Haniff Khatri: MoU ‘sokong usul percaya’ tidak berperlembagaan, ketua-ketua parti mungkin terdedah siasatan jenayah

“Apa yang dilakukan ini, sekiranya ianya tidak berkeperlembagaan, maka ianya boleh dan berbaur, dan bersempadankan kepada suatu tindakan jenayah” – Haniff Khatri. Sumber (gambar): Fail TTF

حنيفف خطري: مواو ءسوكوڠ اصول ڤرچايء تيدق برڤرلمباڬان، كتوا-كتوا ڤرتي موڠكين تردده سياستن جنايه

Sesiapa sahaja yang mempengaruhi atau menghalang seorang ahli Dewan Rakyat daripada melakukan sesuatu yang dia berkuasa untuk lakukan boleh dianggap melakukan jenayah, yang boleh dihukum sampai ke tempoh tujuh tahun di penjara.

Demikian menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dalam satu siaran live di YouTube Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK DI SINI ATAU RUJUK DI HUJUNG BAWAH), sebagai menjawab soalan berhubung MoU yang ditandatangani bersama semalam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Hajiji Noor dan Abang Johari.

“Jadi saya hendak nasihatkan kesemua presiden parti yang telah menandatangani MoU, jangan lupa, ada peruntukan Seksyen 124 (Kanun Keseksaan).

“Sekiranya ahli Dewan Rakyat dipaksa untuk mengikut perkara yang belum dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, mahupun belum dipinda di dalam Perlembagaan parti, maka ianya mungkin mendedahkan anda, ketua-ketua parti, kepada siasatan jenayah.”


Sesiapa sahaja yang mempengaruhi atau menghalang seorang ahli Dewan Rakyat daripada melakukan sesuatu yang dia berkuasa untuk lakukan boleh dianggap melakukan jenayah, yang boleh dihukum sampai ke tempoh tujuh tahun di penjara.

Demikian menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dalam siaran live di YouTube Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK DI SINI ATAU RUJUK DI HUJUNG BAWAH), sebagai menjawab soalan berhubung MoU yang ditandatangani bersama semalam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Hajiji Noor dan Abang Johari.




Menurut MoU ini, setiap parti yang terlibat bersama mesti memastikan bahawa ahli parlimen mereka menyokong kerajaan pimpinan Anwar dalam sebarang usul atau rang undang-undang kepercayaan di Dewan Rakyat, dan kegagalan berbaut demikian boleh menyebabkan ahli parlimen yang ingkar hilang kerusi di Dewan Rakyat.

Ini adalah satu ‘ketetapan’ yang tidak berperlembagaan dan tidak mungkin dikuat kuasakan.

Haniff berkata:

“Apa yang dilakukan ini, sekiranya ianya tidak berperlembagaan, maka ianya boleh berbaur, dan bersempadankan kepada suatu tindakan jenayah.

“Sebabnya, di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan, sesiapa sahaja yang cuba mempengaruhi atau menghalang seseorang ahli Dewan Rakyat daripada melakukan sesuatu yang dia berkuasa untuk lakukan, maka ianya adalah jenayah yang boleh dihukum sampai ke tempoh tujuh tahun di penjara.

“Tetapi semestinya, apabila jenayah elemennya tinggi, dia perlu mempunyai niat untuk menghalang orang itu daripada melakukan perkara yang dia berhak lakukan di bawah undang-undang dan perlu ada kekerasan jenayah.

“(Kekerasan jenyah pula) tertakluk kepada fakta-fakta yang muncul. Contohnya, ‘hang tak sain (tandatangan) hari ini, esok kita hantar surat (kepada Speaker).

Loading...

“Samada ianya kekerasan jenayah atau tidak adalah bagi mahkamah untuk takrifkan.

“Tapi pokoknya, sekiranya ada aduan dibuat oleh ahli parlimen berkenaan di bawah Seksyen 124, maka pihak Polis Diraja Malaysia wajar buka kertas siasatan untuk siasat dahulu.

“Jadi saya hendak nasihatkan kesemua presiden parti yang telah menandatangani MoU, jangan lupa, ada peruntukan Seksyen 124 (Kanun Keseksaan).

“Sekiranya ahli Dewan Rakyat dipaksa untuk mengikut perkara yang belum dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, mahupun belum dipinda di dalam Perlembagaan parti, maka ianya mungkin mendedahkan anda, ketua-ketua parti, kepada siasatan jenayah.”

RJ RITHAUDEEN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...