteri kewangan yang bertanggungjawab terhadap KWAP, disampaikan kepada panel pelaburan badan itu.
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, tertuduh dalam kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan SRC International Sdn Bhd, didapati tahu berkaitan transaksi wang ke dalam akaun di AmBank Islamic tetapi tidak mendedahkannya.
Demikian keputusan yang dicapai oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan, yang turut berkata Jho Low dan ketua setiausaha sulit Najib, Azlin Alias saling berhubung dengan tertuduh berkaitan akaun bank.
Mohd Nazlan turut menegaskan, bukti-bukti menunjukkan tertuduh tidak memulakan usaha mendapatkan kembali dana SRC daripada Switzerland, walaupun berkata akan ditangani secara kerajaan kepada kerajaan.
Mohd Nazlan berkata, pasukan pembelaan gagal menolak anggapan berdasarkan Akta SPRM 2009 berkaitan imbangan kebarangkalian dan gagal membangkitkan keraguan munasabah bawah Section 23(1) akta itu.
Sebelum itu, Mohd Nazlan berkata, tiada pertikaian bahawa kabinet meluluskan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sebanyak RM2 bilion kepada SRC International secara “tergesa-gesa”.
Mohd Nazlan menambah, permohonan Najib, ketika itu menteri kewangan yang bertanggungjawab terhadap KWAP, disampaikan kepada panel pelaburan badan itu.
Hakim berkata tertuduh terlibat dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
