HANIFF KHATRI: PENJELASAN TERKINI SC BERCANGGAH DENGAN KENYATAAN AZAM BAKI

Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Sumber (gambar): Fail TTF

Berikut merupakan ulasan Mohamed Haniff Khatri Abdulla terhadap kenyataan terkini Suruhanjaya Sekuriti berhubung siasatan isu pemilikan saham Tan Sri Azam Baki:

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net


Haniff Khatri

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :




1. Pada 05.01.2022 AZAM BAKI telah memberi kenyataan awam berkaitan “alegasi urusniaga saham” seperti yang dilaporkan ASTRO AWANI 05.01.2022 bertajuk “”Tohmahan ini direka untuk jatuhkan reputasi saya” – Azam Baki jawab dakwaan miliki saham”, bahawa :

“Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau memiliki saham dengan jumlah yang melampau.

Beliau menegaskan tidak terlibat dalam urusan pemilikan saham, malah tuduhan yang mendakwa terdapat conflict of interest di pihaknya juga tidak berasas.

“Saya ingin menegaskan bahawa dalam isu saham saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan tuduhan yang menyatakan terdapat conflict of interest di pihak saya seperti mana yang didakwa oleh segelintir pihak adalah tidak berasas.

“Saya telah menjelaskan kepada panel Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun saham saya digunakan oleh adik saya untuk membuat urus niaga beliau dan saya tiada ada kepentingan ke atas saham-saham yang dibeli itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, pada Selasa.

Azam menjelaskan, saham-saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adiknya menggunakan pembiayaannya dan saham-saham syarikat yang dibelinya oleh syarikatnya tiada kaitan dengan siasatan SPRM.

Bahkan, jelas Azam, saham-saham itu telahpun dipindahkan kepada akaun milik adiknya.

Loading...

2. Pada hari semalam, 18.01.2022, SURUHANJAYA SEKURITI dalam Kenyataan Media berkata seperti dipetik MALAYSIAKINI 18.01.2022 bertajuk “Isu saham bos SPRM: Tiada bukti pelanggaran bawah Seksyen 25(4), kata SC” telah melaporkan :

“Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menyelesaikan siasatannya terhadap isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, dan tidak dapat “secara muktamad” memutuskan berlaku perlanggaran undang-undang.

Dalam kenyataan hari ini, SC berkata selaku pengawal selia, remit pengaturan SC tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (Sicda).

“Dalam hal ini, siasatan adalah berkaitan isu sama ada berlaku kemungkinan perlanggaran di bawah Seksyen 25(4) Sicda berlaku atau tidak.

“Seksyen 25(4) Sicda menggariskan akaun dagangan perlu dibuka atas nama pemilik benefisial atau penama yang diberi kuasa.

“SC telah memutuskan siasatannya dan berdasarkan bukti yang ada, SC tidak dapat secara muktamad memutuskan pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Sicda telah berlaku,” kata SC dalam kenyataan hari ini.”

3. Setelah didesak oleh pelbagai pihak berkaitan keidaklengkapan dan ketidakmuktamadan Kenyataan Media SURUHANJAYA SEKURITI bertarikh 18.01.2022 itu, pada hari ini, Rabu 19.01.2022, SURUHANJAYA SEKURITI dalam KENYATAAN PENJELASAN telah memperjelaskan seperti yang dipetik MALAYSIAKINI bertajuk “Tiada perdagangan cara proksi, Azam kawal akaun sendiri – SC”, bahawa :

“Susulan kritikan terhadap keputusannya kerana mengumumkan bahawa “tiada bukti konklusif” bahawa berlaku perdagangan proksi oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini menjelaskan bahawa ia tidak menemui bukti kejadian sedemikian.

Kenyataan ini bercanggah dengan penjelasan Azam sebelum ini bahawa dia membenarkan adiknya, Nasir Baki membeli saham menggunakan akaun dagangannya.

Dalam satu kenyataan petang ini, SC berkata, ia mendapati bahawa Azam mempunyai “kawalan” ke atas akaun dagangannya sendiri.

Dia juga telah menggunakannya untuk berdagang saham.

“SC ingin menjelaskan bahawa bukti bebas yang dikumpul semasa siasatan ke atas akaun dagangan Azam menunjukkan bahawa Azam adalah pemegang akaun yang dinamakan dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan tersebut;

“(Dan) Azam mengendalikan akaun yang dibukanya, kerana dia telah memberi arahan untuk membeli, menjual dan memindahkan sekuriti daripada akaun tersebut,” jelas suruhanjaya itu.

4. Dengan pendedahan dan penjelasan SURUHANJAYA SEKURITI yang terkini, ianya dapat dirumuskan dari segi undang-undang bahawa:

a. Kenyataan AZAM BAKI bahawa ” … akaun saham saya (AZAM BAKI) digunakan oleh adik saya (adik AZAM BAKI) untuk membuat urus niaga beliau dan saya (AZAM BAKI) tiada ada kepentingan ke atas saham-saham yang dibeli itu …” adalah TIDAK BETUL dan TIDAK TEPAT daripada siasatan yang dilakukan oleh SURUHANJAYA SEKURITI.

b. Berlandaskan keadaan itu, maka melainkan ada SISATAN TELUS dan LENGKAP oleh satu JAWATANKUASA SIASATAN KHAS untuk menyiasat lanjut perkara ini, maka Kenyataan AZAM BAKI pada 05.01.2022 itu, TIDAK TERPAKAI dan TIADA NILAI dari segi perundangan.

c. Maka, ianya adalah teramat penting dan TANPA MEMBUANG MASA lagi TS IDRUS HARUN sebagai Peguam Negara WAJAR mengambil tindakan seperti berikut:

Untuk menubuhkan satu JAWATANKUASA SIASATAN KHAS yang dianggotai tiga individu seperti berikut:

a. seorang Timbalan Pendakwaraya Kanan yang dicadangkan dari Pejabat Peguam Negara,

b. seorang Pegawai Kanan PDRM

c. seorang Pegawai Penyiasat Kanan Suruhanjaya Sekuriti,

yang wajar diberi tempoh selama ENAM (6) MINGGU untuk menyiasat dan memajukan Kertas Siasatan terus kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut, tertakluk kepada keseluruhan hasil siasatan.

d. untuk pihak berkuasa berkenaan dalam Jabatan Perkhidmatan Awam mengambil langkah untuk mengeluarkan arahan CUTI REHAT kepada AZAM BAKI untuk tempoh siasatan berkenaan.

(SARANAN di Perenggan 4(c) dan (d) di atas, adalah sepertimana yang telah dinyatakan dalam Video di Siri : 3104 (03.01.2022) dan seperti yang dipetik dan dilaporkan oleh SINARHARIAN.COM.MY 03.01.2022 bertajuk “Tubuh Jawatankuasa Siasatan Khas siasat Azam Baki”(Siri : 3106))

5. Walhal,demi pematuhan konsep KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, kesemua pihak dalam sistem tadbir urus negara, samada di pihak Kerajaan termasuk Perdana Menteri, mahupun di pihak Jawatankuasa Khas Parlimen yang berkaitan WAJAR dengan segera menggesa TS IDRUS HARUN sebagai Peguam Negara untuk menubuhkan JAWATANKUASA SIASATAN KHAS berkenaan, dan untuk mengarahkan AZAM BAKI mengambil CUTI REHAT sehingga selesainya keseluruhan siasatan oleh JAWATANKUASA SIASATAN KHAS berkenaan.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

WAJIB BACA:

Kenyataan Azam Baki bahawa Suruhanjaya Sekuriti mendapati beliau ‘tidak lakukan kesalahan’ sah palsu

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...