HANIFF KHATRI: TINDAKAN ABU ZAHAR BERI PENJELASAN MELALUI SIDANG MEDIA BERANI DAN TERPUJI

Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Sumber (gambar): Fail TTF

Haniff Khatri

حنيفف خطري: تيندقن ابو زاهر بري ڤنجلسن ملالوءي سيدڠ ميديا براني دان ترڤوجي

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Sejak beberapa minggu yang lalu isu berkaitan “alegasi salah laku” terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM TS AZAM BAKI, bukan sahaja mencetuskan keperluan pematuhan konsep kedaulatan undang-undang dijunjung tinggi, untuk menentukan mana-mana Agensi Penguatkuasa Undang-Undang akan sentiasa menambat keyakinan dan hormat masyarakat untuk dipercayai dan diyakini.




2. Namun, malangnya secara sampingan. isu itu juga telah mengakibatkan persoalan yang tidak sihat terhadap kesemua anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) disebabkan kandungan laporan media yang sebelum ini telah menampilkan gambaran seolah-olah LPPR telah cuba berusaha “membersihkan” Ketua Pesuruhjaya SPRM TS AZAM BAKI daripada isu “alegasi salah laku” itu melalui Kenyataan Media 05.01.2022 yang lalu, walaupun pada hakikatnya pembacaan keseluruhan 13 helaian mukasurat Kenyataan Media Bertulis 05.01.2022 tidak langsung menzahirkan tanggapan salah itu.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

3. Hatta, tindakan TS ABU ZAHAR UJANG sebagai Pengerusi LPPR untuk berani tampil membuat satu lagi Sidang Media pada pagi tadi, Selasa 11.01.2022 adalah satu tindakan bermaruah yang terpuji dan wajar dihargai serta wajib dicontohi kesmua penjawat awam dalam segala sektor perkhidmatan awam,

4. Ini adalah kerana, walaupun TS ABU ZAHAR UJANG seperti yang dinyatakan beliau “sememangnya sedar dan tahu bahawa LPPR tidak mempunyai kuasa untuk melakukan siasatan sendiri berkaitan apa-apa salah laku jenayah terhadap mana- mana pegawai SPRM”, namun, sekiranya ianya “telah menampilkan fahaman yang tidak dihasratkan” berkaitan kononnya beliau sebagai Pengerusi LPPR telah cuba “membersihkan Ketua Pesuruhjaya SPRM TS AZAM BAKI” daripada kesemua “alegasi salah laku” terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM itu, maka TS ABU ZAHAR UJANG telah dengan secara TERHORMAT dan TERPUJI telah “serahkan kepada budibicara mutlak Kerajaan dan KeBawah Duli Yang Dipertua Agong untuk menentukan kedudukan beliau sebagai Pengerusi LPPR”.

5. Syukur Alhamdulillah, negara Malaysia masih mempunyai tokoh-tokoh pemimpin dalam perjawatanan tinggi awam yang memahami dan menghormati konsep kedaulatan undang-undang yang meletakkan tanggungjawab dan amanah jawatan itu di kedudukan yang lebih tinggi daripada diri sendiri, walaupun tidak ada kesangsian bahawa beliau tidak bersalah pun dalam perkara itu.

6. TAHNIAH saya ucapkan kepada TS ABU ZAHAR UJANG di atas keseluruhan penjelasan lengkap dan tindakan murni beliau pada 11.01.2022, itu.

7. Pada masa yang sama, saya berharap bahawa dalam keadaan walaupun Ketua Pesuruhjaya SPRM TS AZAM BAKI sememangnya TIDAK BERSALAH SEHINGGA DIDAPATI BERSALAH, namun dengan pengetahuan bahawa pihak Suruhanjaya Sekuriti telah pada 06.01.2022 mengumumkan tindakan Agensi itu untuk memulakan siasatan berkaitan pendedahan Ketua Pesuruhjaya SPRM TS AZAM BAKI di dalam Sidang Media beliau pada 05.01.2021, dan di atas permintaan pelbagai pihak secara betul dan tepat untuk ditubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Khas di atas seliaan Peguam Negara TS IDRUS HARUN berkaitan mana-mana perkara lain berhubung “alegasi salah laku” yang dibangkitkan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM itu, maka TS AZAM BAKI sewajarnya mengambil contoh dari Kenyataan Media TS ABU ZAHAR UJANG,untuk beliau mengumumkan hasrat beliau untuk SETUJU BEREHAT DARI JAWATAN sehingga tamatnya siasatan-siasatan berkenaan.

8. Seyogia, dan seperti yang diharapkan, jika hasil siasatan berkenaan dapat membersihkan nama baik Ketua Pesuruhjaya SPRM TS AZAM BAKI daripada apa-apa kesalahan jenayah mahupun kemungkiran regulasi perjawatanan awam, maka sememangnya beliau boleh kemudiannya kembali dengan hati yang lapang dan keyakinan yang lebih tinggi di khalayak awam, apatah lagi apabila kesemua tiga Timbalan Pesuruhjaya SPRM sudah pun melafazkan keyakinan kepada pimpinan TS AZAM BAKI sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM mereka.

Loading...

“TO ERR IS HUMAN, TO HONORABLY ACT IN ACCORDANCE WITH THE RULE OF LAW IS NOBLE & DIVINE”

9. Berikut adalah keseluruhan Kenyataan Media TS ABU ZAHAR UJANG sebagai Pengerusi LPPR bertarikh 11.01.2022 untuk bacaan, fahaman dan penilaian kesemua yang prihatin :

“1. Saya perlu untuk keluarkan Kenyataan Media ini untuk meletakkan beberapa perkara berhubung Sidang Media yang diadakan pada 5hb Januari yang lalu, dalam perspektif yang betul dan tepat, sepertimana ianya telah dihasratkan, namun, malangnya telah memberikan gambaran yang tidak tepat kepada masyarakat awam yang mengikuti laporan media berkaitan.

2. Yang pertamanya, semasa Sidang Media itu Kenyataan Media penuh sebanyak 13 halaman mukasurat yang mengandungi keseluruhan Kenyataan saya telah diedarkan, yang malangnya juga saya dapati, tidak dilaporkan secara menyeluruh oleh sestengah media sehingga menyumbangkan kepada salah tanggapan di kalangan masyarakat.

3. Terdapat pelbagai isu selain isu berkaitan “alegasi salah laku” terhadap Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki, yang telah diberi pandangan dan pendapat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), tetapi itupun tidak disentuh dan dilaporkan media. Apatah lagi, Video berkaitan Sidang Media yang tertular, cuma memaparkan sebahagian kecil Kenyataan saya.

4. Walau apapun, saya sebagai Pengerusi LPPR sememangnya sedar dan tahu bahawa LPPR tidak mempunyai kuasa untuk melakukan siasatan sendiri berkaitan apa-apa salah laku jenayah terhadap mana- mana pegawai SPRM, dan cuma mempunyai kuasa untuk memberi pandangan dan cadangan tentang cara siasatan wajar dilakukan dalam keadaan-keadaan tertentu selari dengan peruntukan Seksyen 13(5)(a) Akta 694.

5. Pandangan dan cadangan LPPR itu boleh didapati dengan nyata secara khususnya di Mukasurat 6 (ii) dan (iii) di sana, yang mana tidak diniatkan mahupun dihasratkan untuk menghalang satu siasatan menyeluruh oleh mana-mana Agensi Kerajaan yang berkuasa dan bebas untuk melakukan siasatan rasmi berkaitan “alegasi salah laku” terhadap Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki itu.

6. Yang keduanya, saya perlu nyatakan perasaan dukacita saya dengan Kenyataan Media 09.01.2022 yang dikeluarkan oleh kesemua enam (6) rakan anggota LPPR, yang ingin menjauhkan diri daripada kandungan Kenyataan Media 05 Januari itu, yang saya percaya adalah dilakukan atas dasar reaksi tidak popular daripada segolongan pihak dan masyarakat semata-mata kerana tidak dilaporkan degan tepat dan menyeluruh oleh media.

7. Walau bagaimanapun, saya percaya ianya adalah tudak sihat untuk profesionalisme Agensi SPRM dan LPPR, untuk saya pada masa ini memberi apa-apa kenyataan balas berkaitan Kenyataan Media 09.01.2022 secara awam, dan ianya perlu dan akan diselesaikan, setakat mana mampu, secara dalaman oleh kami. Walhal, isu itu tidak wajar diberi keutamaan, sehingga ianya mungkin menenggelamkan isu asal yan menjadi isu pokok berkaitan soal integriti SPRM, iaitu berkaitan “alegasi salah laku” terhadap Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki tersebut.

8. Yang ketiganya, seperti yang telah dinyatakan dalam Kenyataan Media bertulis 5 Januari itu, siasatan berkaitan “alegasi salah laku” terhadap Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki itu, masih terbuka untuk diteruskan oleh mana-mana Agensi yang mempunyai kuasa di atas pendapat dan seliaan daripada Pejabat Peguam Negara, dan saya mahupun mana-mana rakan anggota saya yang lain dalam LPPR, saya percaya, tidak langsung berhasrat untuk menghalang siasatan lanjut itu, jika ada, malah adalah digalakkan atas konsep kedaulatan undang- undang, supaya nama baik dan integriti SPRM akan sentiasa berada di tahap tertinggi menurut lunas undang-undang.

9. Akhir kata, sekiranya Kenyataan Media 5 Januari saya telah menampilkan fahaman yang tidak dihasratkan seperti yang dinyatakan di atas, sehingga ke tahap ianya menjatuhkan nama baik SPRM secara keseluruhannya, yang mana sememangnya tidak dihasratkan, saya serahkan kepada budibicara mutlak Kerajaan dan KeBawah Duli Yang Dipertua Agong untuk menentukan kedudukan saya sebagai Pengerusi LPPR, yang mana adalah satu amanah yang telah saya laksanakan setakat ini, tanpa mengambil pihak. Saya semestinya akan akur dengan keputusan itu.

Sekian.”

(Video Sidang Media TS ABU ZAHAR UJANG sebagai Pengerusi LPPR pada 11.01.2021 adalah dimuat naik di Ruang Bawah untuk tontonan kesemua yang prihatin)

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

WAJIB BACA:

Kantoi lagi: Fitnah kononnya Mahathir rasis melantun balik kat Najib – Orang Cina bukan bodoh

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...