Hancurlah negara ku jika DAP terus berkembang

Raggie Jessy Rithaudeen

Apabila Melayu-Islam berhimpun bagi membincangkan permasalahan kaum serta mengorak langkah ke arah permuafakatan dan perpaduan ummah, mereka kata Melayu itu rasis.




Apabila Melayu-Islam bermuzakarah ke arah kesepakatan dalam usaha memartabatkan agama Islam serta keunggulan peradaban Islam di bumi Allah, mereka kata Melayu itu rasis.

Apabila Melayu-Islam cuba mengembangkan bidang kuasa Mahkhamah Syariah demi memelihara kebahagian, kesejahteraan serta kemakmuran umat Allah s.w.t. menurut perintah yang diwahyukan olehNya ke atas manusia dari segi akidah, amaliyyah dan akhlak, mereka kata Melayu itu fanatik dan ekstremis.

Apabila Melayu-Islam bertindak mempertahankan institusi diraja daripada cubaan puak munafiq dan kafir memperlekeh serta menghina raja-raja Melayu yang disanjung tinggi oleh masyarakat Muslim dengan kesetiaan yang tak berbelah bagi, mereka kata Melayu itu ekstremis.

Apabila Melayu-Islam marah melihatkan para Nabi serta Rasul Allah dihina tanpa diambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kezaliman tersebut, mereka kata Melayu itu rasis dan ekstremis

Nota: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan

www.thethirdforce.net

Apabila Melayu-Islam menuntut semangat perpaduan nasional dipupuk menerusi nasionalisasi sekolah-sekolah vernakular dan pengharaman persatuan-persatuan pendidikan Cina yang tidak serasi dasarnya dengan dasar pendidikan kebangsaan, mereka kata Melayu itu ada agenda tersembunyi kerana rasis dan ekstremis.

Apabila Melayu-Islam menuntut agar kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi kebangsaan dihormati menerusi penggunaan eksklusif Bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan, mereka kata Melayu itu rasis.

Apabila Melayu-Islam menuntut agar martabat Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi kebangsaan dipertahankan daripada usaha beberapa pihak melunturkan keunggulannya, mereka kata Melayu itu rasis dan ekstremis.

Loading...

Apabila Melayu-Islam merungut melihatkan seorang dua menteri yang beragama Islam menipu, menghasut dan melontarkan pelbagai fitnah demi menghalalkan pelepasan berbilion ringgit aset Melayu-Islam kepada syarikat bukan Muslim, mereka kata Melayu itu rasis dan ekstremis.

Apabila Melayu-Islam mempertahankan larangan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Muslim untuk menentang usaha sulit puak kafir mengelirukan penganut agama Islam di kawasan terpencil menerusi penyebaran Al-Kitab, mereka kata Melayu itu rasis, fanatik dan ekstremis.

Tetapi apabila puak kafir dan munafiq bersekutu dengan perkumpulan gereja untuk mengelirukan masyarakat bukan Islam berhubung penggunaan Kalimah Allah, mereka melacurkan perlembagaan persekutuan dengan melaung-laungkan hak “kebebasan bersuara.”

Apabila puak kafir dan munafiq bersekutu dengan perkumpulan gereja untuk menentang usaha memperkembangkan bidang kuasa kuasa Mahkhamah Syariah biarpun tidak berkait dengan mereka yang bukan Islam, mereka melacurkan perlembagaan persekutuan dengan melaung-laungkan hak “kebebasan bersuara.”

Apabila puak kafir menganjurkan seminar, kongres serta perhimpunan yang dihadkan hanya kepada golongan etnik atau minoriti yang tertentu, mereka melaung-laungkan hak “kebebasan berhimpun” secara aman.

Apabila puak kafir dan munafiq bersekutu mengiktiraf Statut Rom menerusi ‘pintu belakang’ tanpa perkenan raja-raja Melayu, mereka kata itu adalah langkah yang betul ke arah pemerkasaan undang-undang negara biarpun ianya melanggar perlembagaan persekutuan.

Apabila puak kafir dan munafiq bersekutu melindungi Dong Zong yang rasis biarpun perkumpulan Cina tersebut terang-terang memutarbelit fakta dengan mengaitkan pengenalan seni khat dan tulisan jawi di peringkat sekolah dengan usaha “mengislamkan pendidikan,” mereka kata itu adalah hak Dong Zong sebagai kumpulan yang bebas mengutarakan pendapat.

Dan apabila puak kafir menuduh penceramah Islam sebagai ‘ekstremis’ dan penyatuan parti Melayu-Islam sebagai ‘penggalak keganasan’ sambil melindungi pemimpin mereka sendiri yang dituduh terlibat dengan keganasan, mereka melacurkan perlembagaan persekutuan dengan melaung-laungkan hak “kebebasan bersuara.”

Ya, masyarakat Melayu-Islam pada ketika ini sedang dipijak-pijak oleh golongan tertentu yang teramat kuat aura anti-Melayu dan anti-Islamnya.

Salah satu daripada puak yang memiliki beberapa ciri ini tak lain tak bukan DAP, iaitu sebuah parti cauvinis yang dilihat pro-komunis di mana penasihatnya tergamak mempertahankan penerbit komik propaganda yang terang-terang memiliki unsur anti-Islam, pro-komunis dan pro-China.

Hancurlah Malaysia jika puak ini dibiarkan berkembang.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON YOUTUBE, TELEGRAM AND TWITTER:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...