
Mohamed Haniff Khatri Abdulla
حنيفف خطري: محضير تيدق بوليه دأڠڬڤ ترڬولوڠ دالم ڤمبڠكڠ
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera
1. Rakyat Malaysia pada amnya dan ahli-ahli parti politik secara khususnya mempunyai ANGGAPAN SALAH bahawa sistem tadbir urus negara samada berkaitan Pilihanraya, Dewan Rakyat mahupun pembentukan Kerajaan Persekutuan di bawah PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN adalah kononnya berpandukan kepada POLITIK KEPARTIAN.
2. Seperti yang pernah dirujuk saya dalam Siri-siri yang terdahulu, PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN kita tidak langsung merujuk kepada konsep “PARTI POLITIK” samada berhubung PILIHANRAYA, yang merupakan tunjang utama sistem demokrasi berParlimen, mahupun komposisi DEWAN RAKYAT yang ditentukan pengisian kerusinya selepas Keputusan PILIHANRAYA,, ataupun dalam lantikan PERDANA MENTERI oleh KeBawah Duli YDPA dan pembentukan KERAJAAN PERSEKUTUAN oleh PERDANA MENTERI itu, sekalipun.
3. Pada hari ini, 20.04.2020 TUN DR MAHATHIR sebagai Ahli Parlimen Langkawi, dan sebagai Pengerusi Parti BERSATU, yang dalam fahaman ramai merupakan salah sebuah Parti yang sebahagian daripadanya telah membentuk Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional dengan diterajui Presiden Parti BERSATU itu sendiri sebagai Perdana Menteri, telah membuat Kenyataan seperti dilaporkan oleh MALAYSIAKINI bertajuk “Dr M sahkan akan duduk di blok pembangkang”, di mana TUN DR MAHATHIR telah dipetik sebagai berkata :
“Mahathir menjelaskan bahawa Bersatu – dengan dirinya sebagai pengerusi – kini terbelah dua.”,
“”Jadi, pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.”, dan
“Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi bukan sebagai anggota Pakatan,” katanya.”
4. Selain daripada Kenyataan TUN DR MAHATHIR ini pada dasarnya mematuhi peruntukan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dan tidak bercanggah dari sudut KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, walaupun mungkin “janggal” di fikiran Rakyat biasa, ianya juga menampilkan pengumuman beberapa FAKTA lanjut:
a. bahawa Parti BERSATU pada zahirnya adalah kini terbahagi kepada DUA (2) “faction”, satu yang diterajui Presiden TS MUHYIDDIN YASSIN yang menjadi PERDANA MENTERI Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional, dan yang satu lagi diterajui Pengerusi TUN DR MAHATHIR yang tidak berada dalam Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional itu,
b. bahawa disebabkan kewujudan hakikat ini dalam Parti BERSATU kini, maka kedudukan kerusi Ahli-ahli Parlimen dari Parti Bersatu hendaklah juga dizahirkan dengan pengasingan yang sama dalam DEWAN RAKYAT, dan
c. Walau apa sekalipun, “faction” Parti BERSATU di bawah teraju TUN DR MAHATHIR tidak boleh dianggap sebagai tergolong di dalam pembangkang di bawah Pakatan Harapan, sama sekali.
5. Sesungguhnya, hakikat ini adalah yang sebenar setakat kini, disebabkan mana-mana perubahan lanjut pendekatan para pemimpin berkenaan, cuma boleh dilaksanakan apabila isu dalaman Parti BERSATU dapat dibincangkan oleh pucuk pimpinan Parti BERSATU selepas diangkat halangan pergerakan aktiviti Mesyuarat mahupun Perhimpunan Parti yang dikenakan oleh Pendaftar Pertubuhan sejak 16.03.2020 itu, yang dijangka selepas selesainya gejala COVID-19 kelak.
(Link Kenyataan Pendaftar Pertubuhan : https://www.ros.gov.my/…/pdf/Kenyataan-Media-Arahan-Khas.pdf)
6. Hatta, kesemua Ahli Parti BERSATU secara khususnya, dan Rakyat Malasyia secara amnya TIDAK HARUS melihat perkembangan ini sebagai sesutu yang tidak baik, malah ianya hendaklah diterima sebagai satu langkah POSITIF agar POLITIK NEGARA dan TADBIR URUS KERAJAAN di bawah konsep DEMOKRASI berPARLIMEN di negara kita, dapat keluar daripada kepompong mahupun tempurung POLITIK KEPARTIAN semata-mata.
7. Pada masa yang sama, kesemua pihak harus sedar dan sabar terima hakikat, jikapun ada apa-apa penyelesaian POSITIF di kalangan para pemimpin Parti BERSATU secara muktamad ianya cuma boleh berlaku selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan gejala COVID-19 itu, kelak, In Shaa Allah.
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA
