Hamid Bador ketuai 19 penerima darjah kebesaran Perak

Mengetuai senarai penerima, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang menerima Darjah Seri Pahlawan Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri, diikuti Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Ayop Hashim yang menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) juga membawa gelaran Datuk Seri. Sumber (gambar): Astro Awani

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengetuai senarai 19 individu menerima darjah kebesaran pada sesi pertama Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ke-63 di Istana Iskandariah di sini, hari ini.

Turut menerima anugerah, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Zainal Azman Abu Seman yang menerima Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk.

Sultan Nazrin turut berkenan menganugerahkan Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 12 tokoh dan individu termasuk seorang penerima Darjah Kehormat.


KUALA KANGSAR: Seramai 19 individu menerima darjah kebesaran pada sesi pertama Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ke-63 di Istana Iskandariah di sini, hari ini.

Mengetuai senarai penerima, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang menerima Darjah Seri Pahlawan Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri, diikuti Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Ayop Hashim yang menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) juga membawa gelaran Datuk Seri.




Turut menerima anugerah, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Zainal Azman Abu Seman yang menerima Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk.

Sultan Nazrin turut berkenan menganugerahkan Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 12 tokoh dan individu termasuk seorang penerima Darjah Kehormat.

Mereka adalah Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi dan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Peladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain, Datuk Mohamad Sadik Kethergany; Profesor Ulung Institut Asia Eropah Universiti Malaya (UM), Prof Ulung Rajah Rasiah; Pakar Perunding dan Ketua Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Dr Kavita M Bojwani dan Pengarah Pembangunan Negeri Perak, Zulazlan Abu Hassan.

Turut menerima DPMP ialah Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Inovasi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Dr P Chandrawathani; Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim dan bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Lim Eng Hock; bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki, Dr Mehander Singh Nahar Singh dan Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) negeri, Mohamed Azni Mohamed Ali.

Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud H S Qattan pula menerima DPMP Kehormat.

Selain itu, empat individu menerima Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan iaitu Pengarah Senggaraan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Brig Jen Mustaffa Othman dan Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Azizi Mat Aris.

Loading...

Penerima lain ialah Pengarah Kanan Material Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan, Laksamana Pertama Affenddy Suhaimi dan Ketua Jabatan Perubatan Tentera, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Brig Jen Dr Rozali Ahmad.

Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan berangkat memeriksa kawalan hormat utama yang berlangsung di perkarangan Istana Iskandariah.

Kawalan hormat utama berkenaan terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Kem Sangro, Taiping, diketuai Kolonel Muhammad Zamri Musa.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...