HANIFF KHATRI: SIDANG DEWAN TANPA BAHAS LANGGAR KELUHURAN PERLEMBAGAAN, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Sumber (gambar): Fail TTF

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

حنيفف خطري: سيدڠ ديوان تنڤا بحث لڠڬر كلوهورن ڤرلمباڬان، كدولتن اوندڠ-اوندڠ

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera

1. Tidak dinafikan langsung, bahawa gejala COVID-19 yang menghantui kesejahteraan, kesihatan dan ekonomi rakyat Malaysia, WAJIB diperangi kesemua kita tanpa berbelah bahagi, dengan menyokong arahan-arahan kesihatan dan pergerakan yang dikeluarkan dan dikemas kini dari masa ke semasa oleh pakar-pakar kesihatan kita yang diterajui Ketua Pengarah KKM berserta pasukan “front liners” yang bertungkus lumus dan bertarung sehabis-habisan tanpa mengenal penat lelah sejak berbulan lalu.

2, Namun, ini tidak bermakna bahawa panggilan pihak-pihak tertentu agar Kerajaan Persekutuan dan Dewan Rakyat untuk mematuhi KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG bermaksud bahawa pihak itu kononnya membelakangkan bahaya COVID-19, dan seolah-olah pihak ini juga kononnya masih “hendak main POLITIK.”




3. Perlu ditegaskan dengan keras bahawa panggilan untuk pematuhan KELUHURAN PERLEMBAGAAN & KEDAULATAN UNDANG-UNDANG tidak boleh disamakan langsung dengan retorika jahat, iaitu kononnya “hendak main POLITIK.”

4. Oleh kerana inilah, saya telah meletakkan tajuk saya dalam penulisan ini seperti TAJUK di atas, iaitu:

“Sebahaya COVID-19 sekalipun, ianya TIDAK BOLEH mengatasi PEMATUHAN KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG.

5. Kesemua urusan tadbir urus negara Malaysia, walaupun berhadapan dengan apa jua musibah mahupun bahaya masih wajib dilaksanakan dalam pematuhan tegas KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, dan sekiranya tidak, ianya boleh menjadi TIDAK SAH dan TERCABAR serta WAJIB DIPERBETULKAN kelak, dengan Rakyat yang sekali lagi perlu mengalami kesan buruk dan kerugian nanti. Itulah peri penting untuk Rakyat tidak beremosi dalam melemparkan tohmahan salah seolah-olah panggilan untuk Kerajaan Persekutuan dan Dewan Rakyat supaya mematuhi KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG adalah satu permainan POLITIK sahaja.

6. Dengan penjelasan di atas, saya kini kembali kepada tujuan sebenar penulisan saya dalam Siri : 2092 ini, iaitu berkaitan Laporan MYMETRO 13.05.2010 bertajuk “Sidang Dewan Rakyat 18 Mei ini dipinda”, di mana ianya dilaporkan :

“SIDANG Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung 18 Mei ini hanya bagi urusan Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah menerima surat pemakluman ditandatangani Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua majlis.

Loading...

“Berikutan penularan wabak Covid-19 dalam negara masih belum reda, kerajaan memutuskan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 yang akan berlangsung selama sehari pada 18 Mei ini dipinda.

“Tiada sidang selepas Titah Diraja melalui mesyuarat pertama Dewan Rakyat .

“Pindaan ini selaras dengan Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya.

Menurutnya, justeru Setiausaha Dewan Rakyat Riduan Rahmat akan menyusul dengan mengeluarkan notis baru Majlis Persidangan Dewan Rakyat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 kepada semua Ahli Dewan.”

(Link Laporan MYMETRO 13.05.2020 : https://www.hmetro.com.my/…/sidang-dewan-rakyat-18-mei-ini-…)

7. Kandungan Laporan yang dipetik dan dirujuk di Perenggan 6 di atas mempunyai impak yang besar, terhadap ketidakpatuhan KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG di atas alasan-alasan yang akan dihuraikan di bawah.

8. Sebelum itu, rentetan peristiwa penting berkaitan isu persidangan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 ini hendaklah difahami dengan jelas bagi memahami KESAN NEGATIF kepada KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG akibat daripada pindaan Sidang Dewan ini untuk tempoh SATU (1) HARI sahaja, itupun dengan cuma adanya satu Item pada Agenda, iaitu pembentangan “TITAH DIRAJA” sahaja sebelum persidangan 18.05.2020 itu ditangguhkan ke tarikh lanjut lain, yang mana adalah seperti berikut :

a. Sidang akhir Dewan Rakyat sebelum ianya ditangguhkan adalah pada 05.12.2019

(Link Laporan berkaitan : https://www.parlimen.gov.my/dewan_rakyat_ditangguh_selepas_…&)

b. Tarikh asal Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 yang telah ditetapkan pada 09.03.2020 pada asalnya telah ditangguhkan ke 18.05.2020 untuk tempoh persidangan LIMA BELAS (15) HARI, di atas permintaan Kerajaan Persekutuan yang telah baru ditubuhkan pada 01.03.2020, bagi membolehkan penyediaan rapi dilakukan sebelum persidangan lancar Dewan Rakyat yang baru dijalankan.

(Link Laporan berkaitan : https://www.malaysiakini.com/news/513144)

c. Pada 18.04.2020 Dewan Rakyat melalui satu NOTIS telah menukar tempoh persidangan LIMA BELAS (15) HARI kepada SATU (1) HARI sahaja, di atas permintaan Kerajaan Persekutuan yang memberi alasan negara menghadapi penularan COVID-19 dan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) serta Perintah Kawalan Pergerakan Terhad (PKPD) telah pun wujud pada ketika itu.

(Link Laporan berkaitan : https://www.bharian.com.my/…/sidang-dewan-rakyat-hanya-seha…)

d. Pada hakikaktnya, kemudiannya melalui satu pengumuman media Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASIN pada 01.05.2020, telah dinyatakan kewujudan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa mulai 04.05.2020, di mana pelbagai kelonggaran pergerakan SOSIAL dan EKONOMI telah pun diberi.

(Link Laporan berkaitan : https://www.bharian.com.my/…/perintah-kawalan-pergerakan-be…

e. Pada 08.05.2020 Speaker Dewan Rakyat telah mengesahkan TERIMA beberapa USUL yang dimajukan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi dan Langkawi yang antara lain mohon pelanjutan tempoh persidangan dari SATU (1) HARI kepada LAPAN (8) HARI dan juga “Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri.

(Link Laporan berkaitan : https://www.malaysiakini.com/news/524761 & https://www.bharian.com.my/…/speaker-terima-usul-undi-tak-p…)

f. Begitu juga, pada 08.05.2020, Menteri Parlimen dan Undang-undang TAKIYUDDIN HASSAN telah membuat kenyataan bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai TIGA (3) USUL dan DUA (2) Rang Undang-undang Pembekalan Tambahan 2019 dan 2020 untuk dibentangkan.

(Link Laporan berkaitan : https://www.sinarharian.com.my/…/Tiga-usul-pada-sidang-Dewa…).

9. Dalam erti kata lain, pindaan persidangan Dewan Rakyat melalui NOTIS 13.05.2020 hendaklah dikaji dan dibincang dengan mengambil maklum rentetan peristiwa seperti yang dihuraikan di Perenggan 8 di atas, secara objektif dan rasional.

10.Hatta, kita kembali kepada PERSOALAN yang ditampilkan di Perenggan 7 di atas, iaitu :

“Apakah yang dikatakan sebagai impak yang besar, berhubung pematuhan KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG akibat daripada NOTIS 13.05.2020 yang kini bukan sahaja menetapkan tempoh persidangan kepada SATU (1) HARI sahaja, malah menyatakan bahawa satu-satunya Item dalam Agenda itu adalah pembentangan “TITAH DIRAJA” sahaja, dan USUL-USUL lain telah dikeluarkan daripada Agenda persidangan 18.05.2020 itu?”

11. Jawapan kepada Persoalan di Perenggan 10 di atas dari sudut KELUHURAN PERLEMBAGAAN adalah seperti berikut :

a. Menurut PERKARA 55 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN :

“Memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen

    1. (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen
      dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan
      berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan
      tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya.”

b. Hatta, memandangkan tarikh persidangan terakhir Dewan Rakyat Parlimen Ke-14 ini adalah 05.12.2019, maka persidangan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga WAJIB dilakukan pada atau sebelum 05.06.2020, dan jika tidak, secara automatis PARLIMEN KE-14 akan menjadi TERBUBAR dan tidak dapat diselamatkan, dan meletakkan negara menghadapi risiko pengadaan PRU-15 dengan kadar serta merta selepas itu, walaupun negara mungkin masih belum terkeluar sepenuhnya dari gejala COVID-19 lagi.

c. Persidangan Dewan Rakyat yang dimaksudkan di dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN semestinyalah satu persidangan sebenar melibatkan perbahasan dan persoalan serta jawaban oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat yang dipilih semasa PRU-14 yang berjumlah 222 orang itu.

d. Maka, dengan cuma adanya pembentangan “TITAH DIRAJA” oleh KeBawah Duli YDP AGONG, tanpa ianya dibahaskan oleh mana-mana Ahli Dewan Rakyat langsung, boleh membawa maksud, sekiranya dicabar di MAHKAMAH, bahawa tiada mana-mana persidangan Dewan Rakyat yang sebenar yang berlaku pada 18.05.2020 itu kelak, dan ini akan mendedahkan Speaker Dewan Rakyat TS MOHAMAD ARIFF MOHD YUSOF kepada RISIKO ketiadaan pengadaan apa-apa persidangan Dewan Rakyat yang SAH dalam tempoh ENAM (6) BULAN selepas tarikh 05.12.2019 itu!

e. Adakah kesemua parti politik samada yang membentuk Kerajaan Persekutuan kini, iaitu “PERIKATAN NASIONAL” serta pembangkanag iaitu PAKATAN HARAPAN dan “faksi” TUN DR MAHATHIR dalam BERSATU, wajar terdedah kepada RISIKO PEMBUBARAN PARLIMEN semata-mata kerana Speaker Dewan Rakyat menangguhkan persidangan pada 18.05.2020 selepas pembentangan “TITAH DIRAJA” tanpa apa-apa perbahasan sama sekali, sehingga selepas 05.06.2020?

12. Jawaban kepada Persoalan di Perenggan 10 di atas dari sudut KEDAULATAN UNDANG-UNDANG pula adalah seperti berikut :

a. NOTIS Dewan Rakyat 13.05.2020 (screenshot di Ruang Bawah Kiri) mengatakan :

(i) di Perenggan 1 bahawa : “(Speaker Dewan Rakyat) … telah menerima surat pemakluman yang ditandatangani YAB Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis … (yang menyebakan pindaan dibuat)”, dan

(ii) di Perenggan 2 bahawa : “Pindaan ini adalah selaras dengan Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat.”

b. Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat menyatakan :

“11(2) Subject to the provisions of paragraph (1), the Leader or Deputy of the House shall determine at least 28 days before the commencement of each Session, the dates on which the House shall meet in the Session:

Provided that the Leader or Deputy Leader of the House may vary from time to time the dates so fixed.”, DAN

“15(2) Government business shall be set down in such order as the Government thinks fit and communicate to the Setiausaha.”

c. Ianya “jelas lagi tersuluh” bahawa pemakluman YAB Perdana Menteri kepada Speaker Dewan Rakyat itu TIDAK DISOKONG oleh kedua-dua Peraturan 11(2) dan 15(2) yang dirujuk di sana, di sisi undang-undang kerana :

(i) Peraturan 11(2) adalah untuk penetapan tarikh-tarikh, yang mana TIDAK TERPAKAI untuk pemakluman terbaru ini, kerana tarikh 18.05.2020 untuk persidangan SATU (1) HARI telahpun ditetapkan melalui pemakluman lama pada 18.04.2020 seperti yang dinyatakan dan dirujuk di Perenggan 8(c) di atas, walhal

(ii) Peraturan 15(2) juga adalah TIDAK TERPAKAI di sini, kerana ianya cuma membenarkan Kerajaan Persekutuan melalui Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis untuk mengubah atau menaikkan Urusan Kerajaan Persekutuan dalam Agenda Mesyuarat, tanpa beliau mempunyai kuasa untuk mencampuri Item lain dalam Agenda Mesyuarat berkaitan USUL-USUL Ahli Dewan Rakyat Batu Sapi dan Langkawi, yang merupakan bidangkuasa Speaker Dewan Rakyat sahaja.

d. Hatta, Speaker Dewan Rakyat tidak boleh melaksanakan pindaan kepada Agenda Mesyuarat Persidangan Dewan Rakyat pada 18.05.2020 dengan KELUARKAN akan USUL-USUL Ahli Dewan Rakyat Batu Sapi dan Langkawi yang Speaker sebelum ini, pada 08.05.2020 telahpun AKUI TERIMA, seperti yang dinyatakan di Perenggan 8(e) di atas.

13. Bebas daripada jawaban-jawaban saya di Perenggan 11 dan 12 di atas, saya juga ingin menjawab Persoalan di Perenggan 10 di atas secara lanjut dari sudut KEMUNASABAHAN akan alasan COVID-19 yang dirujuk dan diberi bagi tujuan untuk memendekkan tempoh persidangan Dewan Rakyat kepada SATU (1) HARI mahupun untuk tujuan menghadkan persidangan 18.05.2020 untuk pembentangan “TITAH DIRAJA” sahaja, sebelum ditangguhkan persidangan ke tarikh lain selepas itu, di atas alasan-alasan berikut :

a. Kerajaan telah mewujudkan PKP dan PKPD mulai daripada 18.03.2020 sehingga 03.05.2020, dalam tempoh yang mana penetapan tarikh persidangan Dewan Rakyat untuk SATU (1) HARI pada 18.05.2020 telah dilakukan melalui NOTIS Dewan Rakyat pada 18.04.2020, bagi tujuan membendung tularan gejala COVID-19.

b. Namun,seperti yang dinyatakan di Perenggan 8 (d) di atas, pada hakikatnya melalui satu pengumuman media Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASIN pada 01.05.2020, telah dinyatakan kewujudan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa mulai 04.05.2020, di mana pelbagai kelonggaran pergerakan SOSIAL dan EKONOMI telah pun diberi.

c. Hatta, selari dengan kelonggaran pergerakan SOSIAL dan EKONOMI yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan sejak 04.05.2020 itu, semestinyalah kelonggaran aktiviti persidangan PARLIMEN wajar juga dilonggarkan, yang sewajarnya mendorong Speaker Dewan Rakyat untuk membatalkan NOTIS 18.04.2020 yang menetapkan persidangan SATU (1) HARI sahaja, dan melanjutkan dengan MUNASABAH akan tempoh persidangan kepada LIMA BELAS (15) HARI seperti pada asalnya ditetapkan, dan dinyatakan di Perenggan 8 (b) di atas.

d. Walhal, seperti yang dinyatakan di Perenggan 8(e) dan 8(f) di atas, pada 08.05.2020, iaitu EMPAT (4) HARI selepas PKPB yang dilonggarkan itu berkuatkuasa mulai 04.05.2020, Speaker Dewan Rakyat telah mengesahkan TERIMA beberapa USUL yang dimajukan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi dan Langkawi dan juga TIGA (3) USUL dan DUA (2) Rang Undang-undang Pembekalan Tambahan 2019 dan 2020 daripada Kerajaan Persekutuan, yang memberi FAHAMAN MUNASABAH bahawa Speaker Dewan Rakyat telahpun menerima HAKIKAT bahawa aktiviti Dewan Rakyat pun WAJIB DILONGGARKAN selaras dengan kelonggaran aktiviti SOSIAL dan EKONOMI yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah PKPB mulai 04.05.2020 itu.

e. Maka di manakah RASIONAL dan KEMUNASABAHAN untuk Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri menghantar surat 13.05.2020 kepada Speaker Dewan Rakyat untuk kononnya menghadkan persidangan pada 18.05.2020 cuma untuk pembentangan “TITAH DIRAJA” sahaja, atas alasan COVID-19?

f. Begitu juga, di manakah RASIONAL dan KEMUNASABAHAN untuk Speaker Dewan Rakyat mengeluarkan NOTIS 13.05.2020 untuk mematuhi makluman Perdana Menteri bagi tujuan menghadkan persidangan pada 18.05.2020 cuma untuk pembentangan “TITAH DIRAJA” sahaja, atas alasan COVID-19?

14. Sayugia dinyatakan NOTIS Speaker Dewan Rakyat 13.05.2020 itu bukan sahaja tidak mematuhi KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, malah ianya adalah pada hakikatnya TIDAK MUNASABAH dan TIDAK RASIONAL untuk menggunapakai alasan COVID-19 sama sekali, dalam hal keadaan kewujudan PKPB sejak 04.05.2020 itu.

Hatta, Sebahaya COVID-19 sekalipun, ianya TIDAK BOLEH mengatasi PEMATUHAN KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG !!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA

Berkaitan sebahagian kandungan Perenggan 11(c) di atas, kredit juga dihulurkan kepada sahabat saya, Datuk Joy Apukuttan

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...