Hamid Bador: Polis terima data rangkaian penularan Covid-19 melibatkan 40,000 individu

Hamid berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa daerah yang terdapat individu dan kumpulan yang seharusnya perlu tampil membuat saringan pemeriksaan COVID-19. Sumber (gambar): Fail TTF

حميد بادور: ڤوليس تريما داتا راڠكين ڤنولارن چوۏيد-19 مليبتكن 40،000 اينديۏيدو

#TTFCovid19: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima data rangkaian penularan COVID-19 melibatkan kira-kira 40,000 individu yang termasuk individu dikaitkan dengan kluster ahli tabligh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata data berkenaan diperincikan secara satu persatu oleh pasukan petugas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) diketuai Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed bagi mengesan mereka yang berkemungkinan terlibat dengan jangkitan wabak itu.

Selain itu, Abdul Hamid berkata pasukan berkenaan juga sedang berusaha memperoleh maklumat ahli tabligh yang berada di luar negara dan akan menyampaikannya kepada pihak Jabatan Imigresen atau pihak pelabuhan untuk menunggu kepulangan mereka di lapangan terbang dan pelabuhan

“Ini bertujuan untuk sahkan kumpulan ahli tabligh yang tiba dan polis akan terus ambil tindakan mengiringi mereka menaiki bas serta dibawa ke pusat kuarantin untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari,” katanya.


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima data rangkaian penularan COVID-19 melibatkan kira-kira 40,000 individu yang termasuk individu dikaitkan dengan kluster ahli tabligh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata data berkenaan diperincikan secara satu persatu oleh pasukan petugas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) diketuai Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed bagi mengesan mereka yang berkemungkinan terlibat dengan jangkitan wabak itu.




Beliau berkata hasil daripada data KKM itu, pihaknya telah mengenal pasti beberapa daerah yang terdapat individu dan kumpulan yang seharusnya perlu tampil membuat saringan pemeriksaan COVID-19.

“Kami membuat analisis daripada data-data itu dengan membantu KKM mengenal pasti sehingga lebih kurang 11,000 ahli tabligh yang menyertai majlis ijtimak di Masjid Sri Petaling, di sini, baru-baru ini.

“Daripada data ini, pasukan berkenaan telah memperhalusi dan menggunakan kaedah tertentu untuk mengenal pasti rangkaian kontak rapat, perjalanan dan siapa yang mungkin dijangkiti mereka yang terlibat,” katanya kepada Bernama di Bukit Aman, di sini.

“Kami kenal pasti individu itu termasuklah mendapatkan maklumat lengkap seperti alamat rumah, nombor telefon dan kad pengenalan yang diperoleh daripada pasukan itu untuk kami beri pada KKM untuk hadir membuat saringan pemeriksaan COVID-19,” katanya.

Beliau berkata kebanyakan kumpulan ahli tabligh itu telah disaring dan pihak polis menyeru  orang ramai agar tidak mengecam dan mendiskriminasi ahli tabligh.

Selain itu, Abdul Hamid berkata pasukan berkenaan juga sedang berusaha memperoleh maklumat ahli tabligh yang berada di luar negara dan akan menyampaikannya kepada pihak Jabatan Imigresen atau pihak pelabuhan untuk menunggu kepulangan mereka di lapangan terbang dan pelabuhan

Loading...

“Ini bertujuan untuk sahkan kumpulan ahli tabligh yang tiba dan polis akan terus ambil tindakan mengiringi mereka menaiki bas serta dibawa ke pusat kuarantin untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan pihak penganjur ijtimak tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling di sini mendakwa sebanyak 95 peratus daripada kira-kira 11,000 peserta perhimpunan tabligh telah tampil membuat saringan kesihatan bagi COVID-19.

Susulan itu, polis menubuhkan pasukan petugas melibatkan pegawai dan anggota JSJ di semua peringkat daerah dan kontinjen polis negeri dalam usaha mengesan mereka yang menghadiri perhimpunan itu dari 28 Feb hingga 1 Mac lepas yang kini menjadi kluster terbesar jangkitan COVID-19 di negara ini.

Sumber:

 



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...