حنيفف خطري: سلاڬي ڤرلمباڬان ڤرتي تيدق دڤيندا، مڤ برحق بوات كڤوتوسن سنديري سكالي ڤون برتنتاڠن ارهن ڤريسيدن
Menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, apabila pindaan dibuat kepada Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan (yang menyentuh definisi dan pengecualian terhadap aktiviti lompat parti di Dewan Rakyat), definisi “parti politik” turut disertakan di bawah perkara 160.
Disebabkan itu, perlembagaan persekutuan bukan lagi buta parti, dan keahlian seorang individu di Dewan Rakyat boleh terhenti dan kerusinya dikosongkan jika dia dianggap telah “lompat parti” berdasarkan peruntukan Perkara 49A.
Namun, larangan terhadap lompat parti bukanlah mutlak dan tertakluk kepada beberapa pengecualian, termasuk sekiranya seorang ahli Dewan Rakyat dipecat daripada parti politik yang sedang dianggotainya.
Justeru, selagi perlembagaan parti tidak dipinda untuk menyatakan dengan jelas bagaimana seorang ahli parti yang turut merupakan ahli Dewan Rakyat dianggap “telah keluar parti,” selagi itulah ahli berkenaan tidak boleh diarahkan kosongkan kerusinya di Dewan Rakyat.
Sebelum undang-undang anti-lompat berkuat kuasa, dari kaca mata perlembagaan persekutuan, seorang ahli Dewan Rakyat adalah wakil rakyat, bukannya wakil parti, dan berhak membuat keputusan secara peribadi.
Ini kerana perlembagaan persekutuan pada ketika itu adalah buta parti, bermakna, tidak ada sebarang definisi “parti politik” mahupun rujukan terhadap parti politik dalam mana-mana perkara atau fasal.
Disebabkan itu, tidak ada parti politik yang membuat ketetapan atau peruntukan yang membawa maksud, “seandainya ahli parti yang menjadi ahli Dewan Rakyat melakukan A, B atau C, atau tidak melakukan X, Y atau Z, maka mereka akan dipecat dari parti dan hilang kerusi di Dewan Rakyat.”
Sekali pun ketetapan atau peruntukan sebegini dibuat dalam perlembagaan parti, dan seorang ahli parti yang menjadi ahli Dewan Rakyat dipecat, dia tidak perlu kosongkan kerusinya di Dewan Rakyat atas apa jua sebab.
Namun, keadaannya berbeza setelah perlembagaan persekutuan dipinda bagi mengekang aktiviti lompat parti dikalangan ahli Dewan Rakyat.
Dalam satu temuramah yang disiarkan di You Tube Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK DI SINI), peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, apabila pindaan dibuat kepada Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan (yang menyentuh definisi dan pengecualian terhadap aktiviti lompat parti di Dewan Rakyat), definisi “parti politik” turut disertakan di bawah perkara 160.
Disebabkan itu, perlembagaan persekutuan bukan lagi buta parti, dan keahlian seorang individu di Dewan Rakyat boleh terhenti dan kerusinya dikosongkan jika dia dianggap telah “lompat parti” berdasarkan peruntukan Perkara 49A.
Namun, larangan terhadap lompat parti bukanlah mutlak dan tertakluk kepada beberapa pengecualian, termasuk pengecualian yang melindungi seorang ahli Dewan Rakyat yang dipecat daripada parti politik yang sedang dianggotainya.
Justeru, selagi perlembagaan parti tidak dipinda untuk menyatakan dengan jelas bagaimana seorang ahli parti yang turut merupakan ahli Dewan Rakyat dianggap “telah keluar parti,” selagi itulah ahli berkenaan tidak boleh diarahkan kosongkan kerusinya di Dewan Rakyat semata-mata kerana dipecat daripada parti.
Menurut Haniff, terdapat satu keputusan mahkamah persekutuan yang mengatakan bahawa seseorang yang keluar parti atau dibuang daripada parti tidak hilang kerusi.
“(Disebabkan itu), selagi tidak ada pindaan dalam perlembagaan (parti), maka jika pun mana-mana ahli Dewan Rakyat membuat keputusan mereka sendiri, walaupun tidak mengikut arahan presiden atau majlis tertinggi parti, tak menjadikan mereka dianggap sebagai keluar parti.
“Sekarang ini, kalau kita buka perlembagaan mana-mana parti, kita akan Nampak klausa-klausa yang mengatakan bagaimana seorang ahli parti boleh hilang keahlian.
“Tetapi, tidak ada dalam mana-mana perlembagaan parti yang menyatakan (bagaimana) seorang ahli parti yang menjadi ahli Dewan Rakyat boleh hilang keahlian. Tidak ada.”
RJ RITHAUDEEN
