
Raggie Jessy Rithaudeen
حمزه زاينوددين ترخلاف، ڤرليمين بوليه برسيدڠ دڠن سلامت كتيك ضرورت. اين چاراڽ…
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan menempelak cadangan sesetengah ahli Parlimen yang mahukan Parlimen bersidang dengan segera.

Menurut beliau, Parlimen bukanlah tempat yang selamat ketika ini kerana persidangan akan melibatkan lebih 1,000 individu dalam satu-satu masa.
“Biasanya, dalam empat hari berturut-turut bersidang di Parlimen, berapa ramai orang ada di Parlimen? Pertama, ahli-ahli Parlimen. Kedua, pegawai ahli-ahli Parlimen. Ketiga, pegawai kerajaan. Keempat, pegawai kakitangan Parlimen. Kelima, kakitangan kafeteria, pemandu dan lain-lain.
“Ini melebihi 1,000 orang. Kalau mereka ini duduk dari pagi sampai petang, ini akan menjadi hotspot Covid-19. Kalau kita kawal sekarang ini, tidak adalah kluster,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pertama sekali, kenyataan Hamzah agak pelik, memandangkan parlimen boleh bersidang secara maya atau kombinasi maya dan fizikal.
Kedua, jika Perhimpunan Agung UMNO dibenarkan untuk diadakan melibatkan lebih 1,000 orang yang kebanyakkannya belum menerima vaksin, masakan pula parlimen tidak boleh bersidang sedangkan semua atau hampir semua ahli parlimen sudah menerima vaksin.
Jika ya pun ada ahli parlimen yang masih belum menerima vaksin, kerajaan harus bertanggungjawab mempercepatkan pemberian vaksin kepada mereka dan semua warga parlimen demi memastikan kelangsungan proses demokrasi berparlimen.
Dan jika ya pun perlu ada pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan parlimen bersidang secara maya, kerajaan boleh meminda akta menerusi Ordinan Darurat sepertimana yang dilakukan bagi membolehkan dana KWAN digunakan agar parlimen boleh bersidang secara maya dalam tempoh Darurat.
Perkara ini seharusnya sudah lama dilakukan jika benar kerajaan ikhlas dalam usahanya memastikan proses demokrasi di negara ini kembali subur.
WAJIB BACA:

