Haniff Khatri: Tubuh badan khas siasat dakwaan Gomez berhubung Azam Baki

Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Source (pic): TTF Files

Haniff Khatri

حنيفف خطري: توبوه بادن خاص سياست دعوأن ڬوميز برهوبوڠ عزم باكي

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Sejak hampir dua bulan yang lalu terdedah alegasi serius berkaitan dengan dakwaan kononnya Ketua Pesurujaya SPRM memiliki saham korporat dalam jumlah yang melampau dan yang kononnya bercanggah dengan peruntukan perundangan yang terikat kepada pengkhidmat awam berkaitan milikan saham korporat.




2. Berita itu kemudiannya disusuli dengan laporan media yang mengesahkan seorang Ahli Parlimen R SIVARASA telah menampilkan Usul untuk membincangkan perkara itu di Dewan Rakyat seperti yang dilaporkan MALAYSIAKINI 14.12.2021 bertajuk “MP fail usul tergempar, dakwa KP SPRM miliki hampir dua juta saham” :

“Sivarasa Rasiah (PH-Sungai Buloh) memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat hari ini.

Dia memohon parlimen membincangkan dakwaan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki memiliki saham di dua buah syarikat disenarai di bursa melebihi daripada jumlah yang dibenarkan.

Dakwanya, dia dimaklumkan bahawa Azam, antara 2015 dan 2016 sebagai pengarah siasatan SPRM, memiliki 930,000 saham dalam sebuah syarikat pada 30 April 2015, dan 1,029,000 saham lagi pada 31 Mac 2016.

Sivarasa juga mendakwa Azam, pada 21 Mac 2016, memiliki 2,156,000 waran dalam sebuah syarikat senarai awam.

Sivarasa memetik Seksyen 23 Pekeliling Perkhidmatan 3/2002 yang menyebut seseorang pegawai awam boleh membeli saham tetapi tertakluk kepada syarat-syarat, antaranya tidak melebihi lima peratus daripada modal dibayar atau RM100,000 pada nilai semasa.

“Seksyen 10 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 juga mewajibkan pegawai awam mengisytiharkan semua harta mereka kepada Ketua Jabatan mereka,” kata Sivarasa.

Loading...

Mengambil kira keadaan tersebut, ahli parlimen PKR itu berkata terdapat persoalan berbangkit yang mesti dijawab di parlimen, sesuai dengan fungsi pengawasannya.

(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/602996)

3. Laporan media lanjut telah menyatakan bahawa Usul R SIVARASA itu telah ditolak oleh Speaker AZHAR HARUN seperti yang dilaporkan MSN NEWS 15.12.2021 bertajuk “Sivarasa bidas Speaker tolak usul bincang dakwaan terhadap pegawai tinggi SPRM; Azalina simpati” :

“Ahli Parlimen pembangkang mengkritik tindakan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, menolak usul untuk membincangkan dakwaan terhadap seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang dikatakan memiliki 4.2 juta saham dalam dua syarikat tersenarai awam.

Wakil rakyat Sungai Buloh, R Sivarasa daripada PKR, pada sidang Dewan Rakyat petang tadi menyifatkan tindakan Azhar itu sebagai pengabaian tanggungjawab kerana menurutnya usul itu mematuhi syarat Peraturan Mesyuarat (18)1.

“Saya minta perkara ini dikaji semula. Penolakan ini tidak betul dan tidak patut,” katanya, selepas membaca surat penolakan usul daripada Azhar.

Menurut apa yang dibacakan Sivarasa, usul itu ditolak kerana Dewan Rakyat perlu membuat satu ketetapan terlebih dahulu.

Timbalan Speaker, Azalina Othman Said, yang mempengerusikan sesi petang tadi bersimpati dengan Sivarasa kerana usulnya ditolak.”

(Link Laporan : https://www.msn.com/…/sivarasa-bidas…/ar-AARPEAo…)

4. Belum pun ada apa-apa perkembangan positif berhubung usaha menangani dan memperjelaskan dakwaan terhadap AZAM BAKI itu, muncul pula berita pada malam semalam 27.12.2021 tentang peletakan jawatan seorang Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM iaitu EDMUND TERENCE GOMEZ seperti yang dilaporkan MALAYSIAKINI 27.12.2021 bertajuk “Ahli panel SPRM letak jawatan, dakwa tiada tindakan isu libatkan Azam Baki” tyang melaporkan :

“hli ekonomi Edmund Terence Gomez meletakkan jawatan sebagai ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Gomez mendakwa ia selepas panel tersebut gagal bertindak terhadap dakwaan pemilikan kira-kira dua juta unit saham saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki di sebuah syarikat senarai awam.

Katanya, dia pertama kali membangkitkan perkara itu kepada pengerusi panel, Borhan Dolah pada 12 November lalu, dan menggesanya agar mengadakan mesyuarat untuk membincangkan “isu kritikal berkaitan kepentingan negara”.

Walaupun Borhan memberi respons segera dan setuju untuk mengadakan mesyuarat, katanya, ia akhirnya tidak terlaksana.

Dia berkata telah menulis dua lagi surat kepada Borhan berhubung perkara itu dan melampirkan maklumat lanjut yang diterimanya berhubung perniagaan melibatkan keluarga Azam.

Surat terakhirnya kepada Borhan bertarikh 14 Disember, yang antara lain menyatakan dia tiada pilihan selain meletakkan jawatan jika dia tidak mendapat maklum balas berhubung perkara itu.

“Saya tiada pilihan selain meletakkan jawatan dan ini patut dilihat sebagai bantahan terhadap tindakan anda, selaku pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, yang menangguhkan untuk memanggil mesyuarat berhubung isu yang menjadi tanggungjawab panel ini untuk membincangkannya.

“Tambahan pula, dengan tidak bertindak terhadap laporan melibatkan ketua pesuruhjaya SPRM…merupakan pengabaian tugas terhadap negara yang serius,” katanya dalam surat peletakan jawatannya bertarikh 27 Disember, yang dilihat Malaysiakini.”

5. Sejujurnya, saya berpendapat bahawa isu berkaitan dakwaan serius ini PERLU dan WAJAR diselesaikan melalui langkah-langkah perlu di bawah prinsip kedaulatan undang-undang untuk menentukan bahawa bukan sahaja integriti dan maruah SPRM sebagai penguatkuasa undang-undang tidak terkesan lanjut, namun pada masa yang sama pihak yang berhadapan dengan aduan ini iaitu AZAM BAKI tidak tergugat hak beliau untuk membersihkan namanya, jika aduan itu tidak berasas sama sekali.

6. Yang pertamanya, LEMBAGA PENASIHAT ANTI RASUAH yang ditubuhkan di bawah Seksyen 13(1) Akta SPRM 2008 (AKTA 694) yang dipertanggungjawabkan di bawah Seksyen 13(5)(a) yang sama ” … untuk menasihati Suruhanjaya tentang apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia; … ” BERHAK dan BERTANGGUNGJAWAB untuk mengadakan mesyuarat segera untuk membincangkan perihal alegasi serius terhadap Ketua Pesuruhjayanya, dan meminta AZAM BAKI hadir dalam mesyuarat untuk memberi penjelasan berkaitan perkara itu.

6. Yang keduanya, sekiranya hasil daripada siasatan awalan dalam mesyuarat ini telah meyakinkan pihak Lembaga Penasihat itu bahawa sememangya alegasi serius itu TIDAK BERASAS maka Lembaga Penasihat hendaklah dengan serta merta keluarkan satu KENYATAAN AWAM yang LENGKAP dan TELUS untuk :

a. Menjelaskan pendapat mereka berkaitan alegasi serius berkenaan, dan

b. Memaklumkan pihak yang membangkitkan alegasi serius itu, jika masih ingin teruskan dengan aduan serius itu, untuk tampilkan mana-mana asas dan keterangan lanjut berkaitan yang sama kepada Lembaga Penasihat dalam tempoh yang munasabah.

7. Yang ketiganya, sekiranya hasil daripada siasatan awalan dalam mesyuarat ini telah meyakinkan pihak Lembaga Penasihat itu bahawa sememangya alegasi serius itu mempunyai ASAS maka Lembaga Penasihat hendaklah dengan serta merta keluarkan satu KENYATAAN AWAM yang LENGKAP dan TELUS untuk :

a. Menubuhkan satu badan sisatan khas berhubung alegasi serius itu terhadap Ketua Pesuruhjayanya AZAM BAKI, dengan menentukan bahawa suasatan dilakukan oleh pegawai tertinggi yang akan menjamin ketelusan dan keneutralan dalam siasatan itu, dengan langkah lanjut yang biasa diambil dalam siasatan diteruskan dan diambil selepas selesainya siasatan itu,

b. Secara alternatif, untuk mendaftarkan satu lapiran salahlaku untuk disiasat oleh pihak POLIS bagi menentukan ketelusan siasatan tanpa risiko berhubung mana-mana alegasi kacau ganggu ataupun campurtangan salah dalam siasatan berkenaan, dan

c. Untuk menentukan Ketua Pesuruhjaya AZAM BAKI mengambil cuti rehat sementara siasatan SPRM dan/atau POLIS terhadapny,jika dimulakan itu, selesai dan lengkap.

7. Sememangnya SPRM dan Lembaga Penasihat Anti Rasuah SPRM bertanggungjawab untuk menentukan bahawa keyakinan orang awam kepada pematuhan prinsip kedaulatan undang-undang, iaitu “tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang” sebenar-benarnya terzahir dan dipraktikkan dalam hal ini.

8. Walau apa sekalipun, saya sarankan agar Lembaga Penasihat Anti Rasuah SPRM keluarkan satu KENYATAA AWAM berhubung perkara ini selewat-lewatnya pada atau sebelum hujung tahun ini, yakni 31.12.2021 supaya ianya dapat meyakinkan orang ramai berkaitan pematuhan prinsip kedaulatan undang-undang di pihak penguatkuasa undang-undang,iaitu SPRM.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...