
Penahanan 12 individu yang dipercayai terlibat dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) tidak berunsur politik, kaum dan agama, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
“Kita tidak bertindak semberono. Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman begitu konsisten dengan tindakan yang diambil berdasarkan semua bentuk ancaman. Apabila mempunyai bukti, kita berinteraksi bersama Jabatan Peguam Negara sama ada dengan bukti itu boleh ambil tindakan atau tidak.
“Mereka diberi hak untuk mendapatkan khidmat peguam dan keluarga dibenarkan melawat serta tempat tahanan dipasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan keselamatan dan mengelakkan berlaku dakwaan seperti seksaan.
KUALA SELANGOR: Penahanan 12 individu yang dipercayai terlibat dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) tidak berunsur politik, kaum dan agama, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Menurutnya, tangkapan itu berdasarkan bukti kukuh selepas menerima pendapat Jabatan Peguam Negara.
“Kita tidak bertindak semberono. Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman begitu konsisten dengan tindakan yang diambil berdasarkan semua bentuk ancaman. Apabila mempunyai bukti, kita berinteraksi bersama Jabatan Peguam Negara sama ada dengan bukti itu boleh ambil tindakan atau tidak.
“Kes LTTE sudah disiasat sejak November tahun lepas. Selepas siasatan kita mendapat bukti dan memutuskan tindakan diambil ke atas mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelepasan Konvoi Ride Bersekutu Vol 4 2019 (RBV#4) di Dataran Puncak Alam di sini hari ini.
Abdul Hamid akui terkilan kerana ada pihak tertentu yang mengaitkan tangkapan berkenaan dengan politik.
Beliau turut memberi jaminan bahawa hak sebaiknya kepada tahanan yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan dipelihara.
“Mereka diberi hak untuk mendapatkan khidmat peguam dan keluarga dibenarkan melawat serta tempat tahanan dipasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan keselamatan dan mengelakkan berlaku dakwaan seperti seksaan.
“Setiap pergerakan akan dicatat dalam buku rasmi. Saya tidak membiarkan perkara ini (seksaan) berlaku dan mereka ada hak. Sekiranya mereka yakin tidak bersalah, mereka ada hak untuk membawa isu ini ke mahkamah. Saya juga akan memastikan mereka keluar dari mahkamah dalam keadaan sihat,” katanya
Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan
Sumber:
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
