
حميد بادور: ڤجابت ڤڬوام نڬارا مينتا كامي ڤركمس لاڬي كرتس سياستن كيس اديب
Polis akan memanggil semula saksi kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim untuk dirakam keterangan jika mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata ketika ini pihaknya giat memperkemaskan kertas siasatan kes itu daripada sudut mengikut permintaan AGC.
Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).
KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil semula saksi kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim untuk dirakam keterangan jika mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata ketika ini pihaknya giat memperkemaskan kertas siasatan kes itu daripada sudut mengikut permintaan AGC.
“Polis sudah laksanakan tugas menyiasat kes Adib. Kertas siasatan kemudian diserahkan kepada AGC untuk tindakan susulan.
“Namun, AGC meminta polis untuk memperkemaskan lagi kertas siasatan. Kita bertindak mengikut arahan AGC dengan penuhi kekurangan dan berusaha mencari setiap sudut siasatan yang diperlukan AGC.
“Ia terpulang kepada permintaan AGC, kalau perlu kita buat (panggil semula saksi kes Adib untuk lengkapkan kertas siasatan),” katanya pada BH, hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, isu teknikal dan proses memburu saksi antara punca siasatan kes Adib mengambil tempoh masa yang lama.
“Kita berhadapan dengan isu teknikal selain nak cari saksi ambil masa. Ada maklumat diterima tidak tepat dan tidak mendalam, ia sedikit sebanyak memperlahankan tindakan polis,” katanya.
Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dilaporkan mencadangkan polis untuk memanggil semula semua saksi kes kematian anggota bomba itu bagi mengesan pembunuh sebenar.
Zuraida dipetik sebagai berkata, siasatan semula secara menyeluruh perlu dilakukan bagi menghadapkan pelaku sebenar jenayah berkenaan ke muka pengadilan.
Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).
Rabu lalu, polis mengesahkan akan melengkapkan siasatan dan menyelesaikan arahan yang dikeluarkan Timbalan Pendakwa Raya membabitkan Allahyarham Muhammad Adib selepas Mahkamah Koroner memutuskan punca kematiannya adalah akibat perbuatan jenayah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dilaporkan berkata, kes itu sedang dalam tindakan dan akan dihantar semula kertas siasatan serta berbincang dengan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Sumber:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
