HANIFF KHATRI: HASIL SIASATAN KES TERROWONG DASAR LAUT PERLU DIMAJUKAN KE PEJABAT PEGUAM NEGARA DALAM MASA TERDEKAT

Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Source (pic): TTF Files

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera

1. Pada 04.03.2019, SURHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) telah mengelurkan satu Kenyataan Rasmi di Portal Rasmi SPRM yang mengumumkan :




“SPRM Buka 6 Kertas Siasatan Berkaitan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

SUSULAN isu siasatan kes terowong dasar laut Pulau Pinang yang dibangkit baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka sebanyak enam kertas siasatan berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Kertas siasatan pertama telah dibuka pada Julai 2017 manakala lima lagi kertas siasatan dibuka pada Januari 2018.

Sebanyak lima kertas siasatan telah selesai dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Tiga kertas siasatan telah dikembalikan kepada suruhanjaya ini untuk siasatan lanjut, manakala dua lagi masih dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya. Selebihnya, masih dalam siasatan SPRM.”

(Link Portal Rasmi SPRM berhubung Kenyataan Rasmi 04.03.2019 :

https://www.sprm.gov.my/index.php/component/tags/tag/2-sprm)

2. Pada 30.06.2020 FREEMALAYSIATODAY bertajuk “SPRM serbu syarikat ketika siasatan projek terowong P Pinang disambung” telah melaporkan :

Loading...

“FMT difahamkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu 3 syarikat ketika siasatan rasuah ke atas projek terowong dasar laut Pulau Pinang disambung semula susulan petunjuk baru yang ditemui penyiasat.

FMT tidak menyiarkan nama syarikat terbabit sementara menunggu komen mereka.

Serbuan itu menyusul penahanan seorang bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

(Link Laporan FREEMALAYSIATODAY 30.06.2020 : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/30/sprm-serbu-syarikat-ketika-siasatan-projek-terowong-p-pinang-disambung/)

3. Pada 01.07.2020 pula MALAY MAIL bertajuk “Report: MACC arrests former Penang Port Commission chief over undersea tunnel project” telah melaporkan :

“The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) reportedly arrested former Penang Port Commission Chairman Jeffrey Chew Gim Eam yesterday in its ongoing probe on the Penang Undersea Tunnel project.

Harian Metro reported MACC sources confirming that Chew, a former Penang DAP deputy treasurer, was arrested while giving a statement at the state MACC headquarters at Jalan Sultan Ahmad Shah, near Georgetown yesterday.

“The MACC is investigating the tunnel case after obtaining new evidence. Many witnesses have been called including Chew and Penang State Council members as well as individuals from the state government and Seberang Perai City Council to record the conversation,” he was quoted saying.”

(Link Laporan MALAY MAIL 01.07.2020 : https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/07/01/report-macc-arrests-former-penang-port-commission-chief-over-undersea-tunne/1880396)

4. Selepas kewujudan laporan berhubung perkembangan terbaru dalam siasatan kes “TERROWONG DASAR LAUT PULAU PINANG” itu, pada hari Jumaat, 03.07.2020 pula MALAYSIAKINI bertajuk “Isu terowong: Kertas siasatan dijangka siap dalam 3 minggu – KP SPRM”, dalam memetik kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, AZAM BAKI telah melaporkan :

“Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam fasa akhir, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.

Beliau berkata kertas siasatan itu dijangka lengkap dalam tempoh dua ke tiga minggu sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“SPRM kini dalam fasa akhir siapkan siasatan projek itu di mana kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin…dalam dua atau tiga minggu lagi (siap),” katanya ketika dihubungi Bernama, di George Town, hari ini.)

(Laporan lengkap MALAYSIAKINI 03.07.2020 adalah dimuat naik di Ruang Bawah)

5. Demi menentukan keyakinan Rakyat bahawa pihak berkuasa tempatan akan sentiasa mematuhi prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG dalam setiap kes yang disiasat, tanpa memilih kedudukan individu mahupun fahaman politik ataupun Kerajaan yang mentadbir negara pada mana-mana masa sekalipun, ianya adalah TERAMAT PENTING bahawa :

a. Enam (6) Kertas siasatan yang diakui oleh SPRM telahpun dibuka berhubung “TERROWONG DASAR LAUT PULAU PINANG” sejak tahun 2017 itu adalah akhirnya DISELESAIKAN SIASATAN sebaiknya dalam masa yang terdekat oleh pihak SPRM dan selanjutnya dimajukan kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat yang munasabah,

b. Pihak Pejabat Peguam Negara pula, yang diterajui oleh TS IDRUS HARUN pun, dalam masa yang terdekat yang munasabah, selepas menerima Kertas Siasatan terbabit daripada SPRM, akan dapat membuat KEPUTUSAN TERBAIK berpandukan kepada HASIL SIASATAN tersebut, dan mengambil tindakan samada untuk membawa pertuduhan yang perlu terhadap sesiapa yang perlu jika dipercayai telah melakukan kesalahan ke MAHKAMAH, ataupun jika tidak, maka dengan secara rasmi menutup Kertas Siasatan, melalui KENYATAAN RASMI yang lengkap dan padat, supaya Rakyat dapat mengetahui secara telus dan menyeluruh akan keseluruhan FAKTA lengkap HASIL SIASATAN berkenaan, dan

c. Kesemua pihak berkuasa termasuk dan tidak terhad kepada SPRM dan Pejabat Peguam Negara, hendaklah melalui proses yang dihuraikan di Perenggan 5(a) dan 5(b) itu, kembalikan keyakinan Rakyat bahawa mana-mana KESALAHAN JENAYAH, jika ada, akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa pada setiap masa secara PROFESIONAL, tanpa mengambilkira sama sekali akan fakta Kerajaan Prsekutuan ataupun Kerajaan Negeri mana yang memerintah pada masa itu, jikapun BARISAN NASIONAL, MUAFAKAT NASIONAL, PAKATAN HARAPAN, PERIKATA NASIONAL ataupun mana-mana Kerajaan sekalipun yang wujud di masa depan kelak, kerana KEDAULATAN UNDANG-UNDANG tidak mengira individu, fahaman politik mahupun Kerajaan yang terlibat.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...