Hamid Bador: Semua kes ‘sejuk beku’ dibuka semula

Abdul Hamid berkata pihaknya akan mengenal pasti pegawai penyiasat yang bertanggungjawab untuk diarah menyelesaikan kes masing-masing. Sumber (gambar): Fail TTF

حميد بادور: سموا كيس ءسجوق بكوء دبوك سمولا

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan, tiada lagi aktiviti ‘mewah’ dalam kalangan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibenarkan.

Katanya, ia termasuk mengadakan majlis keramaian bagi merayakan hari lahir pegawai tinggi di pejabat mahupun mengadakan lawatan ke mana-mana tempat.

Beliau juga menegaskan, siasatan ke atas semua kes ‘sejuk beku’ Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang tidak diselesaikan sejak beberapa tahun lalu, akan dibuka dan diteruskan semula dengan pegawai bertanggungjawab diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikannya.

Antara kes berkenaan, katanya, ialah penipuan dalam talian dengan banyak kes tertangguh disebabkan pegawai penyiasat tidak melaksanakan tugas dengan baik, termasuk ada yang tidak menjalankan siasatan.


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan, tiada lagi aktiviti ‘mewah’ dalam kalangan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibenarkan.

Katanya, ia termasuk mengadakan majlis keramaian bagi merayakan hari lahir pegawai tinggi di pejabat mahupun mengadakan lawatan ke mana-mana tempat.




“Saya haramkan semua majlis berfoya-foya di pejabat. Ada pegawai-pegawai tinggi polis dibelanja makanan laut sehingga bil mencecah ribuan ringgit, siapa hendak bayar semua itu? Budaya sedemikian saya hendak buang dan tidak mahu ada dalam PDRM,” katanya.

Beliau juga menegaskan, siasatan ke atas semua kes ‘sejuk beku’ Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang tidak diselesaikan sejak beberapa tahun lalu, akan dibuka dan diteruskan semula dengan pegawai bertanggungjawab diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikannya.

Antara kes berkenaan, katanya, ialah penipuan dalam talian dengan banyak kes tertangguh disebabkan pegawai penyiasat tidak melaksanakan tugas dengan baik, termasuk ada yang tidak menjalankan siasatan.

“Selain itu, ada juga kes JSJK yang mempunyai waran tangkap yang dikeluarkan mahkamah dan ada laporan polis yang dibuat pada 2013 (tapi siasatan) tidak berjalan,” katanya.

Abdul Hamid berkata, pihaknya akan mengenal pasti pegawai penyiasat yang bertanggungjawab untuk diarah menyelesaikan kes masing-masing.

“Kes-kes ‘sejuk beku’ ini perlu dibuka semula untuk memberi keadilan kepada mangsa yang teraniaya dan kami cari siapa pegawai penyiasat berkenaan, beri dia amaran satu bulan untuk siapkan siasatan kes,” katanya.

Ketua Polis Negara juga menegaskan, pihaknya tidak akan memberi sebarang ruang kepada kegiatan perjudian dalam talian.

Loading...

“Judi dalam talian memang saya lawan habis-habisan, saya tidak bagi peluang dan saya haramkan mana-mana tauke judi datang untuk berjumpa dan berbaik dengan saya,” katanya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...