Hamzah Zainuddin akan bincang dengan polis pembebasan suspek LTTE

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin (kiri), Tan Sri Abdul Hamid Bador (kanan). Sumber (gambar): TTF

Raggie Jessy Rithaudeen

حمزه زاينوددين اكن بينچڠ دڠن ڤوليس ڤمبيبسن سوسڤك لتت

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini mengesahkan akan berbincang dengan pihak polis tindakan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas menggugurkan semua dakwaan terhadap 12 tahanan LTTE.

Pada 9hb Mac 2020, saya menulis:

“Saya berharap agar Hamzah dapt menggerakkan satu siasatan bersepadu melibatkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Badan Kehakiman Negara untuk menyiasat bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.




“Siasatan terhadap Tommy Thomas perlu kerana beliau malangkaui batas kuasanya apabila memijak-mijak kuasa Menteri Dalam Negeri dengan menggugurkan semua dakwaan terhadap tahanan-tahanan LTTE.

“Thomas secara terbuka menghina Perlembagaan Persekutuan apabila membelakangkan dasar Kementerian Dalam Negeri yang secara sah mengganggap LTTE sebagai sebuah organisasi pengganas.

“Tindak tanduk Thomas turut memperlekeh usaha keras PDRM menggumpul bahan bukti yang sah mengaitkan individu-individu yang ditahan, termasuk ADUN-ADUN dari DAP, dengan gejala keganasan melibatkan LTTE.”

Pada 21hb Febuari 2020, Majlis Peguam Negara mempersoalkan langkah Jabatan Peguam Negara (AG) membenarkan pendakwaan terhadap 12 tertuduh yang didakwa menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sejak dari awal.

Presiden Majlis Peguam, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor, berkata mereka tidak sepatutnya dihadapkan ke mahkamah jika Peguam Negara yakin tiada bukti kukuh untuk mengaitkan mereka dengan tuduhan berkenaan.

“Rakyat Malaysia perlu tahu adalah sangat mengejutkan apabila rakyat boleh ditahan, didakwa dan dipenjarakan tanpa jaminan untuk tempoh panjang sejak hari pertama penangkapan mereka atas tuduhan tanpa prospek jelas untuk sabitan.

“Dari kenyataan dikeluarkan Peguam Negara, nampaknya tidak ada bukti kukuh untuk mengaitkan mereka dengan tuduhan kerana tidak ada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh,” katanya.

Loading...

Abdul Fareed berkata, pertuduhan yang kemudian disusuli pembebasan 12 individu, termasuk dua wakil rakyat DAP itu, menimbulkan persoalan sama ada wujud salah guna kuasa penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam kes berkenaan.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...