Hamid Bador: Saya akan patahkan cubaan hidupkan ideologi komunis

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. Sumber (gambar): TTF

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bertekad mematahkan sebarang cubaan menghidupkan kembali Parti Komunis Malaya (PKM) atau ideologi komunis di negara ini.

Sambil menyuarakan keyakinan cubaan menghidupkan sebarang komuniti dengan ideologi komunis, sama ada kecil atau besar akan dapat dihapuskan, beliau bagaimanapun berharap semua pihak memberi kerjasama dan maklumat bagi memerangi usaha sedemikian.

Beliau juga memberi amaran kepada pihak yang cuba mempertahan atau mempunyai perancangan menghidupkan kembali PKM supaya membatalkan hasrat.

“Tindakan itu bakal mencetuskan lagi suasana tidak harmoni dalam kalangan rakyat kita yang berbilang bangsa dan agama,” katanya.


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bertekad mematahkan sebarang cubaan menghidupkan kembali Parti Komunis Malaya (PKM) atau ideologi komunis di negara ini.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa memantau sebarang cubaan merancang pertemuan atau perjumpaan dirasakan mempunyai kaitan dengan PKM atau penyebaran maklumat secara sulit berhubung ideologi itu.




Sambil menyuarakan keyakinan cubaan menghidupkan sebarang komuniti dengan ideologi komunis, sama ada kecil atau besar akan dapat dihapuskan, beliau bagaimanapun berharap semua pihak memberi kerjasama dan maklumat bagi memerangi usaha sedemikian.

“Saya akan pastikan PKM tidak wujud lagi di Malaysia, tekad saya memastikan tiada sebarang usaha atau cubaan menghidupkan lagi kumpulan itu kerana ia bukan sesuatu yang baik. Ramai sudah terkorban kerana mempertahankan tanah air daripada PKM ini pada era 1970-an dulu,” katanya kepada BH.

Beliau juga memberi amaran kepada pihak yang cuba mempertahan atau mempunyai perancangan menghidupkan kembali PKM supaya membatalkan hasrat.

“Tindakan itu bakal mencetuskan lagi suasana tidak harmoni dalam kalangan rakyat kita yang berbilang bangsa dan agama.

“Selama ini, kita boleh lihat bangsa Melayu, Cina, India, Sikh, Kadazan, Bidayuh, Iban dan Orang Asli bersatu padu, bekerjasama dan hidup harmoni. Kenapa perlu ada usaha untuk hidupkan PKM?

“PDRM tidak akan berdiam diri dan akan ambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada terhadap kumpulan atau individu yang cuba menganjurkan sebarang perjumpaan berkaitan PKM,” katanya.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...