
حنيفف خطري: اڬوڠ اد كواس تيته ڤردان منتري لتق جاوتن
Menurut Mohamed Haniff Khatri Abdulla, seksyen 29 di bawah ordinan pentafsiran dan fasal-fasal am 1948 yang digunapakai bagi pentafsiran Perlembagaan Persekutuan menetapkan, kuasa melantik termasuk kuasa membuang.
“Kenapa kita kata tidak ada kuasa membuang sedangkan perlembagaan kata, kuasa melantik termasuk kuasa membuang?
Menurutnya, Yang Di-Pertuan Agong boleh juga menitahkan Perdana Menteri untuk mengambil cuti pejawatanan bagi tempoh yang dipercayai bersesuaian di bawah budi bicara mutlak Seri Paduka Baginda Tuanku atau menitahkan Perdana Menteri untuk meletak jawatannya.
“Justeru, tanpa apa-apa keraguan, Institusi Raja, yakni Majlis Raja-Raja dan Baginda YDPA, adalah secara berperlembagaan cabang keempat Kerajaan di bawah Perlembagaan Persekutuan kita.”

“Jangan kita politikkkan perlembagaan, jangan kita politikkan undang-undang, itu bukan politik!”
Demikian menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang berkata, seksyen 29 di bawah ordinan pentafsiran dan fasal-fasal am 1948 yang digunapakai bagi pentafsiran Perlembagaan Persekutuan menetapkan, kuasa melantik termasuk kuasa membuang.
“Kenapa kita kata tidak ada kuasa membuang sedangkan perlembagaan kata, kuasa melantik termasuk kuasa membuang?
“Jika sesuatu undang-undang bertulis memberi kepada seseorang atau sesuatu pihak berkuasa, suatu kuasa bagi membuat pelantikan-pelantikan bagi sesuatu jawatan atau kedudukan, maka, melainkan jika terdapat maksud yang berlainan, kuasa itu hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa membuang atau menggantung jawatan,” katanya.
Kenyataan itu dibuat pada tahun 2016 ketika Haniff memperincikan kuasa-kuasa yang ada pada Yang Di-Pertuan Agong untuk membuang Perdana Menteri jika pihak yang menjawat jawatan Perdana Menteri memungkiri sumpah jawatannya.
Terkini, apabila membicarakan dengan lebih lanjut kuasa-kuasa perlembagaan yang ada pada Yang Di-Pertuan Agong, Haniff berkata, Perlembagaan Persekutuan jelas memberikan Seri Paduka Baginda Tuanku budi biara mutlak dalam soal pelantikan Perdana Menteri.
“Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan satu-satunya formula berperlembagaan untuk Baginda YDPA menjalankan budi bicara mutlak Baginda menurut Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan di dalam perlantikan Perdana Menteri, iaitu:
“…seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu …
“Oleh itu, sekali lagi ianya satu kekhilafan untuk kita mengandaikan bahawa Perlembagaan memperuntukkan Baginda YDPA tanpa pilihan, untuk memilih pemimpin parti yang mempunyai majoriti ahli Dewan sebagai Perdana Menteri.”
Menurutnya, Yang Di-Pertuan Agong boleh juga menitahkan Perdana Menteri untuk mengambil cuti pejawatanan bagi tempoh yang dipercayai bersesuaian di bawah budi bicara mutlak Seri Paduka Baginda Tuanku atau menitahkan Perdana Menteri untuk meletak jawatannya.
“Undang-undang berhubung cara tafsiran Perlembagaan bertulis telah menetapkan bahawa setiap satu dan kesemua peruntukan Perlembagaan mestilah dibaca secara menyeluruh dan dengan cara harmoni untuk memastikan setiap satu dan kesemua peruntukan Perlembagaan itu adalah dihidupkan secara aktif, supaya peruntukan-peruntukan itu tidak dijadikan sia-sia.
“Justeru, tanpa apa-apa keraguan, Institusi Raja, yakni Majlis Raja-Raja dan Baginda YDPA, adalah secara berperlembagaan cabang keempat Kerajaan di bawah Perlembagaan Persekutuan kita.”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

