
Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah Osman, hari ini mendedahkan beliau merupakan pemberi maklumat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk Tun Dr. Mahathir Mohamad menubuhkan Bersatu.
“Saya hadir dan Kit Siang juga ada. Dalam perbincangan kami, di depan saya, Kit Siang sendiri mencadangkan kepada Dr. Mahathir agar menubuhkan sebuah parti Melayu macam UMNO bagi mendapatkan 10 peratus daripada undi UMNO, yang mana jika itu berjaya dilakukan, Pakatan Harapan akan dapat menubuhkan sebuah kerajaan.
Walaubagaimanapun, Hamidah belum lagi mengulas dakwaan Najib bahawa cadangan Kit Siang kepada Mahathr adalah berniat “memecah belahkan Melayu, memperalatkan Melayu dan menggunakan Melayu sebagai alat untuk menjatuhkan orang Melayu sendiri.”
PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah Osman, hari ini mendedahkan beliau merupakan pemberi maklumat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk Tun Dr. Mahathir Mohamad menubuhkan Bersatu.
Menurut portal berita Utusan Online, Hamidah mendakwa, beliau turut hadir dalam satu mesyuarat dipanggil oleh Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana ketika itu yang turut dihadiri beberapa pemimpin lain selepas gerakan Deklarasi Rakyat dilihat gagal membuahkan sebarang impak.
“Saya hadir dan Kit Siang juga ada. Dalam perbincangan kami, di depan saya, Kit Siang sendiri mencadangkan kepada Dr. Mahathir agar menubuhkan sebuah parti Melayu macam UMNO bagi mendapatkan 10 peratus daripada undi UMNO, yang mana jika itu berjaya dilakukan, Pakatan Harapan akan dapat menubuhkan sebuah kerajaan.
“Jadi, kalau hendak tanya siapa yang memaklumkan pada Najib, saya dengan ini memberi pengakuan bahawa sayalah orang yang hadir ketika perkara itu dibincangkan antara Dr. Mahathir dan Kit Siang,” katanya dalam sidang akhbar di Ipoh hari ini.
Hamidah berkata demikian sebagai membalas kenyataan Kit Siang semalam yang membidas Najib berhubung perkara tersebut apabila mendakwa bekas Perdana Menteri itu adalah seorang penipu, malahan beliau tidak dapat mengemukakan bukti atas dakwaannya.
Walaubagaimanapun, Hamidah belum lagi mengulas dakwaan Najib bahawa cadangan Kit Siang kepada Mahathr adalah berniat “memecah belahkan Melayu, memperalatkan Melayu dan menggunakan Melayu sebagai alat untuk menjatuhkan orang Melayu sendiri.”
Biarpun TTF bersetuju itu sememangnya ‘game plan’ DAP, setakat pemahaman kami, niat Kit Siang mencadangkan penubuhan PPBM sepertimana dibongkarkan oleh TTF pada tahun 2017 adalah bagi menubuhkan parti mirip UMNO dalam PH dan menjadikan gandingan PPBM-DAP alternatif kepada UMNO-MCA.
Justeru, Hamidah harus memberi pencerahan sekiranya Kit Siang pernah mencadangkan kepada Mahathir untuk menubuhkan PPBM bagi “memecah belahkan orang Melayu” dan sekiranya perkara ini dipersetujui Tun secara lisan.
THE THIRD FORCE
