Haniff Khatri: Jangan tuduh Mahkamah Rayuan bukan-bukan

Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Sumber (gambar): Fail TTF

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

حنيفف خطري: جاڠن تودوه محكمه رايوان بوكن-بوكن

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Sejak kebelakangan ini ianya adalah amat malang bahawa segolongan Rakyat termasuk ahli politik dengan sewenangnya suka menuding jari kepada sistem kehakiman berkaitan kes-kes berprofil tinggi, terutamanya kes jenayah para pemimpin politik, yang mana adalah satu amalan dan tabiat salah dalam masyarakat.




2. Sebagai satu contoh terkini, pada 28.07.2020, NAJIB RAZAK telah didapati sabit kesalahan dan dijatuhkan HUKUMAN penjara dan DENDA berhubung kesemua tujuh (7) Pertuduhan Jenayah berkaitan SRC oleh MAHKAMAH TINGGI KULA LUMPUR, yang kini sedang digantung pelaksanaan HUKUMAN sehingga selesai BICARA RAYUAN di MAHKAMAH RAYUAN, di mana RAYUAN itu telah didengar untuk tempoh lima belas (15) nari dan tamat pada 18.05.2021.

(Link Laporan : https://www.astroawani.com/…/rayuan-najib-dalam-kes-src…)

3. Sememangnya sudah empat (4) bulan berlalu selepas tamatnya pendengaran RAYUAN NAJIB RAZAK itu oleh MAHKAMAH RAYUAN dan belum ada mana-mana tarikh KEPUTUSAN RAYUAN yang ditetapkan lagi setakat ini oleh pihak Pendaftaran MAHKAMAH RAYUAN, namun ini tidak bermaksud bahawa mana-mana golongan masyarakat berhak untuk tampilkan PERSEPSI NEGATIF kononnya terdapat campurtangan salah oleh mana-mana pihak dalam mana-mana kes berprofil tinggi seperti kes NAJIB RAZAK ini, yang pada hakikatnya melibatkan pelbagai faktor jelas dan munasabah lain yang memerlukan penangguhan pemberian KEPUTUSAN itu, yang perlu difahami dan diterima Rakyat dengan objektif dan hati yang terbuka.

4. Pada hari Isnin, 20.09.2021 saya telah dihubungi oleh seorang rakan pemberita berkaitan penangguhan keputusan dalam kes RAYUAN SRC ini dan alasan-alasan yang menyumbangkan kepada keadaan ini, di mana pandangan saya itu telah dipetik oleh UTUSAN MALAYSIA 22.09.2021 bertajuk “Kes rayuan SRC ambil masa”, yang mana adalah dimuat naik di Ruang Bawah untuk kemudahan para pembaca.

UTUSAN MALAYSIA 22.09.2021 :

‘Kes rayuan SRC ambil masa’ –

Haniff Khatri :

Loading...

“Orang ramai dinasihat tidak menimbulkan sebarang dakwaan atau persepsi negatif terhadap sistem kehakiman negara terutama apabila melibatkan kes-kes berprofil tinggi.

Pengamal undang-undang, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, dari segi perundangan, pengambilan masa oleh mana-mana mahkamah sama ada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan dalam mengeluarkan keputusan serta alasan kehakiman bergantung kepada pelbagai faktor.

Beliau berkata, faktor itu merangkumi kerumitan kes jika ada, penelitian jumlah nota keterangan, defisit (eksibit) dan hujahan ditampilkan semasa perbicaraan serta penyediaan alasan keputusan kehakiman yang perlu mengaitkan setiap satu dibangkitkan.

“Dalam keadaan penangguhan Mahkamah Rayuan berkaitan (penyelewengan dana) SRC International Sdn Bhd pada 18 Mei lepas, maka penangguhan empat bulan bukan sesuatu yang tidak munasabah walaupun kebiasaan (mahkamah) beri keputusan dalam tempoh dua bulan.

“Ini munasabah memandangkan satu kes yang begitu panjang dengan jumlah jilid, hujahan bertulis, hujahan lisan (yang banyak), pastinya mahkamah memerlukan masa.

“Namun, saya bukan syor kes ini boleh ditangguh. Tapi jangan kerana kes ini baru empat bulan sudah mahu timbulkan persepsi seolah-olah ada sangkut paut dengan peralihan kuasa baru-baru ini, itu tak boleh.

“Jika ada pun apa-apa persepsi negatif begitu, tunggu dan baca keputusan alasan penghakiman. Kalau tak faham, tanya mereka yang dalam bidang guaman, tetapi apabila tak baca alasan kehakiman, terus buat persepsi kerana tempoh masa, tak bolehlah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Mohamed Haniff, semua pihak mempunyai hak untuk membaca alasan mahkamah itu sama ada kes SRC atau mahkamah lain, tetapi kebanyakannya malas dan tidak baca.

“Apabila hakim sudah bagi alasan penghakiman, baca tengok adakah ianya menunjukkan kemunasabahan atau sebaliknya, tambahan pula alasan hakim bukan sahaja melibatkan fakta, malah undang-undang,” katanya.

Mengulas lanjut, Haniff K(h)atri berkata, mereka yang menampilkan persepsi negatif itu tidak begitu memahami tanggungjawab yang terletak pada hakim dan hakikatnya bahawa politik tidak boleh mencampuri urusan mahkamah serta kehakiman.

“Mereka (hanya) fikir kalau seseorang itu Perdana Menteri atau kerajaan semestinya ada campur tangan, inilah persepsi yang salah.

“Melainkan mana-mana pihak mempunyai bukti atau asas, itu cerita lain. Tetapi semata-mata kerana kes belum dibuat keputusan, tidak boleh dikaitkan dengan peralihan kuasa,” katanya.

Tambah beliau, selagi masyarakat tidak berubah minda mereka dan tidak mahu memikirkan dengan lebih waras, maka negara tidak boleh mencapai kemajuan.

“Pada masa sama, sememangnya pihak eksekutif pun tidak boleh menganggap diri mereka (boleh) mencampuri urusan kehakiman semata-mata dengan kuasa. Tidak semestinya.

“Hakikatnya mahkamah tidak dicampuri oleh pihak berkuasa, walaupun ada masa semua bidang kerja ada masalah, tetapi tak bermakna setiap kali melibatkan kes ahli politik, mesti ada sangkut paut dengan keputusan mahkamah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengesyorkan sistem kehakiman untuk tidak membebankan mana-mana hakim yang terlibat dengan kes jen(a)yah mahupun berprofil tinggi dengan pendengaran kes lain supaya keputusan dapat dikeluarkan sesegera mungkin bagi menidakkan mana-mana persepsi negatif.

“Mungkin Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan perlu keluarkan prosedur baharu dalam kes berprofil tinggi yang memberi masa rehat supaya mereka (hakim) dapat mengeluarkan, meneliti dan siapkan alasan kehakiman dengan segera.

“Saranan itu saya berani bagi kerana tak boleh juga paksa hakim buat keputusan, tetapi (dalam masa sama) suruh dia dengar kes lain setiap hari,” katanya.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

WAJIB BACA:

Kerajaan pimpinan Ismail Sabri dijangka tumbang sebelum November ini 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...