Hancur berkecai impian Anwar jadi PM

Tengku Maimun merupakan salah seorang daripada tiga hakim yang mendengar rayuan Putrajaya terhadap keputusan kehakiman kes liwat Anwar dan satu-satunya hakim yang memutuskan bahawa terdapat bukti kukuh menunjukkan Anwar sememangnya terlibat dalam hubungan seks di luar tabii bersama Sukma. Sumber (gambar): The Star Online

Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa semalam (lihat petikan berita di bawah).

Perlantikan tersebut sekaligus bermakna impian Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke-8 tidak kesampaian.

Ini memandangkan Tun Dr Mahathir Mohamad memiliki bukti baru penglibatan Anwar dalam hubungan seks di luar tabii dan dijangka akan menggunakan bukti tersebut untuk mematahkan percubaaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Anwar untuk menggulingkannya.

Sekiranya berlaku, Tengku Maimun dijangka akan cenderung ke arah memenjarakan Anwar sekiranya bukti yang ada pada Mahathir mampu menunjukkan bahawa Anwar benar-benar terlibat dalam hubungan seks di luar tabii.

Umum perlu tahu, bahawa Tengku Maimun sememangnya percaya bahawa Anwar memiliki sifat homoseks.

Demikian menurut mendiang Karpal Singh sendiri ketika perbicaraan rayuan Putrajaya bagi mengenepikan keputusan mahkhamah yang mendapati Anwar tidak bersalah meliwat adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.

Ketika itu, Tengku Maimun merupakan salah seorang dari tiga hakim yang mendengar rayuan Putrajaya dan satu-satunya hakim yang memutuskan bahawa terdapat bukti kukuh menunjukkan Anwar sememangnya terlibat dalam hubungan seks di luar tabii bersama Sukma.


KUALA LUMPUR: Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa semalam.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja memperkenankan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan itu sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa mulai 2 Mei 2019.

Difahamkan beliau adalah wanita pertama dilantik sebagai Ketua Hakim Negara di Malaysia.


“Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat serta menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong akan dimaklumkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia setelah mendapat perkenan baginda,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pelantikan berkenaan berikutan tamat tempoh perkhidmatan, Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara pada 12 April lalu setelah mencapai usia 66 tahun dan enam bulan.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Richard Malanjum di atas segala khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Tengku Maimun dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 26 November tahun lalu dan sebelum itu sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dari 8 Januari 2013 hingga 25 November 2018.

Di peringkat awal, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2006 hingga 4 September 2007 dan kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 5 September 2007 hingga 31 Mac 2011.

Pada April 2011 hingga 7 Januari 2013 dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam, Selangor.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...