Hamid Bador akan berjumpa Hamzah Zainuddin isu penangguhan pertukaran jawatan pegawai kanan polis

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Sumber (gambar): Fail TTF

حميد بادور اكن برجومڤا حمزه زاينوددين ايسو ڤنڠڬوهن ڤرتوكرن جاوتن ڤڬاواي كانن ڤوليس

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkaitan pelaksanaan pertukaran jawatan pegawai kanan polis yang ditangguhkan sebelum ini. 

Abdul Hamid berkata, perjumpaan itu bagi menjelaskan tentang kedudukannya serta kuasa beliau selaku Ketua Polis Negara.

Terdahulu, tular di Facebook mendakwa berlaku campur tangan politik membabitkan menteri kabinet yang mengeluarkan arahan menangguhkan pertukaran ketua polis.

Tulisan itu menyatakan “Nampaknya campur tangan politik dalam Command dan Control of PDRM dah melampau…dengarnya pertukaran KP yang diarahkan oleh KPN ditangguhkan dulu atas arahan menteri.”


KLANG: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkaitan pelaksanaan pertukaran jawatan pegawai kanan polis yang ditangguhkan sebelum ini.

Abdul Hamid berkata, perjumpaan itu bagi menjelaskan tentang kedudukannya serta kuasa beliau selaku Ketua Polis Negara.




“Tindakan saya mengeluarkan perintah pertukaran itu seperti mana undang-undang menyatakan ‘Command and Control’ kawal selia polis adalah di bawah tanggungjawab saya sebagai Ketua Polis Negara.

“Saya mengeluarkan arahan pertukaran pegawai untuk kebaikan semua dan tiada apa-apa yang luar biasa.

“Di saat akhir ketika saya sedang bercuti, tiba-tiba dapat arahan menyatakan ia hendaklah ditangguhkan. Jadi saya akan berjumpa dengan beliau (Hamzah) dan akan memberikan penjelasan kenapa ia perlu diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Taman Angkat AMANITA Kontinjen Selangor di Bandar Puteri, hari ini.

Terdahulu, tular di Facebook mendakwa berlaku campur tangan politik membabitkan menteri kabinet yang mengeluarkan arahan menangguhkan pertukaran ketua polis.

Tulisan itu menyatakan “Nampaknya campur tangan politik dalam Command dan Control of PDRM dah melampau…dengarnya pertukaran KP yang diarahkan oleh KPN ditangguhkan dulu atas arahan menteri.”

Sumber:

Loading...

WAJIB BACA:

KANTOI: TAKTIK TERDESAK RACUNI PEMIKIRAN PENYOKONG MAHATHIR TERBONGKAR [VIDEO]



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...