Hamid Bador: Enam anggota polis positif Covid-19

Abdul Hamid berkata Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hari keempat hari ini, menunjukkan orang ramai sudah mematuhi peraturan ditetapkan dengan mengehadkan pergerakan mereka. Sumber (gambar): Fail TTF

حميد بادور: انم اڠڬوتا ڤوليس ڤوسيتيف چوۏيد-19

#TTFCovid19 #TTFPDRM

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan enam anggotanya positif COVID-19 sementara 335 ahli keluarga masih menunggu ujian saringan kesihatan.

Beliau berkata, hal itu memperlihatkan risiko yang perlu ditanggung anggotanya, dalam menjalankan tugas ketika negara berdepan dengan penularan wabak COVID-19.

“Kita tidak putus asa, masih lagi dalam tahap mahu menyedarkan, memujuk rayu, pelbagai taktik dan teknik digunakan anggota, kepada masyarakat,” katanya.

Polis sebelum ini melancarkan Op COVID-19 pada 18 Mac lalu, dengan menjalankan ratusan sekatan jalan raya dan pemantauan, bagi memastikan rakyat mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan kerajaan, dalam usaha mengatasi penyebaran wabak virus COVID-19. 


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan enam anggotanya positif COVID-19 sementara 335 ahli keluarga masih menunggu ujian saringan kesihatan.

Beliau berkata, hal itu memperlihatkan risiko yang perlu ditanggung anggotanya, dalam menjalankan tugas ketika negara berdepan dengan penularan wabak COVID-19.




“Sehingga hari ini enam anggota saya positif COVID-19…kita terus beri galakan dan semangat kepada anggota untuk bersemangat melaksanakan tugas,” katanya dalam satu temubual eksklusif di Astro Awani hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid berkata Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hari keempat hari ini, menunjukkan orang ramai sudah mematuhi peraturan ditetapkan dengan mengehadkan pergerakan mereka.

Menurutnya, walaupun ada segelintir masyarakat yang masih menjalankan aktiviti di luar, pihaknya masih memberi nasihat sebelum tindakan tegas dilakukan.

“Kita tidak putus asa, masih lagi dalam tahap mahu menyedarkan, memujuk rayu, pelbagai taktik dan teknik digunakan anggota, kepada masyarakat,” katanya.

Polis sebelum ini melancarkan Op COVID-19 pada 18 Mac lalu, dengan menjalankan ratusan sekatan jalan raya dan pemantauan, bagi memastikan rakyat mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan kerajaan, dalam usaha mengatasi penyebaran wabak virus COVID-19.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...