
Haniff Khatri
حنيفف: درڤد بوات ڤرو-15 سكارڠ، لبيه باءيق توبوه ماڬرن
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Semenjak berbangkit berita tentang permintaan dan desakan oleh para pemimpin dan akar umbi UMNO untuk Perdana Menteri DS ISMAIL SABRI memohon menghadap KeBawah Duli YDP AGONG untuk pohon bubar Parlimen bagi tujuan pengadaan PRU-15 secepat mungkin, terdapat pelbagai pihak yang tampil memberi pandangan berhubung yang sama.
2. Pada pagi semalam Ahad, 20.03.2022, seorang rakan pemberita telah menghubungi saya berhubung perkara ini, dan pendapat saya itu telah dipetik dan dilaporkan UTUSAN MALAYSIA 21.03.2022 bettajuk “Wujud Mageran lebih wajar”, yang mana adalah diterbitkan gambar laporan itu di Ruang Bawah untuk fahaman para pembaca :
UTUSAN MALAYSIA 21.03.2022 :
Wujud Mageran lebih Wajar
Haniff Khatri
“Perdana Menteri Datuk ismail Sabri Yaakob boleh menghadap yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubabrkan Parlimen tetapi terserah kepada budi bicara Seri Paduka untuk membuat keputusan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, Seri Paduka boleh bertindak untuk tidak memperkenan permintaan itu seperti diperuntukkan dalam Perkara 40, Fasal 2(b) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, jika Seri Paduka menolaknya, Ismail masih menjadi Perdana Menteri dan boleh menasihati Seri Paduka untuk ‘melumpuhkan sistem politik seterusnya menubuhkan Majlis Gerakan Nasional (Mageran).
Jelasnya, Mageran dilihat sebagai alternatif lebih baik berbanding mengadakan Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) kerana pelaksanaan pilihan raya ketika ini tidak menguntungkan mana-mana parti politik.
“Saya berpendapat ia (pilihan raya) tidak menyelesaikan masalah. Walaupun Barisan Nasional (BN) dan UMNO menang bergaya dalam beberapa pilihan raya negeri, ia hanya peringkat negeri dan PRU15 adalah isu nasional.
“Ia tidak semudah dikatakan UMNO untuk mewujudkan kerajaan stabil dengan PRU15. Kalau menang pun, kita masih dalam keadaan sama kerana tiada yang akan dapat undi popular, politik kucar-kacir, pemimpin tidak berani putuskan yang terbaik untuk rakyat dan siri pergolakan politik sebelum ini akan berulang.
“Benar rakyat juga muak dengan sistem politik dan tidak nampak bagaimana pembangkang dapat menyelesaikan masalah rakyat dan negara, juga tiada keyakinan pada barisan alternatif seperti Pejuang (Parti Pejuang Tanah Air) dan Parti Warisan, jadi, saya percaya kerajaan sukar mendapat undi majoriti,” katanya ketika dihubungi semalam.
Mageran pertama kali ditubuhkan pada 1969 diketuai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Huseein dan gerakan berkenaan terbukti berjaya dalam menyelesaikan masalah politik di samping negara kekal stabil untuk tempoh panjang.
Mengulas lanjut, kata Mohamed Haniff, jika Seri Paduka berkenan menubuhkan Mageran sdeperti yang pernah disuarakan di kemuncak pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa hilang kepercayaan wakil-wakil rakyat, ia adalah satu keputusan terbaik untuk rakyat.
“Mageran ini berfungsi sehinggalah isu politik dapat dibersihkan melalui undang-undang yang perlu, maka, selepas itu sekurang-kurangnya rakyat yakin untuk turun mengundi pada pilihan raya dan memilih pemimpin yang layak.” katanya.”
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!
WAJIB BACA:
Tun must set up Gerakan Pejuang Nasional (GPN) asap to burry BN, Muhyiddin must stand down
