Haniff: Peguam Negara tidak pernah bersihkan nama Anwar Ibrahim

Muhammed Yusoff Rawther (kiri), Mohamed Haniff Khatri Abdulla (kanan). Sumber (gambar): Fail TTF

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

حنيفف: ڤڬوام نڬارا تيدق ڤرنه برسيهكن نام انور إبراهيم

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Pada 14.01.2020 selepas sahaja PEGUAM CARA NEGARA membuat KEPUTUSAN untuk tidak mengambil apa-apa tindakan pertuduhan jenayah berhubung aduan salahlaku seksual oleh YUSOFF RAWTHER, Laporan ASTRO AWANI 14.01.2020 bertajuk “Anwar tidak dapat maafkan Yusoff Rawther” dalam memetik DS ANWAR IBRAHIM telah melaporkan :

” “Saya tidak dapat memaafkan tuduhan yang jelek, semberono dan yang menghina terhadap saya,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam akaun Twitter peribadinya pada Selasa.




Kenyataan Anwar itu merujuk pada dakwaan Muhammed Yusuf yang sebelum ini turut membuat akuan bersumpah mendakwa dia berdepan serangan seksual di sebuah kediaman di Segambut, pada 2 Oktober tahun lepas.

Dalam masa sama, Anwar berkata, beliau akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Muhammed Yusoff.

Reaksi Anwar itu dibuat susulan keputusan Pejabat Peguam Negara tidak akan membuat pendakwaan atas dakwaan serangan seksual terhadap Muhammed Yusoff.

“Ya saya (sudah) keluarkan kenyataan berkenaan (berhubung kenyataan Jabatan Peguam Negara) dan saya terus saman,” katanya ringkas.”

(Link Laporan : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-tidak-dapat-maafkan-yusoff-rawther-228048)

2. Kenyataan DS ANWAR IBRAHIM itu telah kemudiannya disahkan oleh peguamnya RAMKARPAL SINGH, seperti yang telah dilaporkan oleh ASTRO AWANI bertarikh 17.01.2020 bertajuk “Ramkarpal sahkan terima arahan Anwar mulakan saman terhadap Yusoff Rawther”, di mana dilaporkan :

“Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ramkarpal Singh mengesahkan menerima arahan daripada Presiden PKR itu untuk memulakan saman fitnah terhadap Muhammad Yusoff Rawther berkenaan kandungan perisytiharan berkanun (SD) yang dibuat olehnya pada 19 November tahun lalu.

Loading...

“Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah menerima arahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa hari lalu untuk memulakan saman fithnah terhadap Muhammad Yusoff Rawther berkenaan kandungan perisytiharan berkanun yang dibuat beliau pada 19.11.2019,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Tambahnya, beliau akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memfailkan saman fitnah tersebut pada minggu hadapan.”

(Link Laporan : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ramkarpal-sahkan-terima-arahan-anwar-mulakan-saman-terhadap-yusoff-rawther-228333)

3. Seperti yang telah ditegaskan di dalam SIDANG AKHBAR yang dikendalikan oleh YUSOFF RAWTHER bersama saya di pejabat saya pada 17.01.2020, yang mana antara lain telah dipetik oleh MYMETRO 17.01.2020 bertajuk ” ‘Bring it on’ – Yusoff Rawther” dan dilaporkan :

” “BRING it on (teruskan saya bersedia),” kata Muhammed Yusoff Rawther mengenai tindakan sivil yang akan diambil Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

“Saya perlu menegakkan kebenaran walaupun dengan apa kos sekalipun. ”

(Link Laporan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/536101/bring-it-yusoff-rawther)

(Video penuh boleh ditonton di Siri :1953 dan di Link : https://www.facebook.com/astroawani/videos/848860398907609/UzpfSTEwMDAxMTcyNzE4MTQ3OTo5NzM3Mzg0ODMwMjcwNDk/?id=100011727181479)

4. Namun anehnya pada hari ini, 27.01.2020 FREE MALAYSIA TODAY bertajuk “Anwar tidak saman Yusoff berhubung dakwaan serangan seksual”, telah memetik kenyataan RAMKARPAL SINGH, peguam DS ANWAR IBRAHIM sebagai berkata :

“Anwar Ibrahim tidak akan menyaman Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaan bahawa presiden PKR itu melakukan serangan seksual terhadap bekas pembantunya.

Keputusan ini mengejutkan berikutan janji Anwar sebelum ini untuk membersihkan namanya.

Peguam Anwar, Ramkarpal Singh berkata, beliau menasihati anak guamnya supaya tidak meneruskan saman berkenaan berikutan satu saman lain yang difailkan oleh setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak terhadap Yusoff, yang merupakan bekas pembantu penyelidik di pejabat Anwar di Petaling Jaya, Jumaat lepas.

Ramkarpal berkata, keputusan itu juga berkait dengan keputusan peguamcara negara untuk tidak meneruskan kes jenayah berhubung laporan polis Yusoff yang mendakwa Anwar membuat serangan seksual ke atasnya pada Okt 2018.”

(Link Laporan : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/27/anwar-tidak-saman-yusoff-berhubung-dakwaan-serangan-seksual/)

5. Saya telah dihubungi oleh pemberita FREE MALAYSIA TODAY  untuk memberi respons kepada kenyataan RAMKARPAL SINGH yang mengeluarkan kenyataan itu bagi pihak anakguamnya, DS ANWAR IBRAHIM, dan seperti yang dilaporkan dalam FREE MALAYSIA TODAY 27.01.2020 bertajuk ” ‘Pelik dan bercanggah’ Anwar tak saman Yusoff Rawther, kata Haniff”, yang mana adalah dimuat naik di Ruang Bawah, untuk kemudahan rujukan para pembaca.

6. Sememangya keputusan DS ANWAR IBRAHIM untuk tidak meneruskan dengan niat dan arahan terdahulu kepada peguamnya RAMKARPAL SINGH itu bukan sahaja PELIK dan BERCANGGAH, malah tidak disokong mana-mana alasan yang dinyatakan dalam kenyataan RAMKARPAL SINGH seperti yang dipetik FREE MALAYSIA TODAY bertajuk “Anwar tidak saman Yusoff berhubung dakwaan serangan seksual” bertarikh 27.01.2020 itu, antara lain kerana :

(a) mana-mana KEPUTUSAN oleh PEGUAM CARA NEGARA untuk tidak mengambil pertuduhan jenayah berhubung dengan aduan YUSOFF RAWTHER berkaitan salah laku seksual itu, TIDAK dari segi undang-undang bermaksud “nama baik DS ANWAR IBRAHIM” telah kononnya dibersihkan, seperti yang digesa oleh RAMKARPAL SINGH dalam kenyataan itu, kerana satu-satunya institusi yang boleh membersihkan nama mana-mana pihak adalah MAHKAMAH sahaja, dan

(b) mana-mana TINDAKAN SIVIL yang kononnya difailkan oleh pembantu DS ANWAR IBRAHIM iaitu Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, jikapun ada, yang masih belum diserahkan kepada YUSOFF RAWTHER, adalah kononnya tindakan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak secara peribadi, dan tiada kaitan dan tidak boleh di sisi undang-undang diterima sebagai tindakan yang diambil oleh DS ANWAR IBRAHIM, yang telah mengesahkan penarikan balik niat dan hasrat untuk menyaman YUSOFF RAWTHER itu.

7. Setakat pada tindakan lanjut oleh YUSOFF RAWTHER berhubung aduan salah laku seksual itu, beliau masih konsisten dan berhasrat untuk mengambil TINDAKAN yang wajar dan berpadanan kelak, sepertimana yang dibenarkan di sisi undang-undang, dan seperti yang ditegaskan dalam SIDANG AKHBAR 17.01.2020 itu, namun antara lain tertakluk kepada penerimaan balasan daripada PEGUAM CARA NEGARA berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh YUSOFF RAWTHER seperti yang terkandung dalam surat kami bertarikh 16.01.2020, yang masih belum memperolehi balasan daripada Pejabat PEGUAM CARA berkenaan.

8. Semestinyalah, kami bagi pihak YUSOFF RAWTHER akan memberikan perkembangan berhubung tindakan lanjut dalam masa yang terdekat, kelak.

BERANI KERANA BENAR !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...