Hamid Bador: Laporan Jho Low di UAE cerita dongeng, saya tahu di mana dia berada

Abdul Hamid turut berjanji akan berusaha membawa balik ahli perniagaan dalam buruan itu selewat-lewatnya hujung tahun ini. Sumber (gambar): TTF

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, dakwaan kononnya ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, 38, kini menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah tidak benar sama sekali.

“Ini satu dongeng… saya tak tahu siapa sumbernya, kalau ada sumber itu… saya nak berjumpa dengannya…mari (datang ke pejabat) saya sediakan nasi lemak, mari berbual dengan saya dari mana dapat cerita penjenayah buruan banyak negara boleh terbang ke UAE.

Abdul Hamid berkata demikian mengulas laporan sebuah portal berita semalam menyatakan ahli perniagaan dalam buruan itu memilih untuk menetap di UAE walaupun memperoleh suaka daripada negara lain.

Tegas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak risikan dan polis di UAE.

“Sebab itu saya kata mustahil, benda ini dongeng. Saya tahu di mana dia berada tapi ada pihak yang melindunginya secara rasmi.


JERANTUT: Dakwaan kononnya ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, 38, kini menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah tidak benar sama sekali.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, ketika diminta mengulas mengenai laporan terbabit, berkata itu satu pembohongan, satu cerita dongeng.




 “Satu pembohongan, adakah logik (munasabah) seorang yang menjadi buruan seluruh dunia boleh keluar dari tempat persembunyian dan pergi ke UAE.

“Ini satu dongeng… saya tak tahu siapa sumbernya, kalau ada sumber itu… saya nak berjumpa dengannya…mari (datang ke pejabat) saya sediakan nasi lemak, mari berbual dengan saya dari mana dapat cerita penjenayah buruan banyak negara boleh terbang ke UAE.

“Kenyataan itu (Jho Low berada di UAE) seolah-olah menggambarkan undang-undang negara terbabit tidak ketat, sedangkan negara itu berbangga dengan Dubainya, dengan Abu Dhabinya serta sistem kawalan lapangan terbangnya…takkan seorang penjenayah boleh terlepas begitu saja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Peringkat Kontinjen Pahang 2019 di Dewan Kuliah Utama Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut, di sini.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abd Rahim Jaafar dan Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Yusri Hassan Basri.

Abdul Hamid berkata demikian mengulas laporan sebuah portal berita semalam menyatakan ahli perniagaan dalam buruan itu memilih untuk menetap di UAE walaupun memperoleh suaka daripada negara lain.

Tegas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak risikan dan polis di UAE.

Loading...

“Sebab itu saya kata mustahil, benda ini dongeng. Saya tahu di mana dia berada tapi ada pihak yang melindunginya secara rasmi.

“Saya berikan masa lagi dan saya sudah nyatakan bahawa saya tidak akan berhenti jalankan usaha menjejak penjenayah ini.

“Kalau dia kata dirinya bukan penjenayah, sila balik ke sini, datang jumpa saya dan saya jamin dia mendapat layanan sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang. Saya bukan Gestapo, diktator yang boleh menjalankan tindakan sesuka hati,” katanya.

Tambah beliau, ramai peguam terkenal lagi mahir yang boleh membela Jho Low dan turut mempersoalkan tindakan ahli perniagaan itu termasuk ahli keluarganya terus melarikan diri dan bersembunyi.

“Baru-baru ini terdapat usaha untuk dapatkan dokumen-dokumen tertentu dari negara ini untuk membolehkan saudara Jho Low terbang ke negara lain dan melabur di sana menggunakan wang haram,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hamid turut berjanji akan berusaha membawa balik ahli perniagaan dalam buruan itu selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Saya sedang berunding lagi secara rasmi dan separa rasmi dengan pelbagai pihak serta pihak polis negara lain.

“Jika saya gagal, saya akan mengaku dan memberikan alasan kenapa gagal tetapi bukan sebab kurang berusaha…ini adalah jenayah terbesar abad ini dan PDRM tidak boleh pandang enteng perkara ini,” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...