
حمزه: ڤوليس تيدق تولق كموڠكينن سياست تاكييوددين
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ia bagi bagi merakamkan keterangan berhubung dakwaan derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurut beliau, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mendapatkan maklumat terperinci.”Jika ada laporan, sesiapa sahaja kita akan panggil tanpa mengira darjat,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Pakatan Harapan Shazni Munir agar menyiasat kenyataan Takiyuddin yang didakwa memperlekeh pandangan Seri Paduka Baginda supaya menyegerakan sidang Parlimen.
PUTRAJAYA: Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ia bagi bagi merakamkan keterangan berhubung dakwaan derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Sesiapa sahaja yang melakukan hasutan sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam rakyat, polis akan siasat,” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya pada Jumaat.
Menurut beliau, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mendapatkan maklumat terperinci.”Jika ada laporan, sesiapa sahaja kita akan panggil tanpa mengira darjat,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Pakatan Harapan Shazni Munir agar menyiasat kenyataan Takiyuddin yang didakwa memperlekeh pandangan Seri Paduka Baginda supaya menyegerakan sidang Parlimen.
Pada Rabu, Takiyuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong tidak menitahkan sebarang tarikh untuk memulakan sidang Dewan Rakyat.
Yang di-Pertuan Agong, pada Selasa bertitah agar persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi menangani Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.
Sumber:
WAJIB BACA:
Hanya Mahathir seorang beri jalan penyelesaian khusus
Loading...
