
Berikut merupakan kenyataan rasmi peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, merujuk kepada terbitan beberapa media yang memetik kenyataan Menteri Undang-Undang & Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said:
TAHNIAH DI ATAS KENYATAAN MENTERI AZALINA OTHMAN SAID YANG TEPAT DI SISI UNDANG-UNDANG BAHAWA UMNO TIDAK TERLIBAT SECARA TERUS DALAM PERMOHONAN PENGAMPUNAN NAJIB RAZAK
Haniff Khatri
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Pada Siri : 3863 yang dimuat naik di’facebook’ saya pada 09.04.2023 saya telah kongsikan laporan BH ONLINE 09.04.2023 bertajuk “Umno tidak boleh mohon pengampunan untuk Najib” di mana saya telah dipetik antara lain dalam laporan itu sebagai berkata :
“Umno tidak boleh memfailkan permohonan pengampunan bagi pihak Datuk Seri Najib Razak, kata Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.
Beliau berkata, Peraturan 113 Peraturan-peraturan Penjara 2000, memperuntukkan bahawa petisyen pengampunan itu hanya boleh dilakukan oleh Najib, ahli keluarga atau peguam yang dilantik bekas Perdana Menteri itu.
Bagaimanapun, katanya, Umno boleh memfailkan surat, petisyen atau kenyataan sokongan yang ditandatangani ahli-ahlinya kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyokong permohonan Najib.
“Begitu juga dengan orang ramai yang ingin membantah permohonan Najib untuk mendapatkan pengampunan dengan petisyen maya yang ada, individu yang menaja itu boleh memajukan bantahan berkenaan kepada permohonan.
“Tiada isu untuk berbuat demikian, tetapi mereka dengan sendirinya tidak boleh membuat permohonan, sebaliknya memajukan sokongan terhadap permohonan Najib,” katanya.”
2. Pada hari semalam, Rabu 12.04.2023, terdapat beberapa media cetak dan media elektronik yang telah laporkan respons kepada soalan pemberita yang dimajukan kepada Ketua Penerangan UMNO dan Menteri Undang-Undang & Reformasi Institusi AZALINA OTHMAN SAID berhubung kenyataan saya yang dirujuk di Perenggan 1 di atas.
3. Walaupun tidak secara terus memberikan jawaban kepada persoalan itu, namun AZALINA OTHMAN SAID telah menyatakan :
a. Menurut Laporan Bahasa Melayu oleh SINAR HARIAN bertajuk “Pengampunan kepada Najib budi bicara Agong – Azalina” AZALINA OTHMAN SAID telah berkata :
“”Tiada lagi aspek perundangan… dia punya prosedur perundangan sudah tidak ada, sekarang adalah budi bicara Agong, jadi kita pun tak boleh paksa-paksa…. biarlah Yang di-Pertuan Agong buat keputusan, atau mahu kaji… kita orang (UMNO) dah tak terlibat,” katanya.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla bahawa UMNO tidak boleh memfailkan permohonan pengampunan bagi pihak Najib.”
(Link Laporan : https://www.sinarharian.com.my/…/pengampunan-kepada… )
(Screenshot Laporan : Ruang Bawah Kiri), dan
b. Menurut Laporan Bahasa Inggeris oleh THE EDGE MARKETS bertajuk “Najib’s pardon rests at King’s discretion, says Azalina” AZALINA OTHMAN SAID telah berkata :
““No more legal aspects. No more legal procedure. it is now in a court of compassion, at the King’s discretion. We cannot do anything…let the King decide or study it first if he wants…we (Umno) are no longer involved,” she said after launching the malaysia-sulucase.gov.my website here on Wednesday (April 12), which was also attended by Foreign Minister Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir and Communications and Digital Minister Fahmi Fadzil.
Azalina, who is also the minister in charge of law and institutional reform, said this in response to remarks by lawyer Mohamed Haniff Khatri Abdulla that Umno could not file the royal pardon petition for Najib.”
(Link Laporan : https://www.theedgemarkets.com/node/663139 )
(Screenshot Laporan : Ruang Bawah Kanan)
4. Saya secara JUJUR dan IKHLAS hulurkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS kepada AZALINA OTHMAN SAID, telah memperjelaskan dalam kenyataan beliau secara BETUL dan TEPAT di sisi undang-undang bahawa “jadi kita pun tak boleh paksa-paksa…. biarlah Yang di-Pertuan Agong buat keputusan, atau mahu kaji… kita orang (UMNO) dah tak terlibat,”” (“We cannot do anything…let the King decide or study it first if he wants…we (Umno) are no longer involved,”).
5. Pada hakikatnya, mana-mana pandangan yang diberi oleh kami dalam bidang pengkhususan kami, adalah untuk memperjelaskan kedudukan sebenar mana-mana isu berbangkit dalam bidang itu, supaya mana-mana kekeliruan ataupun ketidakjelasan yang berbangkit daripada mana-mana kenyataan oleh mana-mana pihak berkuasa ataupun pemimpin politik, samada dari Kerajaan ataupun dari Pembangkang dapat diperjelaskan dan diperbetulkan olejh pihak berkenaan, supaya negara kita dapat mencapai ke arah sebuah negara yang bertaraf Negara MAJU. Itu sahaja !
6. Justeru, ianya adalah harapan saya, agar setiap ahli dalam bidang masing-masing dapat memberi pandangan JUJUR dan IKHLAS dalam bidang masing-masing, samada bidang ekonomi, kewangan, pendidikan, kesihatan dan mana-mana bidang lain, supaya kesemua pihak berkuasa dan pemimpin politik samada di pihak Kerajaan atau Pembangkang, berpeluang menerima pandangan itu dengan “jiwa besar” bagi tujuan memberikan penjelasan lanjut dan membuat pembetualan yang perlu.
7. Bak kata pepatah Melayu dan Inggeris :
“Tidak ada manusia, melainkan Nabi yang maksum” dan “To err is human” !!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!
