
Mohamed Haniff Khatri Abdulla
حنيفف خطري: ڤنجلسن ڤنوه ڤرستوجوان ڤاكتن هارڤن بركاءيتن ڤراليهن كواس ڤردان منتري ۏس كصحيحنڽ د سيسي ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera
1. Ramai di kalangan kita, Rakyat Malaysia masih ingat akan imej TUN DR MAHATHIR mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan di hadapan Ke Bawah Duli YDP AGONG pada malam 10.05.2018, selepas kejayaan PAKATAN HARAPAN menumpaskan BARISAN NASIONAL pada PRU – 14, pada 09.05.2018, di mana keputusannya disahkan melalui pengumuman Pengerusi Suruhanjaya Pilhan Raya (pada ketika itu) cuma pada awal pagi 10.05.2018.
2. Namun, ramai daripada kita juga samada tidak tahu mahupun tidak ingat akan rentetan peristiwa sebenar yang mendahului upacara Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke-7 di Istana Negara pada hari bersejarah itu.
3. Pada hakikatnya, walaupun pada 07.01.2018 PAKATAN HARAPAN telah mengumumkan akan keputusannya sehari sebelum itu (06.01.2018), akan apa yang dikenali sebagai MANIFESTO UTAMA PAKATAN HARAPAN bahawa TUN DR MAHATHIR akan menjadi Perdana Menteri Ke-7 dengan DR WAN AZIZAH sebagai Timbalan Perdana Menteri, namun Ke Bawah Duli YDP AGONG sebelum upacara Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke-7, telah terlebih dahulu membuat TITAH supaya setiap seorang daripada kesemua Ketua Parti Komponen PAKATAN HARAPAN, iaitu AMANAH, DAP, PKR dan PPBM untuk mengadap Ke Bawah Duli YDP AGONG antara lebihkurang jam 5.30 petang hingga 7.30 malam, untuk satu-satunya tujuan bagi meyakinkan Ke Bawah Duli YDP AGONG akan:
a. bahawa sememangnya persetujuan PAKATAN HARAPAN pada 06.01.2018 yang diumumkan kepada orangramai pada 07.01.2018 itu MASIH KEKAL, dan
b. bahawa sememangnya persetujuan PAKATAN HARAPAN itu semestinya diterima oleh Baginda Tuanku sebagai menjadi penerimaan majoriti ahli Dewan Rakyat iaitu Parti Komponen PAKATAN HARAPAN yang memenangi PRU -14 itu.
4. Selepas daripada itulah baru upacara Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke-7 telah diadakan pada jam lebihkurang 9 malam 10.05.2018.
5. PERSOALAN PERLEMBAGAAN:
“Mengapakah Ke Bawah Duli YDP AGONG menTITAHkan kesemua Ketua Parti Komponen PAKATAN HARAPAN, iaitu AMANAH, DAP, PKR dan PPBM untuk mengadap Ke Bawah Duli YDP AGONG sebelum dan mendahului upacara Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke-7 di Istana Negara pada 10.05.2018 ?!”
6. JAWAPAN kepada PERSOALAN PERLEMBAGAAN di Perenggan 5 di atas adalah seperti berikut:
a. Menurut Perkara 43(2)(a) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:
“Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantiksebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan JemaahMenteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnyamungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli DewanRakyat itu;”, YANG BERMAKSUD:
Ke Bawah Duli YDP AGONG hendaklah pada HEMATNYA sendiri BERPUASHATI bahawa calon yang akan menjadi Perdana Menteri itu mempunyai KEPERCAYAAN MAJORITI dari kalangan AHLI DEWAN RAKYAT pada ketika itu.
b. Yakni, mana-mana PERSETUJUAN yang dibuat oleh kesemua Parti Komponen PAKATAN HARAPAN dan diumumkan sebagai MANIFESTO PRU – 14 kepada Rakyat Malaysia adalah TIDAK TERIKAT secara automatis sama sekali, tanpa diperolehi pengesahan Baginda Tuanku dalam melaksanakan tanggungjawab Ke Bawah Duli YDP AGONG menurut peruntukan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN terlebih dahulu !!, dan
c. Sekiranya pada 10.05.2018, Ke Bawah Duli YDP AGONG telah TIDAK mengambil langkah yang di dalam HEMAT Ke Bawah Duli YDP AGONG adalah langkah terbaik untuk memuaskan hati Baginda Tuanku berkenaan perletakan KEPERCAYAAN MAJORITI dari kalangan AHLI DEWAN RAKYAT terhadap TUN DR MAHATHIR sebagai Perdana Menteri Ke-7, maka Ke Bawah Duli YDP AGONG mungkin terdedah kepada rungutan bahawa Baginda Tuanku telah tidak mematuhi keperluan peruntukan Perkara 43(2)(a) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN pada ketika itu.
7. Kini kita berbalik kepada jangka waktu sekarang, di mana terdapat desakan pelbagai pihak untuk meminta TUN DR MAHATHIR mematuhi apa yang dikatakan sebagai persetujuan PAKATAN HARAPAN pra PRU – 14 berkenaan peralihan kuasa kepada DS ANWAR IBRAHIM sebagai Perdana Menteri Ke-8, yang juga dikatakan dipersetujui pada tarikh 06.01.2018 itu.
8. Walaupun TUN DR MAHATHIR secara peribadi telah berulang kali menyatakan bahawa beliau TIDAK AKAN MUNGKIRI persetujuan peralihan kuasa itu, namun dari masa ke semasa, pihak-pihak tertentu seringkali secara TIDAK ADIL dan ke tahap BIADAB, mempersoalkan niat TUN DR MAHATHIR sebagai kononnya berubah-ubah.
9. Sebagai contoh terkini, melalui satu wawancara dengan The Malaya Post yang disiarkan pada 08.02.2020 (sila lihat Siri : 1968), dan dipetik oleh MALAYSIAKINI 09.02.2020 bertajuk “Dr M: Saya akan tunai janji pada Anwar tapi Dewan Rakyat penentu utama” ianya telah dilaporkan:
“Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan menunaikan janji untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim, tetapi menambah keputusan muktamad terletak pada Dewan Rakyat.
Mahathir juga berkata, jika seorang calon itu daripada parti yang memiliki majoriti tetapi dia sendiri tidak mendapat sokongan majoriti, maka dia tidak akan dapat menjadi perdana menteri.
“Kita berjanji, kita berpegang kepada janji. Saya cuma jadi perdana menteri kerana dapat sokongan dari parti (gabungan PH) saya, terutama dari majoriti ahli Dewan Rakyat.
“Kalau saya tidak hendak letak jawatan tetapi majoriti dalam Dewan Rakyat tolak saya, saya jatuh. Yang berkuasa sebenarnya Dewan Rakyat dan ahli-ahlinya,” katanya ketika wawancara bersama laman The Malaya Post.
Justeru, Mahathir berkata Dewan Rakyat yang menentukan nasibnya dan juga nasib mana-mana calon perdana menteri.
“Parti adlaah satu bahagian (aspek) tetapi parti itu harus parti majoriti. Tetapi kalau pun ia parti majoriti tetapi calon (dari parti itu) ditolak Dewan Rakyat, dia pun tak boleh jadi perdana menteri,” katanya lagi.”
(Link Lapuran : https://www.malaysiakini.com/news/510117)
10. Sejujurnya dan secara objektif, ianya adalah jelas bahawa TUN DR MAHATHIR sememangnya berhasrat untuk menunaikan persetujuan peralihan kuasa, dan dengan beliau menambah kedudukan keperlembagaan seseorang itu menjadi Perdana Menteri dan kekal menjadi Perdana Menteri, TIDAK BOLEH DISALAH ERTIKAN bahawa beliau akan memungkiri persetujuan yang beliau pada setiap masa berhasrat untuk patuhi.
11. Bukankah, TUN DR MAHATHIR cuma menyatakan kedudukan Perkara 43(2)(a) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dan kuasa Ke Bawah Duli YDP AGONG yang telah dihuraikan di Perenggan 6 di atas
12. Bukankah TUN DR MAHATHIR walaupun di atas persetujuan PAKATAN HARAPAN sekalipun, TELAH TERPAKSA MELALUI proses keperlembagaan untuk Ke Bawah Duli YDP AGONG memuaskan hati Baginda Tuanku seperti yang dihuraikan di Perenggan 3 di atas?
13. Namun, secara gopoh dan tanpa menilai isu keperlembagaan yang cuba dijelaskan oleh TUN DR MAHATHIR itu, ada sesepihak yang sekali lagi cuba mengelirukan Rakyat Malaysia seolah-olah kenyataan jujur TUN DR MAHATHIR itu adalah kononnya usaha dolak dalih untuk tidak mematuhi proses peralihan kuasa itu, di mana FREEMALAYSIATODAY 10.02.2020 bertajuk “Stop playing with power, Anwar’s ex-aide urges Dr M” telah melaporkan:
“Prime Minister Dr Mahathir Mohamad was urged today to “stop playing with power” and set a clear path for handing over the premiership to PKR president Anwar Ibrahim.
The call came from Ezam Mohd Nor, a former political secretary to Anwar and former PKR Youth leader, who later became a senator appointed by Barisan Nasional.
Speaking at a gathering held by the pro-Anwar group Otai Reformis this evening, Ezam urged Mahathir to put the nation’s interest first, adding that investors were also looking for a clear roadmap on the transfer of power.
He said Mahathir should “stop the old ways, be a statesman and put the interest of the nation first.”
Ezam added: “He knows what he’s doing, we also know what he’s doing. He has to stop playing with power. This is a transition from one prime minister to another. This is not merely a transition for any position.”
(Link Laporan : https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/02/10/stop-playing-with-power-anwars-ex-aide-urges-dr-m/)
14. Saya sesungguhnya PERCAYA dan SARANKAN bahawa mana-mana pihak yang masih melaung-laungkan untuk TUN DR MAHATHIR melakukan proses penyerahan kuasa kepada Perdana Menteri Ke-8 dengan serta merta itu, seWAJIBnya berusaha sedaya upaya untuk menentukan bahawa DS ANWAR IBRAHIM yang dikatakan calon Perdana Menteri Ke-8 dapat meyakinkan Ke Bawah Duli YDP AGONG bahawa DS ANWAR IBRAHIM sememangnya mempunyai KEPERCAYAAN MAJORITI dari kalangan AHLI DEWAN RAKYAT pada tarikh ketika TUN DR MAHATHIR melaksanakan persetujuan penyerahan kuasa, dan bukannya pada tarikh persetujuan PAKATAN HARAPAN pada 06.01.2018, iaitu lebih DUA (2) TAHUN yang lalu, yang bukannya tarikh sah untuk memuaskan hati Ke Bawah Duli YDP AGONG menurut keperluan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.
15. Jangan pula nanti, TUN DR MAHATHIR sekali lagi DISALAH TUDUH kononnya beliau yang mungkiri persetujuan peralihan kuasa sedangkan pada hakikatnya nanti DS ANWAR IBRAHIM yang gagal mematuhi keperluan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN untuk Ke Bawah Duli YDP AGONG melantiknya menjadi Perdana Menteri Ke-8 !! DAULAT TUANKU.
BERANI KERANA BENAR!!!
TANPA GUNDAH – GANJARA!!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!
