Hamzah nafi dalangi perpecahan PPBM

Hamzah berkata, beliau bersetuju menyertai Bersatu atas jemputan Dr Mahathir pada Februari tahun lalu dengan tujuan untuk memperkukuhkan parti itu. Sumber (gambar): Fail TTF

حمزه نافي دالڠي ڤرڤچاهن ڤڤبم

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Hamzah Zainudin menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan individu yang memecahbelahkan parti itu.

Ahli Parlimen Larut itu menegaskan apa yang dilakukannya selama ini bukan bertujuan untuk memecah belahkan parti sebaliknya melaksanakan apa yang diinginkan bekas Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hamzah berkata, Dr Mahathir bersama beberapa pemimpin Bersatu termasuk Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan beberapa perbincangan untuk Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

“Dalam beberapa perbincangan termasuklah antara saya, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Faizal Azumu; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beliau sendiri, Dr Mahathir mahu mencari jalan bagaimana cara Bersatu boleh keluar daripada Pakatan Harapan (PH).”


PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan individu yang memecahbelahkan parti itu.

Ahli Parlimen Larut itu menegaskan apa yang dilakukannya selama ini bukan bertujuan untuk memecah belahkan parti sebaliknya melaksanakan apa yang diinginkan bekas Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.




Menurutnya, beliau bersetuju menyertai Bersatu atas jemputan Dr Mahathir pada Februari tahun lalu dengan tujuan untuk memperkukuhkan parti itu.

“Selepas itu perbincangan berlaku daripada masa ke masa dengan Dr Mahathir meminta saya bukan hanya perkukuhkan parti itu tetapi mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap DAP.

“Pada ketika itu saya laksanakan tugas atas arahan Perdana Menteri ketika itu.

“Sebagai contoh Kongres Maruah Melayu dilaksanakan secara besar besaran. Tak mungkin saya dapat lakukan jika tidak atas arahan Perdana Menteri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor di sini hari ini.

Hamzah berkata, Dr Mahathir bersama beberapa pemimpin Bersatu termasuk Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan beberapa perbincangan untuk Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

“Dalam beberapa perbincangan termasuklah antara saya, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Faizal Azumu; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beliau sendiri, Dr Mahathir mahu mencari jalan bagaimana cara Bersatu boleh keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

“Kita sama-sama lakukan dan selebihnya adalah sejarah apabila Dr Mahathir sendiri melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Loading...

“Saya terkejut kerana Muhyiddin pun tak pernah terfikir dan beliau bertanya dan saya sendiri tidak tahu dan faham apa yang dilakukan,” katanya.

Jelasnya, beliau kesal dengan tohmahan terhadap Muhyiddin bahawa apa yang berlaku sebelum ini merupakan komplot yang didalanginya.

“ALLAH pilih seorang Perdana Menteri yang saya rasa mampu memimpin negara menggantikan Dr Mahathir. Berilah sokongan kepada beliau,” katanya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...