Haniff Khatri: Latheefa seharusnya arah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia buat laporan polis

Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Sumber (gambar): Fail TTF

Haniff Khatri

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (Rule of Law) bukanlah satu “mantra” yang bercorak “retorika” semata-mata.

2. Sesebuah negara yang idamkan ketelusan, keadilan dan kesejahteraan sebenar, wajib berpegang teguh kepada prinsip ini dalam segenap bidang tadbir urus negara samada di tahap tertinggi mahupun di kalangan rakyat biasa, dan sekiranya tidak, masyarakat terbabit boleh sahaja ucapkan “selamat tinggal” kepada impian dan hasrat untuk menjadi sebuah negara yang sebenar-benarnya bertaraf maju.




3. Harapan setiap rakyat yang jujur di era “MALAYSIA BAHARU” selepas pada tarikh keramat 09.05.2018, sememangnya adalah untuk melihat negara kita dipimpin ke landasan ketelusan, keadilan dan kesejahteraan melalui amalan tegas prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (Rule of Law) ini.

4. Hatta, rakyat meletakkan sepenuh harapan ke bahu pihak berkuasa, terutamanya pihak penguatkuasa undang-undang seperti SPRM, untuk menunjukkan amalan betul prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (Rule of Law) ini agar segenap lapisan masyarakat lain seperti para pemimpin politik, pihak korporat, pengamal profesional dan rakyat biasa dapat mengambil contoh amalan betul prinsip itu.

5. Namun, malangnya pada hari Rabu, 08.01.2020, melalui satu Sidang Akhbar yang disiarkan melalui Video berdurasi 1 jam 13 minit dan 16 saat, dengan penuh dukacita saya nyatakan di sini, bahawa pihak SPRM di bawah teraju Ketua Pesuruhjaya LATHEEFA KOYA telah mendedahkan kepada awam secara salah akan butiran perkara dan bahan siasatan baru (segar) secara menyalahi prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (Rule of Law).

(Link Laporan : https://www.bharian.com.my/…/sprm-dedah-9-set-rakaman-dakwa…)

6. Sebaiknya, jika seperti apa yang dikatakan oleh LATHEEFA KOYA (yang sebelum pada ini banyak juga melakukan perkara yang positif dan baik sejak menerajui SPRM) bahawa sejumlah 9 “rakaman audio panggilan telefon” telah cuma diterima SPRM daripada pihak awam selepas tahun baru 2020, maka apa yang sepatutnya dilakukan di sisi prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (Rule of Law) adalah untuk mengarahkan pegawai SPRM berkenaan dengan serta-merta membuat Laporan Polis dan menyerahkan kesemua bahan yang mengandungi sejumlah 9 “rakaman audio panggilan telefon” untuk siasatan lanjut pihak POLIS sahaja, memandangkan pada dasarnya, jika pun ada, kandungannya mendedahkan kemungkinan kewujudan bentuk jenayah lain, yang adalah di bawah kategori kesalahan KANUN KESEKSAAN dan bukannya AKTA SPRM.

7. Sememangnya bahan bukti yang masih perlu disiasat lanjut oleh pihak POLIS tidak boleh didedahkan untuk santapan awam sama sekali, apatah lagi diperdengarkan kepada orang awam kandungan perbualan berkaitan, kerana ianya boleh menjejaskan siasatan dan juga memberikan gambaran dan impak negatif kepada fahaman masyarakat biasa, sedangkan siasatan belum pun bermula apatah lagi, sememangnya belum lagi selesai.

8. Di tahap ini saya tidak berhasrat untuk mengulas lanjut akan pelbagai persoalan susulan yang muncul akibat kemungkiran prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (Rule of Law) dek peristiwa 08.01.2020 itu, antara lain seperti :

Loading...

(a) Adakah tindakan Ketua Pesuruhjaya LATHEEFA KOYA dan SPRM itu mendahului MAHKAMAH yang sedang dan akan bicarakan pelbagai pertuduhan jenayah terhadap NAJIB RAZAK mahupun pihak-pihak lain ?!,

(b) Adakah pendedahan berkenaan menjadi satu tindakan yang boleh dianggap sebagai “penghinaan” terhadap MAHKAMAH ?!,

(c) Adakah dari segi undang-undang, kandungan 9 “rakaman audio panggilan telefon” yang didedahkan itu memihak kepada pihak PENDAKWARAYA ataupun memihak kepada pihak NAJIB RAZAK (ataupun pihak-pihak lain terbabit) ?!

9. Sejujurnya di tahap ini, sekiranya saya memberi apa-apa jawaban kepada persoalan-persoalan di Perenggan 8 di atas, pada masa ini, ianya mungkin juga akan mencemari atau memberi kesan negatif kepada perjalanan sistem keadilan di dalam pelbagai siri pertuduhan terhadap NAJIB RAZAK (mahupun pihak-pihak lain), yang masih berterusan ataupun yang akan dimulakan, dan ianya juga saya khuatiri akan berbentuk secara langsung sebagai bantuan dalam bentuk cadangan akan tindakan-tindakan lanjut yang boleh diambil oleh mana-mana pihak yang berkepentingan dalam siri pertuduhan jenayah-jenayah berkenaan, yang mana adalah tanggungjawab mereka sendiri untuk fikirkan dan lakukan.

10. Dalam erti kata lain, secara penuh hormat kepada Ketua Pesuruhjaya LATHEEFA KOYA dan pegawai-pegawai SPRM lain, dan dengan penuh kekesalan dan kesedihan, saya nyatakan bahawa tindakan pendedahan kandungan 9 “rakaman audio panggilan telefon” kepada orang awam pada 08.01.2020 adalah kemungkiran prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (Rule of Law) yang sewajibnya tidak boleh dilakukan oleh mana-mana agensi penguatkuasa undang-undang seperti SPRM sama sekali !!

JENAYAH atau KESALAHAN TIDAK BOLEH DIADILI atau DIHUKUMI dengan membelakangkan prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (Rule of Law) !!



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...