
“Muhyiddin sememangnya sedar bahawa parlimen boleh dibenarkan bersidang pada bila-bila masa tanpa perlu notis 28 hari kerana negara kini berada dalam darurat dan tertakluk kepada peruntukan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021”
Raggie Jessy Rithaudeen
همڤير سميڠڬو، ماسيه تياد تندا-تندا محي الدين اكن ڤاتوه تيته اڬوڠ
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Tanggal 23hb Jun 2021 esok sudah genap seminggu sejak Yang Di-Pertuan Agong menitahkan agar parlimen segera bersidang, namun tidak ada tanda-tanda Tan Sri Muhyiddin Yassin ingin mematuhi titah itu.
Sebaliknya, apa yang kita didendangkan ialah penghinaan-demi penghinaan oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin, bermula dengan kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa Yang Di-Pertuan Agong tidak menetapkan bulan berapa parlimen harus bersidang.
Ini disusuli dengan kenyataan Pejabat Perdana Menteri bahawa kerajaan sekadar ‘mengambil maklum’ titah Yang Di-Pertuan Agong tanpa menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap Raja-Raja Melayu atau komitmen kerajaan untuk menuruti titah Seri Paduka Baginda Tuanku.
Kemudian, Muhyiddin tiba-tiba mengumumkan keinginannya untuk membentuk jawatankuasa bagi meneliti tarikh sidang parlimen sedangkan Yang Di-Pertuan Agong bersusah payah bertemu dengan 18 pemimpin politik dan pakar-pakar serta ketua-ketua agensi kerajaan bagi mendapatkan maklum balas sebelum memutuskan bahawa parlimen perlu segera bersidang.
Malah, Raja-Raja Melayu turut mengadakan satu siri perbincangan yang amat tertib, bermula di peringkat negeri, dengan memanggil pakar-pakar dari agensi-agensi berkaitan dan mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat bagi mendapatkan maklum balas berhubung situasi terkini membabitkan pentadbiran negeri.
Kesemua ini menjadikan cadangan Muhyiddin satu penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu yang meluangkan begitu banyak masa untuk mencapai kata sepakat berhubung masalah-masalah negara yang gagal diselesaikan oleh Muhyiddin sendiri malah ada diantaranya ditimbulkan oleh kerajaan pimpinan beliau.
Rumusannya, Muhyiddin sedang menghina Raja-Raja Melayu secara terus-menerus tanpa segan atau silu dan menyampaikan satu mesej buruk kepada rakyat, bahawa kerajaan pimpinannya terlalu berkuasa dan boleh melakukan apa sahaja tanpa mempedulikan maruah Raja-Raja Melayu.
WAJIB BACA:
